Bila anak-anak atau sesiapa pun melakukan kesalahan, kita sering bertanya begini, “Kenapa buat macam tu, mama nak tahu, cuba beritahu mama”.

Walaupun kita bercakap penuh kasih-sayang perkataan KENAPA ATAU MENGAPA itu menyebabkan orang salah itu berkelakuan ‘defensive’ cuba mempertahankan diri.

Ini Cara Betul Tanya Anak Kalau Dia Buat Salah, Elak Buat Dia Merasa Bersalah.

Maka nampak dia seperti melawan atau degil.

Soalan mengapa itu, bagi pesalah merasakan dia dituduh dan dia tidak diberi ruang mempertahankan diri.

Ads

Oleh itu bertanyalah begini, ” Semasa Angah buat perkara itu, apa yang Angah hendak capai?” atau ” Semasa Angah berkelakuan seperti itu, apa yang Angah maksudkan?”, contohnya.

Soalan begini memberi dia ruang untuk menerangkan kepada kita.

Pernah berlaku kepada suami Ibu semasa bermain dengan cucu sulung kami. Sedang bermain, tiba-tiba dia memukul muka suami Ibu (Grandfathernya). Suami Ibu terkejut lalu terus bertanya, “Why you did that?” (Kenapa buat macam tu?) Nampak terkejut dan hairan muka cucu kami kenapa itu perbuatan itu salah.

Ads

Cepat-cepat mamanya bertanya kepada Az-zahraa cucu sulung kami,

.”Az-Zahraa when you did that, what do you mean by that?” (Az-zahraa, bila sayang buat tu apa yang Az-Zahraa maksudkan).

“It is a happy hit” , “Main pukul-pukul” , kata Az-Zahraa.

Jawapan Az-zahraa menyedarkan kami dia hanya hendak bermain. Cuma belum bijak untuk mengetahui batasan.

Ads

Selepas itu mama dia pun menjelaskan batasannya dimana muka janganlah dipukul. Cepat-cepat Az-zahraa meminta maaf kepada Grandfathernya dan Grandfather pun meminta maaf kepada Az-Zahraa kerana tersilap cara bertanya.

Banyak salah laku anak-anak kecil ini adalah kerana mereka belum bijak mengenai apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak. Oleh itu kita mesti bijak berkomunikasi dengan mereka untuk dapat membimbing mereka.

Kredit: Ibu Rose

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Ini Cara Betul Tanya Anak Kalau Dia Buat Salah, Elak Buat Dia Merasa Bersalah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI