Mesti ramai ibu ingin tahu cara nak bagi anak makan sayur tanpa dia sedar pun yang dia sedang makan sayur.
Ibu mana tak risau bila anak langsung tak nak makan sayur. Susah hati kalau anak tak sihat disebabkan tak makan sayur.
Biasanya taktik sorok sayur dalam masakan antara yang selalu digunakan oleh para ibu untuk memastikan si kecil menjamah sayur. Namun biasanya taktik tersebut kurang berjaya dan dapat dikesan oleh anak.
Cuba guna cara dikongsi oleh Puan Jastia Taza yang langsung tak perlu nak guna taktik bersembunyi atau menyorokkan sayuran. Nampak macam mudah sahaja. Apa kata anda cuba sendiri.
Anak tak suka makan sayur?
Jom cuba menu macam ni, silap-silap dengan mak dia sekali meratah sama.
Bendi celup tepung penuh kasih sayang.
Resipi boleh rujuk gambar, pastinya senang mudah dan ringkas. Bila dah salut tepung, anak pun tak perasan warna hijau sayur tu.
Makan saja pun boleh nak campur nasi pun sedap juga. Boleh share jika bermanfaat ya
Ads
Bahan-bahan:
Bendi
Telur
Tepung goreng Bestari
Sedikit lada hitam/putih atau serbuk cili (jika suka pedas)
Cara-cara:
Belah bendi dua bahagian.
Ads
2. Celupkan bendi ke dalam telur nak bagi senang tepung melekat bila goreng nanti.
3. Lumurkan dengan tepung goreng Bestari plastik kaler oren tu, depan belakang depan belakang sampai rata.
3. Agak suka pedas boleh bubuh lada hitam ataupun serbuk cili campur sekali dalam tepung.
Ads
4. Masukkan dalam minyak yang sedia panas.
5. Bendi dah siap goreng, rangup di luar lembut di dalam.
Tak sah jika berbuka tanpa menikmati sepotong kuih manis sebagai pembuka selera. Nak cara kelainan berbuka petang ini, apa kata anda cuba Puding Pandai Thai pula.
Memang lembut, sedap dan berlemak. Nak buat macam mana? Memang mudah sangat, hanya gaulkan sebati dan makan bersama kuah santan serta kelapa parut dan bijan. Jom cuba!
PUDING PANDAN THAI Yang ini pun saya belajar dari maid Thai. Memang sedap. Simple sangat, rasa lemak manis kuah santan dan puding tu lembut, cair dalam mulut.
Simpan dalam peti ais dalam sejam sebelum berbuka lagi best. Saya share resepi kat sini. Siapa teringin nak buat boleh try ok.
BAHAN PUDING:
2 sudu kapur masakan (campur dengan 1 gelas besar air. Ketepikan) (ambil 1 1/2cawan air kapur yang jernih sahaja)
1 cawan tepung beras
1/3 cawan tepung pulut
1/3 cawan tepung ubi kayu
1/3 cawan gula perang
1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
1 sudu paste pandan
Tapis tepung, satukan semua bahan kat atas dan kacau bagi tak berketul. Buka api paling kecik, kacau sampai puding tu jadi jernih. Part ni susah sikit. Sebab kena kacau macam kacau dodol. Dan tak boleh tinggal walaupun sekejap. Paling cepat boleh siap setengah jam.
Kena pastikan puding tu betul-betul jernih barulah masak. Bila dah masak ketepikan bagi dia suam. Bila dah suam, boleh scoop masukkan dalam mangkuk puding dan letak dalam fridge.
BAHAN KUAH SANTAN
Santan Kotak saiz kecil 2 kotak
Tepung Jangung 1 sudu kecil (bancuh dengan 1 cawan air )
Gula pasir putih 1 sudu besar
Garam 1/2 sudu teh
Panaskan santan, kemudian masukkan air tepung jagung, gula dan garam. Bila dah likat, tutup api dan sejukkan dalam fridge.
KELAPA PARUT (gaul dengan garam sikit sahaja bagi rasa lemak)
BIJI BIJAN
Bila nak hidang, tuang kuah santan, letak satu sudu kelapa parut tadi dan tabur biji bijan.
Kalau nak cantik, puding tu perlu kurangkan air sikit, bila dah suam boleh guna piping icing dan piping atas talam. Tapi dia akan keras sikit tak cair masuk mulut.
Saya lebih suka puding ni lembut jadi bila lembut memang tak boleh nak bentuk. Rupanya tak cantik la. Janji masuk mulut sedap.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resipi kuih lompang berlauk paling mudah untuk disediakan. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit.
Anak Nak Makan Kuih Lompang Berlauk
Anak-anak mesti suka sebab rasa lemak-lemak kuih lompang yang dimakan bersama rendang. Untuk anak yang masih kecil mama kurangkan sedikit tahap kepedasannya. Jom kita cuba resipi kuih lompang berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali ini.
Resipi Kuih Lompang Berlauk
Bahan untuk rendang:
10 keping daging burger (dipotong enam bahagian)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 sudu kecil serbuk kunyit
20 tangkai cili padi
1 senduk rata cili kering kisar
2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus)
4 batang serai (dititik)
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam
Tak Ada Daging Segar, Boleh Guna ‘Patty Burger’
Cara membuat:
1. Bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.
2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.
3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.
4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.
5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.
6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.
Bahan lompang:
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
4 cawan air
1 sudu besar air kapur
Garam
Pewarna kuning
Cara membuat:
1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.
2. Sapu minyak pada acuan.
3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.
4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.
5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.
INFO:
*untuk bancuhan ini boleh dapat 47 hingga 50 biji kuih lompang. *untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)
Tidak dinafikan memasak bubur anak mengambil masa yang agak lama. Jika tidak menyediakan stok untuk anak seminggu, pastinya setiap pagi ibu perlu bangun lebih awal untuk mempersiapkan bubur anak. Tidak mahu kelam kabut di pagi hari, ada baiknya ibu mencuba resipi bubur yang dikongsikan ini.
Tidak menyediakan bubur dari beras biasa sebaliknya, Pn Azwa Mohtar menyediakan tepung beras dahulu dan kemudiannya barulah dimasak bubur seperti biasa. Cara ini buat bubur dimasak lebih pantas dari biasa. Jom ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya. Memang mantap!
Bismillahirrahmanirrahim… Hari ni saya nak kongsikan cara untuk memudahkan dan menjimatkan masa ibu-ibu menyediakan bubur nasi untuk baby iaitu dengan membuat tepung beras sendiri. Ibu-ibu dapat sediakan bubur baby dalam 15-20 minit dah siap.
Moga ada manfaat nya info ini.
Basuh beras selawatkan niatkan yang baik untuk anak kita dan jemurkan sampai beras kering dari air. Saya lapik dengan kain bersih. Masa ni boleh buangkan mana beras yang tak elok atau bendasing yang dijumpai.
Sangai sekejap.
Kisar halus.
Dah siap! Boleh simpan stok dalam bekas kedap udara.
Sedia untuk masak bubur
Selepas tepung disediakan barulah lebih senang nak masak bubur. Setiap kali nak masak, ambil sahaja beberapa sudu ikut, banyak mana yang dikehendaki.
Sekali masak saya masukkan 2 sudu besar beras yang telah dikisar.
Bahan-bahan ini terpulang pada ibu-ibu nak masak apa untuk baby. Kalau saya, parutkan semua bahan ini. Ikan bilis tumbuk halus. Masak dengan api sederhana perlahan.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.