Penjagaan Anak

Ini Cara Terbaik Cuci & Steril Botol Susu Supaya Anak Tak Sakit, Bukan Hanya Bilas Guna Air!

Share

Tahukah anda, ibu bapa perlu mencuci dan mensteril botol susu anak dengan betul sehinggalah mereka berusia 12 bulan? Tetapi, ramai yang terlupa, bukan botol susu sahaja yang perlu dibersihkan. Jangan lupa gunakan berus cuci botol susu! Malah, berus botol susu, penutup dan puting juga perlulah disterilkan sekali setiap 2-3 minggu!

Tetapi, apakah kepentingan mencuci dan mensteril botol susu anak? Pada botol susu si manja, terdapat banyak kawasan atau rekahan yang berpotensi menjadi tempat pembiakan bakteria.

Untuk memastikan botol susu anak sentiasa bersih, ibu bapa haruslah mencucinya selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan anak terkena sebarang jangkitan yang boleh menyebabkan si manja muntah atau cirit-birit.

Mengapa perlu steril, basuh dan berus cuci botol susu anak?
* Sistem imun bayi masih lagi lemah dan belum berkembang dengan baik. Sebab itulah, ibu bapa perlu memastikan barang yang digunakan oleh si manja, terutamanya botol susu mereka berada dalam keadaan yang bersih dan bebas kuman.

* Susu juga merupakan medium yang sangat digemari bakteria. Jika tidak dibersihkan dengan betul, bakteria boleh membiak di sekitar rekahan, puting.

* Botol susu perlulah dibasuh selepas setiap penggunaan. Jika anak tidak menghabiskan susu formula dalam masa 2 jam, buang susu yang tinggal di dalam botol.

Untuk mencuci botol anak menggunakan tangan, ikuti langkah di bawah:

* Basuh botol susu dengan sabun botol susu dan air selama 20-30 saat.

* Asingkan botol susu dan aksesori lain. Kemudian, bilas semua bahagian ini di bawah air yang mengalir. Kalau boleh, jangan biarkan botol susu anak di dalam singki. Letakkan di dalam baldi atau besen kecil.

* Letakkan semua bahagian botol di dalam besen. Kemudian, tuangkan air panas. Jangan gunakan sabun botol susu yang keras. Cukup sekadar sabun basuh pinggan.

* Biarkan ia tenggelam selama 5 minit. Proses ini akan melonggarkan sebarang saki-baki susu yang melekat di dalam botol.

* Sental botol dengan berus botol susu. Akhir sekali, picit air melalui puting botol untuk memastikan ia benar-benar bersih.

 

Cara sterilkan botol susu dan berus

1. Steril menggunakan air mendidih
Langkah paling mudah dan selamat untuk mensterilkan botol anak. Lakukan proses pensterilan dengan langkah-langkah berikut:
* Pisahkan bahagian botol dan masukkannya ke dalam bekas yang besar.
* Letakkan perkakas untuk membersihkan botol seperti berus botol susu ke dalam bekas yang sama.
* Tuang air sehingga botol tersebut tenggelam. Pastikan tiada buih udara terperangkap di dalam botol.
* Didihkan air dan pastikan ia terus mendidih selama 5 minit.
* Biarkan air sejuk dan alihkan bahagian botol ke kawasan yang kering.

2. Steril menggunakan ketuhar gelombang mikro
Jika anda mempunyai ketuhar yang boleh menjalankan proses pensterilan, baca dahulu arahan supaya anda dapat menggunakan alat tersebut dengan betul. Pastikan ketuhar anda bersih dan periksa sama ada botol, berus botol susu dan puting selamat untuk diletakkan di dalam ketuhar (microwave safe).

Sumber: Hello Doktor

Published by
SRM