Ramai ibu ayah agak sukar mendidik anak pada usia lima atau enam tahun untuk solat supaya menjadi anak soleh dan solehah. Sebenarnya untuk mendidik dan mentarbiyyah anak untuk solat bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi mereka tidak dapat membayangkan siapa Allah.
Malah, ada ibu bapa sencara tidak sengaja menakutkan anak-anak seperti, ““Buatlah macam tu, nanti di akhirat Allah masukkan dalam neraka atau “Jangan cakap macam tu. Berdosa, nanti Allah marah.”.
Bagaimanapun, adalah menjadi suatu amanah buat ibu bapa untuk mendidik anak supaya anak dapat menunaikan solat tanpa disuruh.
Moga menjadi panduan untuk kita muhasabah mendidik anak untuk mengerjakan solat.
1.Gunakan sumber yang sahih
Kita boleh menggunakan 99 nama Allah untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada Pencipta mereka. Dengan adanya garis panduan ini, anak-anak akan didedahkan dengan persepsi yang betul tentang Tuhan mereka. Contohnya, “Allah itu Al-Khaliq, Dialah yang cipta tangan, mata, hidung dan mulut kita. Hebatkan Allah, ciptakan kita ni cantik-cantik?”
2.Ingatkan ganjaran Allah
Setiap kali anak-anak melakukan kebaikan, ingatkan tentang ganjaran yang bakal mereka terima di akhirat kelak. Contohnya, “MasyaAllah, hari ni Afiq solat dengan mama, lepas tu tolong mama susun pinggan. Mesti Allah suka tengok Afiq buat baik dengan mama dan sediakan Afiq pahala banyak-banyak di akhirat nanti!”
3.Imbangi kisah teladan
Seimbangkan kisah-kisah azab dan siksa yang menjadi pembalasan pada orang yang fasik dengan kisah-kisah ganjaran yang Allah berikan pada orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai tanggapan negatif terhadap penghukum. Jadi, kita mestilah berhati-hati dalam membentuk persepsi yang betul terhadap Allah.
4.Kaitkan kejayaan mereka dengan rahmat Allah
Contohnya apabila anak kita mencapai satu kejayaan, kita boleh katakan pada mereka, “Alhamdulillah, Aiman dah usaha sungguh-sungguh. Mesti Allah nampak Aiman usaha dan Allah berikan keputusan yang baik untuk Aiman.
5.Beritahu kanak-kanak yang Allah sentiasa sayangkan mereka
Sebagaimana anak-anak perlu tahu yang mereka disayangi oleh ibubapa, pasti mereka merasa lebih selamat dan terhibur apabila mereka mengetahui yang mereka turut disayangi oleh Allah, setiap masa dan ketika.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bangun Pagi Cari Al-Quran”. Baru 3 Tahun, Datin Niena Kongsi Minat Anak Sulungnya
Kebiasaannya bagi kanak-kanak usia bawah 5 tahun, minat pada permainan adalah nombor satu. Ini adalah lumrah dan normal untuk fasa perkembangan anak. Bagaimanapun, bagi anak sulung kepada pelakon, Datin Niena Baharun pula, dia gemar membaca ayat suci al-Quran.
Berkongsi perkembangan anak sulungnya, Adiel Mikael yang kini sudah mencecah usia 3 tahun, Niena memberitahu anak lelakinya itu sangat gemar membaca ayat suci al-Quran setiap pagi.
“Bangun pagi mesti cari al-Quran atau buku Yasin, Dah jadi macam favourite mainan dia, ke mana-mana mesti kena bawa,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Jangan Benci Cintaku ini meluahkan rasa syukur kerana Adiel kini juga dilihat kian lancar membaca surah meskipun masih belum lancar bercakap.
“Walaupun Adiel baru masuk 3 tahun dan masih belum lancar untuk bercakap, tapi kami perasan bab mengaji laju je dia boleh pickup. Kadang setiap kekurangan, pasti ada kelebihan. Anugerah Allah,” kongsi Niena lagi.
Syukur alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung! Kadang minat anak ini datang dengan sendiri tanpa paksa. Jika Adiel dah tunjuk minat pada cara sebegini, teruskan menyokong dan asah minatnya itu. Mana tahu satu hari nanti dapat jadi seorang hafiz muda yang berjaya.
Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 dan kini dikurniakan sepasang cahaya mata.
Kredit: IG Datin Niena Baharun
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Ingat, Mereka Kanak-Kanak Biarkan Mereka Jadi Kanak-Kanak” Dr Sheikh Komen Isu Anak Tantrum
Setiap kali berjanji dengan anak-anak, pasti perlu ditunaikan. Itulah yang dilakukan oleh Dr. Sheikh Muszaphar apabila menunaikan janji kepada anak-anak dengan membawa mereka ke taman permainan.
Walaupun bersendirian menguruskan anak-anak kerana isterinya, Dr Halina perlu bekerja namun dia tidak kekok melayan dan menguruskan anak-anak.
“Isnin lepas cuti tapi sebab dah janji. Harus dikotakan … Dr Halina had to work. So here I am with the 6 kids Off to an Indoor themed park in KL”
“It’s hard to describe my love to the kids seeing them grow each day. Makes my day, each are different, with different personalities. They all wanting your attention”
Kagum melihat cara Dr. Sheikh menguruskan anak-anak, warga maya turut bertanya bagaimana Dr, Sheikh menguruskan emosi anak-anak terutama ketika anak mengamuk dan tantrum.
Apabila anak tantrum, ibu ayah perlu lebih bertenang dan pandai mengawal emosi kerana anak-anak akan sentiasa memerhatikan emosi ibu ayah untuk dijadikan contoh dalam hidup mereka.
Kredit: Dr Sheikh Muszaphar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Orang Duduk Diam. Anak Saya Lasak, Suka Memanjat.” Janganlah Cakap Macam Ni
“Anak orang lain tak apa lah baik, boleh duduk diam. Anak saya lasak. Panjat, lompat sana sini, pegang itu ini ”
” Anak orang lain tak apa lah senang dengar cakap. Anak saya tak makan saman…”.
Selalu kan kita baca atau dengar ayat penuh negatif begini yang keluar dari mulut ibu/bapa kandung anak sendiri?.
Terutamanya bila musim nak raya dan kunjung mengunjung ke rumah orang. Cuma sejak kita tak beraya seperti zaman sebelum PKP Covid, slow down lah sikit ayat-ayat ini bertaburan. Yang pasti ia cuma sementara. Ayat-ayat negatif ini akan kembali aktif di masa hadapan.
Kemudiannya, ayat- ayat ini akan di sokong oleh kesimpulan PALING negatif yang berbunyi: ” Duduk rumah je lah kalau macam ni. Tak payah bawa anak beraya kalau dah banyak bunyi sangat “.
Maaf, tetapi ini ayat paling kebudak-budakan yang boleh keluar dari mulut mana-mana orang dewasa yang berakal.
*****
Jika anak kita dan anak orang lain itu berbeza akibat isu perkembangan akal dan pembelajaran yang di miliki, maka YA, sangat patut orang sekeliling cuba fahami keadaan anak tersebut serta sangat layak ibubapanya menerima empati cukup tinggi dari yang memerhati.
Namun , jika TIDAK ADA BEZA kenormalan akal di antara anak kita dan anak orang lain, maka kenapa ibubapa sampai hati keluarkan ayat negatif untuk ‘back up’ (buat alasan) kepada perangai anak seolah-olahnya dia itu ada masalah akal?
PADA USIA BERAPAKAH MULA SESUAI AJAR DISIPLIN?
Kenapa? Saya nak tanya, anak-anak kita ini hanya perlu ‘behave’ bila di rumah orang sahaja kah? NO. Anak-anak yang di kawal oleh ibubapa dan terkawal sikapnya itu adalah
JANGKAAN BIASA SEMUA ORANG DI SEMUA TEMPAT DI SELURUH DUNIA.
– Anda pergi ke merata kedai dan anda lihat notis: “Jika pecah, perlu bayar”, “Nice to see, Nice to hold, Once Broken, Consider Sold”
– Anda pergi ke merata tempat dan lihat notis : ” Di larang sentuh”, ” Di larang duduk “, “Di larang masuk “, “Di larang petik”, “Di larang berlari”, “Di larang terjun”, “Di larang panjat”
– Anda pergi ke sebahagian kawasan dan anda lihat notis: “Sila senyap di dalam perpustakaan”, “Sila jangan buat bising. Ini kawasan hospital/wad”, “Sila hormati orang yang sedang solat”, “Sila jangan kotorkan kawasan masjid”, ” Sila pam selepas guna “, “Sila tutup pili air selepas guna”, “Sila jangan buang sampah merata-rata”
– Anak anda pergi ke sekolah dan dia tidak terkecuali dari peraturan sekolah seperti kemaskan mainan dan peralatan selepas guna, susun selipar dengan elok, letak pinggan dan cawan kotor ke dalam besen selepas makan, beratur tunggu giliran, tak bertolak-tolak atau berebut semasa bermain, tanpa ambil kira dia biasa atau tidak dengan semua peraturan tersebut semasa di luar sekolah.
Ini semuakan BUKTI ibubapa memang di jangka untuk kawal anak di mana-mana sahaja dan anak-anak memang di jangka untuk patut boleh dengar dan ikut arahan munasabah?
Dan kerana itu DISIPLIN BERMULA DARI RUMAH. Dan kerana itu DISIPLINKAN ANAK MEMANG TUGAS IBUBAPA yang utamanya.
Disiplin bukan denda atau hukuman.
Disiplin ialah mengajar had dan batasan, pengukuhan kelakuan baik serta tak menggalakkan kelakuan dan sikap tak elok.
Itu maksud disiplin. Maka,bila seseorang anak itu tidak didisiplinkan sejak awal, maka kita sebut tak berdisiplin iaitu berbuat sesuka hati, tidak pandai beza baik atau buruk dan lebih banyak berkelakuan tak sepatutnya dari berkelakuan yang elok.
*****
DISIPLIN BERMULA SEJAK BAYI KECIL NAMUN KAEDAH DISIPLIN ITU YANG BERBEZA MENGIKUT USIA.
Anak-anak 4- 9 Bulan: Halang, Alih Tumpuan (distract) & Alih Arah (Redirect)
Kerana:
Fahaman kognitif anak di usia ini lebih mentah berbanding bayi lebih berusia
dan Mereka dalam fasa aktif menjelajah dunia menggunakan skil motor kasar dan skil motor halus(anggota badan) serta rangsangan sensori
Maka, strategi disiplin perlu beri tumpuan kepada kawalan kerosakan (damage control) berbanding pelajaran sebenar.
Contoh kaedah:
1️⃣ Halang: Alihkan barangan merbahaya atau yang anda tak mahu anak capai. Tutup kawasan yang anda tak mahu anak jelajah.
2️⃣Alih tumpuan (distract): Bila anak capai cermin mata anda dan mula main ketuk-ketuk, alih tumpuannya kepada perkara lain atau objek lain seperti: ” Oh tengok!, Kucing, meow..meow ”
3️⃣Alih arah (redirect): Jika anak anda suka cucuk-cucuk hidung dan mata anda, anda hanya perlu tarik tangannya secara lembut- cium tangan anak -alihkan ke arah sesuatu yang lebih seronok dan patut seperti permainan.
Nota 1: Seawal usia 6 bulan iaitu ketika anak sudah alami pekembangan mental ke-5 nya yang membolehkan anak faham konsep hubungan , antaranya: kaitan sesuatu bunyi perkataan dengan suasana, manusia atau aktiviti, ibubapa boleh gunakan perkataan ‘No’ untuk halang anak buat sesuatu.
NAMUN, ramai pakar menyarankan agar penggunaan ‘No’ ini di hadkan agar kuasa perkataan itu tidak berkurangan bila terlalu banyak kali di gunakan. Malah, terlalu banyak ‘No’ boleh juga ‘merencatkan’ sifat ingin tahu anak kerana risau atau takut dengan reaksi ibubapa.
Maka, gunakan ‘No’ hanya pada situasi bahaya seperti anak mahu capai pisau atau terhadap kelakuan yang tidak boleh di toleransi seperti gigit atau pukul.
Manakala jika anda sekadar mahu halang anak dari melakukan sesuatu yang kurang sesuai, GANTIKAN perkataan “No’ dengan ayat mudah: “Sampah kotor. Yukks! Kotor. Jom cari mainan lain”
Atau, buat bunyi specifik seperti “Aaahhh! aaaaahhhhh” dengan mimik muka dan isyarat jari bila anak mula nak sepahkan kain baju yang sudah di lipat oleh anda misalnya.
Ingat, anak TIDAK faham maksud perkataan. Tetapi dengan pengulangan, dia boleh mengecam bunyi perkataan itu dan mengaitkannya dengan sesuatu situasi yang anda tidak ‘approve’. Malah, menjelang usia 9 bulan, iaitu usia emas anak mula suka meniru, anda mungkin boleh lihat anak pula yang terlebih awal buat bunyi “Aaahhh! aaaaahhhhh” lengkap dengan aksi bila melihat timbunan baju berlipat.
Nota 2: Luangkan banyak masa bermain lakonan ulang kejadian sebenar bersama anak. Misalnya: Pura-pura sengaja tarik kain meja dengan cawan plastik berisi air di atasnya sehingga cawan jatuh dan tumpah. Kemudian, pura-pura terpijak air tersebut dan jatuh. Berlakon anda dalam kesakitan akibat terjatuh dan beritahu anak dengan bahasa mudah tentang mengapa tidak OK untuk tarik-tarik kain meja atau sengaja jatuhkan sesuatu objek dari tempat tinggi.
Anak-anak 10 -18 Bulan: Abaikan & Akibat yang Logik
Anak-anak di usia ini sudah ada memori yang lebih, fahaman asas cause and effect ( punca & akibat) dan sifat ingin tahu untuk bersosial dan berhubung dengan dunia.
Maka, jika dahulu picit-picit dan campak-campak makanan dilakukan semata-mata kerana anak mahu bereksperimen mengenal sesuatu objek menggunakan anggota badan dan sesnsorinya, kini, di usia ini, anda JELAS DAPAT LIHAT ANAK MELAKUKAN HAL TERSEBUT DENGAN TAMBAHAN MINAT UNTUK LIHAT REAKSI ANDA TERHADAP PERBUATANNYA.
Anak tidak nakal, tetapi kini dia mula melangkah setapak legi dalam mengenal dunia melalui reaksi orang sekeliling. Maka, respon ibubapa sangat penting dalam menyampaikan mesej yang betul.
Dalam contoh campak-campak makanan, ibubapa boleh cuba abaikan(ignore) perbuatan anak terutama sekali jika jelas anak hanya mahu pancing reaksi anda. Jika abai tidak berhasil, beritahu anak dengan poker face (wajah tiada emosi): “Kita tak campak makanan (sebut sambil geleng kepala dan tiru aksi dia campak makanan). Kita makan makanan (angguk kepala sambil masukan makanan ke dalam mulut).
Jika anak masih campak makanan dengan sengaja, ini masanya guna strategi akibat yang logik (akibat yang berkaitan dengan sikap yang di tunjukkannya). Beritahunya “Makan time is over” sambil angkat anak keluar dari kerusi makannya. Tawarkan bola kepada anak dan sebut, ” Ini untuk campak. Bukan makanan. (geleng sambil tunjuk kepada makanan)”.
Ulang dan ulang kesemua ini pada setiap kali waktu makan jika anak masih suka campak makanannya dengan sengaja. Strategi yang serupa boleh digunakan jika anak berkelakuan tidak elok misalnya menolak rakan, menggigit, menjerit dan sengaja mengamuk mahukan sesuatu.
PERCAYALAH, anak anda di usia ini sudah tahu baca emosi, nada suara dan reaksi anda serta orang sekeliling. Dia mungkin tidak faham sepenuhnya tentang punca disebalik sesuatu reaksi tetapi anak lebih dari tahu jika sesuatu reaksi itu menyeronokkan atau tidak, di sukai atau tidak.
Buktinya anda lihat bayi model di dalam video ini mengubah tingkahlakunya demi elak di marahi walau dia hanya baru berusia 15 bulan.
Dan, ingat kembali kejadian anak anda sudah pandai bawa lari sesuatu yang di pegangnya, atau mula pandai sorok-sorok buat sesuatu perkara kerana tak mahu tertangkap oleh anda. Ini semua bukti anak di usia ini FAHAM LEBIH BANYAK DARI APA YANG DIA MAMPU TUTUR. Ibubapa sahaja yang kadang-kala suka pandang rendah dengan kebolehan anak faham dan terima sesuatu pelajaran.
Malah, eksperimen berulang ke atas anak-anak di usia ini buktikan, usia 18 bulan adalah usia kemuncak anak faham garis jelas dalam membezakan sikap baik atau buruk yang ASAS. Fahaman dan naluri ini hanya perlukan bimbingan dan pengukuhan berterusan oleh ibubapa SEBELUM ia mula pudar dan hilang arah akibat kurang tunjuk ajar.
*******
10 perkembangan mental pertama dan asas anak manusia mula terjadi pada usia anak 5 minggu dan selesai pada usia 75 minggu (18 bulan). Ini bermaksud, jika cantik asas ini hasil bimbingan ibubapanya, maka mudahlah anak tersebut berkembang sebagai anak toddler, 2-3 tahun yang berkelakuan bagus.
Anak 2-3 tahun yang’sweet’ dan ‘nice’ itu BUKAN mustahil. Malah saya pasti anda sendiri pernah berjumpa dan kenal dengan anak-anak toddler yang ‘sweet’ dan ‘nice’ dan anda tak dapat elak dari merasa kagum dengan didikan yang dia telah terima.
Anda juga pasti telah berjumpa dengan anak-anak toddler yang sekecil 1-3 tahun namun sangat ditakuti oleh orang sekeliling malah di takuti oleh ibubapanya sendiri!. Anak-anak ini mengawal ibubapa dan keadaan sekeliling dengan manipulasi perangainya.
Tiada istilah terlambat dalam membetulkan tingkah laku anak. Cuma proses membaiki itu tentulah lebih mencabar berbanding memasukkan/menanamkan (instill) yang baik sejak awal. Namun ilmu, konsisten dan kesabaran pasti ada hasilnya.
” TEACH THE CHILDREN…SO IT WILL NOT BE NECESSARY TO TEACH THE ADULTS”: Abraham Lincoln.
Kredit: Baby Language (Pn Uswatun Hasanah)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI