Masak bubur memang memerlukan masa yang lama untuk siap. Tapi bagi mama yang nak cepat dan kesuntukan masa, mama boleh cuba cara yang dikongsi ini. Lebih mudah dan dalam masa yang masa mama dapat siapkan dua hidangan iaitu nasi dan juga bubur.
Selamat mencuba!
INI CARA NAK JIMAT MASA BUAT BUBUR BAYI, 2-IN-1 SEKALI MASAK NASI!
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk bubur. (Bahan nak masak nasi tu, macam biasalah ya.)
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis / ayam
Sayuran ikut kegemaran
1 sudu minyak sayuran
CARA-CARA:
Ini pula cara-cara memasak bubur sekali dengan nasi dalam rice cooker.
1. SEDIAKAN ALATAN
Pertama sekali, sediakan peralatan yang akan digunakan iaitu rice cooker dan cawan / mangkuk kecil.
Biasa cawan stainless steel tu saya buang tangannya. Saya tak suka guna yang plastik sebab bahaya. Jadi, macam inilah yang saya buat.
2. SUKAT BERAS
Beras dalam cawan dibahagikan kepada 3 bahagian. 1 beras, 2 air.
Kalau nak lembek, kurangkan beras. Agak-agak macam buat bubur. Nasi yang dalam rice cooker kita masak macam sukatan biasalah ya.
3. ISI AIR
Seterusnya, isikan air secukupnya dan letak di tengah-tengah rice cooker.
4. TAMBAH BAHAN-BAHAN PERASA
Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan perasa untuk bubur. Ikut sukalah nak bubuh ikan bilis, ayam, sayuran, atau apa-apa bahan lain.
Kemudian saya tambahkan sedikit minyak sayuran. Fungsinya untuk melembutkan lagi bubur. Kalau tak ada minyak sayuran gunakan minyak zaitun, minyak bunga matahari, atau apa-apa minyaklah. Minyak masak biasa pun boleh.
5. MASAK MACAM BIASA
Bila dah bubuh semua bahan, bolehlah masak macam biasa.
6. GAULKAN
Akhir sekali bila dah masak, gaulkan sedikit bubur supaya bubur akan melembut. Boleh nampak dalam gambar di bawah perbezaan tekstur bubur dan nasi yang dimasak.
SIAP!
Sambil masak nasi, dapat masak bubur sekali. Memang mudah dan menjimatkan masa, kan? Hasilnya bolehlah dapat dalam 2 mangkuk kecil bubur, cukup untuk 2 kali makan.
Kedit: Musyahada
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI