Terus rasa kurang berselera untuk menyuap bila terasa kapur dalam mi goreng. Mi kuning dengan rasa kapur yang kuat buat mi jadi tak sempurna.
Macam mana nak hilangkan rasa kapur ni? Pengguna Tik Tok @aliabangs berkongsi tip mudah iaitu dengan meletakkan gula dalam rendaman mi kuning. Memang menjadi!
Jom ikuti perkongsiannya.
1. Leraikan mi kuning dalam bekas.
2. Masukkan air. Tak kisah air suam atau air biasa.
3. Masukkan sedikit gula putih atau gula perang. Kacau sekejap biar rata.
4. Biarkan direndam dalam 15-30 minit.
5. Basuh dan toskan airnya.
Dah hilang rasa kapurnya!
@aliabangs Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mee Kuning. #kitchenhacks #fypシ #foryou #MaxisBiggestSale #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ Aca Aca Nehi Nehi – 𝐔𝐆𝐈𝐊🇸🇦
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Telefon Pintar Perlahan-Lahan Rampas Nikmat Masa 24 Jam Kita. Ibu Ini Kongsikan 4 Tips Elak Mama Papa Terbabas Dengan Telefon Pintar
Telefon pintar asalnya hanya alat komunikasi yang menghubungkan manusia lama-kelamaan merampas kehidupan. Asalnya nak guna sebentar tapi terbabas pula hingga berjam-jam.
Tentu ia pernah berlaku kepada anda kan? Seorang ibu yang juga seorang penulis, Puan Adlil Rajiah Mohd Nasir berkongsi tentang perkara ini di Instagram beliau;
Petang tadi, saya plan nak take a nap.
So saya capai phone untuk set alarm clock.
Tiba2–
“Eh ada new email.”
Settle baca email–
“Eh ada orang whatsapp.”
Settle check whatsapp–
“Eh ada 2 orang DM kat instagram.”
Settle reply DM–
Tanpa sedar tangan automatik pergi scroll down news feed, visit people’s profile, like post orang.
Tiba2–
“Eh tadi aku ambik phone ni sebab apa eh?”
*trying to recall*
“OHHH NAK SET ALARM CLOCK!”
*baru ingat*
Plan asal nak nap pukul 2 dan bangun pukul 2:20.
Tapi tiba2 jam dah tunjuk pukul 3:30.
Mangkuk hayun betul.
Terus tak dapat nap.
That is how this so called “smartphone” perlahan-lahan merampas nikmat masa 24 jam yang Allah beri pada kita setiap hari.
So kepada yang bertanya soalan ni,
ketahuilah–
smartphone distraction ni bukan masalah kau sorang je.
Tapi masalahmu, masalahku jua.
It’s a global issue.
4 TIPS ELAK TERBABAS LAMA DENGAN TELEFON PINTAR/ GAJET
#1 SIAP SEDIA DENGAN JADUAL HARIAN
The only way untuk selamatkan diri dari getting distracted lebih lama, ialah by being prepared with daily schedule. 80% pencapaian harian bergantung kepada persediaan yang dibuat sehari sebelumnya.
#2 BUAT SENARAI MALAM SEBELUMNYA
Setiap malam before bedtime,
buat to-do-list untuk keesokan hari.
Susun mengikut urgency level dan masa.
Dan kalau rasa iman tak kuat, jangan simpan to-do-list tu dalam phone.
Kang lagi sekali kena sabotaj dengan phone sendiri ?
#3 IKUTI SENARAI YANG DIBUAT
Dan yang paling penting–
stick to your list.
Pastikan semua tugasan selesai seperti yang dirancang.
Benda ni memang nampak remeh.
Tapi sebenarnya sangat membantu.
#4 JANGAN INGAT KITA BANYAK MASA
Sebab kesilapan terbesar manusia adalah–kita selalu sangka kita ada banyak masa.
Asal ada masa lapang sikit, mula lah capai phone, acah-acah tengok waktu solat, pastu entah kemana-mana perginya dan terus hanyut.
Sedar2, masa dah banyak terbuang, kerja dah banyak tertangguh.
Pastu mula lah stress tak tentu hala, kelam kabut, marah2, baling pinggan, maki isteri/ suami, maki anak. Padahal kau sendiri yang cari pasal.
View this post on InstagramA post shared by Adlil Rajiah Mohd Nasir (@rajiahnasir) on
Sumber: Puan Adlil Rajiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Mudah Ajar Anak Kemas Semula Mainan, Mama Jangan Strees Tapi ‘Make It Fun’!
Otak boleh jadi jem seketika bila tengok anak sepahkan mainan tahap terlampau. Ibu rasa nak pitam melihatnya. Mana taknya, ambil masa yang agak lama juga untuk dikemaskan kepada rupa asal. Tapi apa nak buatkan, kemas sajalah perlahan-lahan.
Sebenarnya dalam hal kemas mengems ni mama kena kreatif supaya anak taklah biarkan mainan bersepah. Perkongsian dan tip dari Nadh Azkar ni mama boleh cuba. Yang penting relaks-relaks je, jangan stress.
Malam ni rasa macam nak share satu benda kat sahabat-sahabat Nad yang ada anak kecil. Bila main mainan, tak nak kemas.
Tapi kita boleh didik dia dari kecil dan biasakan diri untuk kemas semula mainan selepas bermain.
Nad dah cuba, memang berkesan!
7 CARA AJAR ANAK KEMAS MAINAN.
1. BERLUMBA DENGAN ANAK
Senang cerita, ‘Race against time’. Jadikan ia satu cabaran, ‘Time-bound challenge’. Sifat kanak-kanak memang suka berlumba. Gunakan ‘stopwatch‘ dan mula berlumba dengan anak. “Siapa yang siap kemas dulu, dia menang!”
2. JADIKAN IA AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN
Dengan kata lain, ‘Make it fun’. Kalau kemas kapal terbang, buat bunyi kapal terbang sambil gerak tangan memasukkannya dalam bekas mainan. Kalau kemas lori, buat bunyi lori. Tukarkan daripada suasana tegang kepada suasana yang menarik. Jadikan satu permainan.
3. JANJI MAIN LAGI
Pertama sekali, main dengan anak dulu. Bila mahu kemas, kemas sama-sama. Mungkin anak sedih kalau kita kata mahu berhenti. Masa inilah kita boleh cakap,
“Kita kemas dulu ya. Mama janji, nanti mama main sama-sama lagi. Okay?”
4. PUJI SUSUNAN MAINAN ANAK
Walaupun berterabur dan masih lagi bersepah, asalkan ada dalam bekas mainan itu, puji anak dengan bersungguh-sungguh.
“Pandainya abang kemas toys. Cantiknya. Macam inilah anak mama!”,
sambil peluk anak. Anak akan tersenyum dan rasa gembira kerana dipuji. Secara tidak langsung, jadi motivasi pada dia untuk kemas pada masa akan datang.
5. SENTUHAN TERAKHIR
Kadang-kadang, anak tidak mampu kemas sendirian. Sebab itu dia malas kerana terlalu banyak untuk dikemas. Biar ibu-bapa buat lebih banyak dari anak, asalkan dia belajar sesuatu. Apa kata ibu-bapa tolong 80% dan anak buat 19%. Lagi 1% bagaimana?
Masa inilah yang paling kritikal. Buat anak rasa dirinya juara kerana dia yang buat sentuhan terakhir. Dia yang buat ‘finishing‘ kemas permainan itu! Secara psikologi, bagaikan dia yang kemas semuanya 100%.
6. RUMAH MESTI KEMAS
Kalau mahu suruh anak kemas, pastikan persekitaran kita kemas. Bukan kemas sehingga tiada habuk langsung, cuma asalkan elok dipandang mata. Bayangkan kalau bantal masih lagi bersepah di sofa di ruang tamu, bagaimana anak ingin kemas permainan di sudut rumah. Dia akan nampak,
“Rumah pun mak aku tak kemas, nak suruh aku kemas toys pulak”.
7. MAIN TARIK TALI
Kalau tidak kemas, kita akan ambil atau bagi orang lain. Ini biasanya hanya boleh digunakan untuk anak kecil 1-4 tahun. Setelah besar, dia tidak akan peduli. Cuba guna teknik 1-6 di atas.
Jika ingin gaya komunis, buang betul-betul dalam tong sampah buat pengajaran! Tentu dia sedih dan tidak akan buat lagi.
Last sekali nad nak bagitau, paksaan dan meninggikan suara tidak akan menyelesaikan masalah. Kita kena kreatif dalam cara kemas mainan anak. Gunalah teknik psikologi.
Korang boleh cuba okay! ??
Penat mengemas jugak sebenarnya nie. ???
Kredit: Nadh Azkar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umrah Bersama Anak Autisme, Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci
Umrah bersama anak autisme, bapa ini kongsi tip dan pengalaman di Tanah Suci. Bukan mudah untuk membawa anak-anak yang masih kecil pergi bercuti. Terpaksa melalui perjalanan memakan masa yang agak panjang dan mengawal keadaan dan emosi anak memang cukup mencabar apatahlagi melibatkan anak istimewa.
Umrah Bersama Anak Autisme
Usah risau, anda boleh baca pengalaman seorang bapa berkongsi beberapa tip ketika dia dan keluarganya mengerjakan ibadah umrah bersama anak kecilnya yang menghidap autisme, baru-baru ini.
Menurut Mohd Haffiz Supai, dia mengakui pada mulanya perasaan bimbang tetap wujud kerana memikirkan pelbagai perkara memandangkan mereka turut menyertai jemaah lain di dalam rombongan umrah berkenaan.
Kongsi bapa ini, anak keduanya, Fatiha Huwaina yang kini berusia tujuh tahun (ketika umrah anak ini berusia enam tahun), didiagnos dengan ASD (Autism spectrum disorder), ADHD (Attention-deficit hyperactivity disorder) dan GDD (Global Delayed Developement).
Kongsinya, “Kami pergi enam orang. Saya, isteri, anak sulung Fathia Humaira dan Fatiha Huwaina, termasuk datuk dan nenek mereka.
“Apa yang boleh saya kongsi dengan ibu bapa lain menerusi pengalaman ini, hanya kita yang paling faham tentang anak kita.
“Dan cuba berdamai dengan takdir. Don’t be denial. Terima dengan hati yang terbuka. Syurga dah ada di depan mata, tapi ianya tak semudah yang disangka,” ujarnya.
Bapa Ini Kongsi Tip & Pengalaman Di Tanah Suci
Tip Tunaikan Umrah Dengan Anak:
Berikut adalah perkongsian pengalaman dan tip bagi ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak yang berkeperluan khas:
1) Maklumkan kepada agensi pelancongan dan mutawif secara details tentang anak istimewa kita.
2) Maklumkan juga dalam group jemaah umrah, bimbang ada yang kurang selesa jika anak istimewa membangkitkan situasi kurang menyenangkan
3) Sila apply ‘Butterfly Effect’ di laman sesawang KLIA dua hari sebelum tarikh berlepas. Antara servis yang ditawarkan adalah calm room waktu di lapangan terbang, buggy dan bantuan daripada staf.
Lakukan perkara sama sebelum berlepas pulang ke Malaysia.
4) Waktu di lapangan terbang di Madinah, boleh cuba minta bantuan mutawif untuk dapatkan fast lane atas pertimbangan staf lapangan terbang.
5) Jika pergi bersama keluarga besar adalah lebih baik. Ahli keluarga boleh bergilir-gilir menjaga anak di hotel atau sama-sama membantu menjaga ketika umrah dan solat di masjid.
6) Jika ada trip ziarah, kaji dahulu sama ada sesuai atau tidak untuk membawa anak istimewa turut serta. Dalam hal ini, informasi daripada mutawif sangat membantu.
7) Buat persediaan mental dan fizikal secukupnya. Sememangnya ia bukan sesuatu yang mudah, namun ia juga tidak mustahil.
Jika anda berniat nak pergi ke tanah suci bersama anak-anak, boleh lah buat persediaan awal dengan tip yang dikongsi lelaki ini. Semoga bermanfaat.
Sumber: mStar dan diolah daripada Libur
Baca juga artikel lain: Jatuh Sungai, Kanak-Kanak Autisme Umur 5 Tahun Ditemukan Meninggal Dunia
Anak Umur Bawah 3 Tahun Sudah Boleh Mula Nampak Ciri Autisme, Ibu Bapa Perhatikan
Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI