Mempunyai 6 orang anak yang kesemuanya perempuan pasti bukan satu tugas mudah buat seorang ibu. Maklum sahajalah setiap anak ada perangai masing-masing. Namun menurut Nor Shaeriani Awang Hamat, dia bersyukur dan beruntung kerana kesemua anak-anaknya yang sejak kecil telah diajar membuat kerja rumah akur dengan apa yang diminta atau disuruh ibu mereka.

Sedang hamil anak ketujuh, anak-anak perempuan Nor Shaeriani berumur dari 13 hingga 3 tahun. Apabila ditanya bagaimana cara dia mengasuh anak-anak agar ringan tulang dari kecil dan tidak membantah walau disuruh, jelasnya sejak dari kecil dia ajar anak-anaknya itu buat kerja rumah seperti orang dewasa.

Ini Cara Mak ‘Malas’ Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah, Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh!

“Saya memang ajar anak-anak dari kecil lagi buat semua yang orang dewasa buat. Setakat ini Alhamdullilah memang mereka ikut dan tak membantah. Mungkin anak-anak perempuan jadi mereka ok sikit.

“Anak saya yang paling kecil pun saya dah ajar buat kerja yang ringan-ringan, contohnya masukkan pakaian kotor dalam bakul baju kotor, ajar dia betulkan baju-baju yang terbalik dan ajar masukkan baju dalam mesin pengering, Alhamdullilah memang dia dapat ikut dan semuanya berjalan lancar.

“Sekarang ni saya tengah hamil, ada alahan sikit. 6 orang anak saya tu lah yang banyak membantu uruskan kerja-kerja kat rumah ni,” ujarnya Nor Shaeriani.

Ajar anak baca surah Al Mulk & Al Waqiah

Ditanya juga apakah ada amalan doa yang diamalkan olehnya untuk anak-anaknya itu, menurut Nor Shaeriani sejak dua tahun lepas dia wajibkan anak-anaknya membaca surah Al Mulk dan Al Waqiah setiap malam Bersama-sama.

Ads

“Saya wajibkan semua anak-anak saya membaca surah Al Mulk dan surah Al Waqiah setiap malam Bersama-sama. Alhamdullilah sudah menjadi amalan mereka walaupun saya tak larat. Sekarang anak-anak dah boleh hafal surah-surah tersebut.”

Ini Cara Mak ‘Malas’ Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah, Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh!

Dalam satu posting yang dibuat di Facebook miliknya, ibu ini ada berkongsi 5 tip untuk mendidik anak-anak perempuannya:

5 tips cara Mak ‘malas’ didik 6 anak pompuannya…. 

Ads
  1. Sebelum tidur.
    Mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak-anak dia. Cuma Mak ‘malas’ membebel la jangan smpi esok kul 8 baru nk g sekolah…Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
  2. Anak makan.
    Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Tapi Mak ‘malas’ akan pastikan 1 keluarga makan bersama-sama apabila tiba time makan..Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Anak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
  3. Anak main.
    Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Selagi X selesai Mak ‘malas’ akan membobel kasi kemas betul2
  4. Anak mandi.
    Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Anak kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
  5. Spring cleaning.
    Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, kak ngah dengan adik cuci toilet, papa buang sampah, kemas dapur”.

Ini Cara Mak ‘Malas’ Didik 6 Anak Perempuan Buat Kerja Rumah, Barulah Anak Tak Bantah Kalau Kena Suruh!

Nasiblah dapat Mak ‘malas’. Lagi-lagi la sekarang Mak ‘malas’ kuat membobel time membuyung ni..bb dalam perut pun automatik terdidik oleh Mak ‘malas’

Hakikatnya Mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak didik anak tentang tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli.

Ads

Biar Mak ‘malas’ memetir sekarang daripada akan datang menyusahkan suami, dan menyusahkan isteri..

“Mak ko tak ajar dari kecik ke?”.

Eh..eh..lupa pulak anak Mak ‘malas’ mane ada laki kan …so , esok2 jgn smpi laki korang ckp mcm ni tau …

#mamaanok6gegirl
#comingsoonno7

Sumber: Nor Shaeriani Awang Hamat

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI