Apabila bercakap mengenai checklist barang baby, selalunya barangan yang dibeli ibu bapa adalah berlebihan dan kadangkala tidak digunakan langsung.
Apa yang pasti, si manja hanyalah memerlukan pakaian yang mencukupi, selain keperluan untuk memastikan dirinya bersih, di samping persekitaran yang selesa dan selamat.
Ingin tahu apakah senarai barang keperluan bayi yang patut dibeli? Dalam artikel ini ada jawapannya!
Checklist barang baby: Semasa ibu hamil hingga kepulangan si manja di rumah
Segala yang disenaraikan di bawah adalah barangan yang benar-benar diperlukan sahaja.
Berikut antara barangan penting untuk mereka yang bakal bergelar ibu:
Vitamin pranatal
Bra dengan sokongan tambahan
Pakaian sesuai untuk ibu mengandung dan seluar yang boleh diregangkan pada pinggang
Krim badan untuk melegakan kulit meregang dan kekeringan yang biasanya disebabkan oleh hormon kehamilan
Tali pinggang sokongan perut
Bantal tambahan untuk sokongan
Persediaan ke hospital
Ads
Ketika sibuk membuat checklist barang baby, jangan sampai terlupa melakukan persediaan dan persiapan barangan ke hospital untuk melahirkan bayi nanti.
Untuk ibu
Selipar
2 atau 3 bra yang selesa dan menyokong, termasuk bra penyusuan jika anda merancang untuk menyusu badan. Ingat! Payudara anda akan lebih besar daripada biasa
Pakaian selesa dan longgar untuk dipakai pulang ke rumah
Tuala mandi
3-4 keping tuala wanita atau bersalin
Checklist barang baby
Sekurang-kurangnya sepasang pakaian untuk dipakai pulang ke rumah – sediakan beberapa saiz berbeza 0-3 bulan dan bukan sekadar baju newborn
Selimut
Beg lampin, termasuk beberapa keping lampin, kain lap dan puting bayi
Stoking bayi
Car seat bayi
Senarai barang keperluan bayi untuk taska & rumah
Tikar permainan. Bayi baru lahir akan mendapat manfaat apabila mereka boleh melakukan tummy time setiap hari. Anda cuma perlu sediakan tikar permainan yang nipis dan lembut di atas lantai untuk memberikan bayi ruang menikmati beberapa minit tummy time, beberapa kali sehari
Pelapik tilam
Tab mandian bayi
Detergen dobi untuk bayi, terutamanya jika mereka mempunyai kulit sensitif
Penyedut hidung
Ubat melegakan demam dan kesakitan untuk bayi
Mesin yang mengeluarkan muzik lembut. Ia dapat membantu menenangkan bayi yang baru lahir dan dipercayai membantu mereka tidur lebih lena
Tempat penyimpanan pakaian. Anda boleh menyediakan almari pakaian atau pun hanya menggunakan bakul untuk menyediakan pakaian si manja
Checklist barang baby: 0-12 bulan
Ads
Berikut pula adalah senarai barangan keperluan si manja untuk tahun pertama kehidupannya. Jom kita tengok apa yang perlu dibeli.
Senarai semak keperluan bayi 0-3 bulan
Anda disarankan untuk membeli barangan keperluan bayi usia 0-3 bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin.
2+ – hooded towel
4+ – kain lap bayi yang lembut
Sabun bayi yang lembut atau sesuai untuk kulit sensitif
Syampu bayi
Penyepit kuku bayi, kerana penyepit kuku anda terlalu besar untuk mereka
Berus penyikat rambut lembut
2 – pek lampin bayi pakai buang atau 24 helai kain lampin bayi
Pin – jika anda menggunakan kain lampin
Tisu basah
Salap untuk ruam lampin dan bedak
2+ – puting bayi
6+ – romper
6+ – pasang stoking tangan dan kaki
Beberapa pasang set baju dan seluar
Baju sejuk
Topi bayi
Buaian bayi atau baby rocker
Checklist barang baby ketika berusia 4-6 bulan
Sesetengah barangan yang dibeli semasa bayi berusia 0-3 bulan masih boleh dipakai, seperti selimut dan tidak perlu diganti lain. Tetapi ada beberapa keperluan lain perlu ditambah, seperti beberapa pakaian baharu.
Salap tumbuh gigi
Gegelang gigit (teething ring)
Sudu dan mangkuk untuk makanan pejal lembut
Kerusi makan bayi
Barang mainan – Rangsangan sentuhan adalah penting pada usia ini, dan setiap sentuhan membawa sensasi baharu. Cuba mainan dengan tekstur, bentuk dan warna yang berbeza. Rattles juga bagus pada peringkat ini, kerana si manja mungkin mula mengaitkan tindakan seperti menggoncang mainan, dengan maklum balas bunyi segera
Checklist barang baby untuk usia 7-12 bulan
Ads
Bayi anda jauh lebih interaktif sekarang, dan mungkin tidak lama lagi akan merangkak. Jadi berikut antara barangan yang perlu disediakan:
Pintu pagar untuk menyekat tangga dan bilik
Pengadang plastik dan/atau kusyen untuk bucu perabot
Bekas kecil untuk finger food apabila bayi mula ingin menyuap makanan sendiri
Sippy cup
Barang mainan – Board book dan busy board bagus untuk melibatkan koordinasi tangan-mata si manja. Soft toys, bongkah kayu dan squishy ball juga menyeronokkan buat mereka. Apabila semua itu jadi membosankan buat si manja, peralatan dapur seperti bekas makanan kosong turut akan menjadi pilihan mereka
Ketika menyediakan senarai barang keperluan bayi, ia pastinya sesuatu yang menggembirakan buat anda yang bakal bergelar ibu bapa, terutamanya jika ini adalah cahaya mata pertama kalian. Tetapi sebaiknya elakkan pembaziran dan belilah barangan yang perlu sahaja.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemergian adik Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, 7 tahun sangat dirasai oleh seluruh ahli keluarga namun takdir Allah melebihi segalanya.
Bagi seluruh ahli keluarga, kehilangan anak kecil ini sungguh tak disangka kerana arwah Dinie seorang anak yang sihat, aktif dan periang.
Menerusi perkongsian ibu saudara arwah, Sitie Nurhaliza Dahalan walaupun masih bersedih tetapi pihak keluarga reda dan berharap isu adik Dinie tidak lagi diperbesarkan.
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia Nur Dinie Damia Binti Muhammad Noor Ain.”
Hati ini masih belum dapat menerima perginya anak yang sangat lincah, aktif, bijak, peramah, periang & yang sentiasa menghiburkan kami sekeluarga.
Masih segar dalam ingatan kami sekeluarga dengan keletah dan gelagat dia mencuit hati kami semua.
Untuk pengetahuan semua.. arwah Dinie seorang anak yg sihat..tiada sebarang penyakit..abg dan kakak sy sentiasa pantau kesihatan anak² mereka.. Bile demam ckit je pon akan trus dibawa ke klinik utk dpatkan rawatan segera.. bile terjadi nya kejadian spt ini..kami semua x dpt menerima kenyataan drpd demam biasa Arwah trus kritikal.. 😭 apa punca nya???
Kami faham & kami percaya pihak hospital telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan arwah..tetapi Allah lebih menyanyangi beliau.. 😢
Saya wakil drpd abang saya محمد نور عين دحلان & kakak ipar saya Norazlina Ahmad Lyna Ahmad merakamkan jutaan terima kasih buat semua kakitangan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dlm usaha menyelamatkan anak kesayangan ramai ini.. 😢
Buat semua rakan², saudara mara, jiran² & teman yg mengenali kami sekeluarga atau tidak.. sy mohon maaf kerana tak dpt membalas satu persatu semua yg inbox & text sy bertanyakan perkhabaran & perkembangan arwah semasa di hospital..kami sekeluarga letih & sibuk menguruskan bermacam² perkara dgn emosi kami yg x tentu arah mase tu 😔 maaf sekali lagi dr pihak kami sekeluarga..
Buat seluruh warganet & semua yg mengenali sy & keluarga jutaan terima kasih yg tak terhingga atas semua doa & ucapan kalian.. hanya Allah sahaja yg dpt membalas nya dgn kebaikan yg berpanjangan.. aamiinn 🤲🏼
Kami seluruh keluarga terkejut dgn penularan berita mengenai arwah Dinie di media sosial.. niat sy ketika post ttg anak buah sy adalah utk memohon doa drpd semua agar anak buah sy sembuh tetapi x sangka sehingga tular..ada masa nanti sy ceritakan kronologi anak arwah Dinie ya 😔 buat masa skrg kami masih lagi bersedih & kecewa dgn penularan kisah pemergian arwah yg dijangkiti influenza A tetapi dinafikan.. kami ahli keluarga kami tau apa yg berlaku..
Kami seluruh ahli keluarga tiada niat utk buat seluruh masyarakat panic tetapi kami nak semua orang supaya aware yg wabak ini adalah perkara yg serious.. Kami hilang anak yg sihat, ceria & aktif..kami xnak ade lagi kes spt ini terjadi.. kami redha dgn kehilangan arwah Nur Dinie Damia 😢 arwah dah pun pergi berjumpa penciptanya dan dah berlari² di Syurga.. 😢
Ajal, rezeki, jodoh semuanya sudah ditetapkan oleh Allah. Cuma bila dan bagaimana ia berlaku, semuanya rahsia. Bagaimanapun, menyentuh bab kematian, pasangan suami isteri akan fikir jauh, jika salah seorang pergi dulu, bagaimanakah nasib diri dan anak-anak selepas itu.
Boleh ke membesarkan anak tanpa insan yang kita sayang. Macam mana soal perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan macam-macam lagilah. Namun adakah kita sebagai isteri bersedia menghadapi keadaan ini lagi-lagi bila suami yang pergi dulu?
Berikut antara yang dikongsikan oleh Perunding Kewangan, Azizul Azli Ahmad buat seorang wanita bergelar ibu. Sama ada perpisahan itu disebabkan perceraian atau pergi buat selamanya.
SEBELUM SUAMI MENINGGAL?
1. Melahirkan anak adalah wanita, yang diceraikan adalah wanita, yang turun naik mahkamah adalah wanita, yang tuntut nafkah adalah wanita, bila suami meninggal tinggallah wanita.
2. Kos sara hidup meningkat setiap tahun, jika tahun 2007 makan diluar memerlukan RM20 sehari. Tahun 2020 kos makan diluar meningkat kepada RM84 sehari.
3. Galakkan suami atau isteri jana pendapatan kedua. Hartanah atau rumah sewa paling mudah jana pendapatan semasa. Cukup bulan kutip sewa.
4. Galakkan suami juga ambil Perlindungan Pendapatan, jika meninggal atau ditimpa bencana boleh dapat pampasan.
5. Katakan gaji suami RM2000 x 12 bulan / 0.05 = RM480,000. Minta suami hibahkan atas nama isteri tercinta.
6. Jika suami dijemput pergi dapat duit ini letak dalam ASB atau Tabung Haji. Jika kadar dividen 7.25% setahun dapat RM34,800. Sebulan ada sumber pendapatan RM2,900.
7. Boleh jaga anak yang ditinggalkan, tanpa isteri kahwin lagi dengan Dato Kaya Boroi atau YB politik berlagak berjaya nanti.
8. Wanita belajarlah jana pendapatan kedua dengan hartanah. Belajar beli rumah dan sewakan segera.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keselamatan anak kecil semasa di rumah sangat penting untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tak diingini. Kadang kala bila di rumah anak-anak akan lebih bebas ke sana sini dan ada ketika ibu bapa tak boleh nak berikan tumpuan sepanjang masa.
Bagi yang tinggal di rumah dua tingkat, keselamatan di tangga sangat penting. Ini kerana anak akan mudah memanjat dan turun tangga sesuka hati. Bukan setakat itu sahaja, jika terlepas pandang pun anak senang je masuk dapur dan bermain dengan peralatan yang ada di dapur.
Sebelum mendatangkan bahaya pada anak-anak, seeloknya kena ada halangan yang selamat untuk mereka. Biar mereka menjerit tak boleh masuk atau memanjat tangga daripada kita menyesal dengan kejadian yang lebih buruk.
Jadi baby safety gate antara yang paling penting mesti ada di rumah jika ada anak kecil. Nak jimat kos boleh cuba DIY sendiri safety gate melalui perkongsian Syazwani Jamil.
Tetiba terasa rajin nak share pasal DIY baby safety gate ni. Padahal dah dekat sebulan dah buat ni.
Okay, ada anak kecil wajib la kena childproof kan rumah terutamanya kawasan yang berbahaya seperti dapur. Sejak Amsyar dah makin rajin explore rumah, selipar dapur pun dia buat main, makanan kucing dalam bekas kat dapur pun dia kutip. Makin clingy jugak, tak boleh kena tinggal, ibu nak masak kat dapur pun dia ikut, maka ayah pun buatkan la safety gate ni.
Design safety gate ni yang terpaling simple je tak canggih pun. Tak boleh slide-slide ke tepi dan tak ada selak-selak berengsel pun. Jenis angkat dan masukkan pintu dalam lubang secara manual je.
Yelah, nak jimat kos dan masa. Kalau tak silap kos barang semua dalam RM30 dan husband buat ni seorang dalam 2 jam je.
Barang-barang yang digunakan semua jenis paip pvc. Nak cerita lebih-lebih tak pandai dan takut salah jadi boleh rujuk gambar je lah ye.
Ala orang lelaki tau la barang-barang ni kan tak yah cerita pun tak apa, design pun simple je ni. Cuma nak bagitau yang husband gam setiap sambungan tu so setakat ni anak pijak, goncang-goncang pagar tu steady lagi lah inshaAllah kukuh jugak.
Cumanya kena kira betul-betul la ukuran sebab dah gam susah nak adjust balik. Ketinggian pagar, jarak antara tiang semua tu boleh la adjust ikut kesesuaian rumah masing-masing. Semoga perkongsian ni bermanfaat.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.