Antara soalan yang sering ditanya oleh para ibu–bapa adalah mengenai kekerapan yang normal bagi pembuangan najis dalam bayi dan kanak-kanak serta konsistensi dan warna najis. Ciri–ciri najis serta frekuensi pembuangan najis mungkin dapat memberikan indikasi tahap kesihatan kanak-kanak/bayi tersebut.
Adalah penting untuk mengetahui bahawa ciri-ciri najis juga bergantung kepada pemakanan, tahap penghidratan, keadaan emosi, ubat-ubatan serta pewarna makanan.
Apakah ciri-ciri najis bayi?
Secara am, bayi yang baru lahir akan membuang najis dengan banyak dan agak kerap. Dalam beberapa hari yang pertama, bayi akan membuang najis yang berwarna hijau tua atau hitam (meconium).
Setelah bayi telah mula menyusu dengan kerap,ciri-ciri najis juga bergantung kepada penyusuan bayi tersebut. Bayi yang diberikan penyusuan ibu secara eksklusif selalunya akan membuang najis dalam 5 ke 6 kali sehari. Selain daripada itu, najis bayi yang diberikan susu ibu lebih cair berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula.
Najis bayi yang kurang daripada 6 bulan adalah lebih cair kerana pemakanan hanya daripada susu ibu atau susu formula. Konsistensi najis bayi yang diberikan susu formula adalah seperti campuran sos mustard dan cottage cheese manakala najis bayi yang diberikan penyusuan susu ibu secara eksklusif berwarna kuning seperti marjerin, lebih cair dan berketulan kecil.
Adakah bayi sedang mengalami sembelit?
Frekuensi pembuangan najis adalah berbeza antara bayi. Sesetengah bayi mungkin akan membuang najis selepas setiap kali menyusu manakala ada juga bayi yang membuang najis setiap 3 hari.
Seseorang bayi itu dikatakan mengalami sembelit sekiranya dia membuang najis yang seakan batu kecil (pellet-like stools) tetapi sekiranya najisnya cair dia tidak semestinya tidak mengalami sembelit kerana najis cair dapat melepasi najis keras dalam usus dan seterusnya mengalir keluar. Selain daripada itu,sembelit juga boleh menyebabkan najis berdarah. Oleh itu, adalah penting untuk untuk ibu-bapa peka terhadap sebarang perbezaan ketara dalam frekuensi pembuangan najis bayi.
Ads
Sembelit mungkin masalah penyahhidratan (dehydration) atau pertukaran susu daripada susu ibu ke susu formula. Sembelit boleh juga berlaku apabila makanan pelengkap (weaning diet) dimulakan di mana warna najis juga akan berbeza.
Sembelit juga boleh disebabkan oleh masalah usus seperti Hirschsprung’s disease, penyakit cystic fibrosis, atau kekurangan hormon tiroid(hypothyroidism). Ada juga ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sembelit.
Adakala, bayi akan kelihatan seperti meneran dan sakit apabila membuang najis.Ini tidak semestinya menunjukkan masalah sembelit tetapi kerana bayi belum pandai menggunakan otot bahagian abdomen untuk menolak keluar najis dan tiada tarikan graviti kerana bayi dalam keadaan berbaring semasa membuang najis.
Bagaimana Mengelakkan /Merawat Sembelit Dalam Bayi?
Bagi bayi yang kurang dari 6 bulan dan diberikan susu formula, penukaran susu formula mungkin dapat mengurangkan sembelit. Bagi bayi yang lebih daripada 6 bulan, adalah disyorkan untuk memberikan lebih banyak air atau jus seperti jus prun atau epal. Selain daripada itu, makanan yang mempunyai serat tinggi(high-fibre) seperti bijirin barli.Aktiviti fizikal juga dapat menolong mengurangkan sembelit seperti menggalakkan anak merangkak serta menggerakkan kaki anak seperti mengayuh basikal dalam keadaan berbaring. Urutan bahagian perut juga dapat melegakan sembelit. Sekiranya masalah sembelit masih berlaku, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melembutkan najis (lactulose)
Adakah Bayi/Kanak-Kanak Mengalami Cirit -Birit?
Cirit-birit berlaku apabila najis bayi/kanak-kanak menjadi lebih cair serta lebih kerap. Ia mungkin disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, alahan makanan atau susu lembu dan kesan sampingan ubat. Najis bayi juga boleh mengandungi banyak lendir sekiranya bayi mengalami demam selsema.
Ads
Apakah Rawatan Bagi Cirit-Birit?
Adalah penting bagi ibu-bapa untuk memastikan bayi/kanak minum dengan secukupnya. Sekiranya ada tanda-tanda penyahhidratan seperti kurang kencing, tidak aktif , lemah, mata cengkung dan kurang air mata bila menangis hendaklah segera membawa anak berjumpa doktor. Doktor mungkin akan memberikan “Oral Rehydration salt (ORS)” bagi menggantikan air dan garam-galian yang hilang dalam cirit-birit. Sekiranya ada penyahhidratan yang banyak, rawatan di hospital mungkin diperlukan.
Ibu –bapa disyorkan agar tidak memberikan ubat untuk mengurangkan cirit-birit (antidiarrheal medication) kepada kanak-kanak/bayi yang mengalami cirit-birit kerana ia tidak akan merawat jangkitan usus dan mungkin memberikan kesan sampingan.
Apakah sebab-sebab najis berdarah ?
Najis yang mengandungi darah boleh berlaku dalam bayi dan kanak-kanak. Antara sebab-sebab najis berdarah adalah seperti berikut:
Ads
Alahan kepada susu lembu(Cow’s milk allergy)
Ada bayi yang alah kepada susu lembu diberikan susu formula.Penyusuan susu ibu secara eksklusif adalah digalakkan dari lahir sehingga umur 6 bulan dan makanan pelengkap dimulakan semasa umur 6 bulan. Ibu yang menyusukan bayi juga perlu mengelak daripada makanan yang mengandungi protin lembu seperti susu, keju, dadih/yogurt dan daging lembu.
Sembelit
Sekiranya seseorang bayi/kanak-kanak itu mengalami masalah sembelit,najis yang keras boleh melukakan bahagian dubur (anal fissure).Ini boleh menyebabkan najis berdarah serta kanak-kanak mengalami kesakitan semasa membuang najis.
Jangkitan virus/bacteria(gastroenteritis)
Jangkitan bakteria atau virus atas usus boleh menyebabkan cirit-birit berdarah. Sekiranya ia berlaku dengan banyak dan kerap iaitu setiap satu ke dua jam, ibubapa disyorkan membawa anak berjumpa doktor.
Intussusception
Ini adalah situasi di mana sebahagian daripada usus masuk ke dalam bahagian usus yang seterusnya menyebabkan usus tersumbat. Ini adalah satu kecemasan yang perlu dirawat segera. Ia lebih kerap berlaku dalam kanak-kanak yang berumur 5 ke 9 bulan. Apabila ia berlaku,kanak–kanak tersebut akan menangis kesakitan dan meneran semasa membuang najis. Najisnya akan bercampur darah dan lendir dan sering digambarkan sebagai “red currant jelly stools”.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Instafamous, Adira Salahudi berkongsi pengalaman bakal bersalin anak keduanya di laman Instagram. Menurutnya, kelahiran kali ini sedikit berbeza dia mula mengalami sakit kontraksi pada minggu ke 34 dan doktor mengesahkan bahawa dia bakal melahirkan anak pramatang.
Tambahnya lagi pengalaman kali ini berbeza kerana dia terpaksa menerima suntikan dexa untuk mematangkan paru-paru bayi pramatang dan ternyata suntikan ini sangat menyakitkan berbanding suntikan epidural. Ikuti perkongsian ini.
Since dah masuk 8 bulan dah kena checkup dekat hospital mana nak deliver dah. Arsel dulu Adira dengan Andorra, second baby pun nak dekat sana sebolehnya. Tapi beberapa hari lepas Adira datang contractions time 34weeks. Dari pukul 2pagi hingga lah pukul 10 pagi. Tapi macam mild contraction. So Adira decide nak pergi check.
I pergi Hospital Columbia since dekat dengan rumah. Then jumpa doc, doc check bukaan dah 3cm and memang ada contraction. Masatu Adira dah start nangis dah. Sebab takut nak beranak baby tak cukup bulan. Macam macam dalam fikiran. Trauma nak beranak, tak ready lagi, fikirkan kandungan.
Bila doc cakap mungkin akan deliver, Adira and Ammar decide nak beranak dekat Columbia je alang alang dah dekat situ. Tapi tak diterima. Ammar call andorra pun andorra tak terima kalau beranak tak cukup bulan. Lagi la Adira mental down sangat sangat. Dah admit dekat Columbia, doc sana cakap kena transfer pergi HTAR.
Dekat sana ada doc pakar and ada alat lengkap untuk baby premature. Allahu memang tak tahu nak explain macam mana. Tapi kalini walaupun bukaan 3cm Adira still boleh tahan sakit contraction tu. Arsel dulu 2cm pun dah meronta ronta sakit dia.
Then dari Columbia kena naik ambulan pergi ke HTAR. Sampai sampai je terus Ammar takleh nak masuk teman dah. Sebab gov memang tak bagi suami teman and tak dapat jumpa. Bermula la lagi drama dalam tu. Menangis tak berhenti. Datang doc tu doc ni. Check lagi bukaan. Ambil darah apa semua.
Adira start panic takut semua lah. Pastu doc cakap kena cucuk ubat untuk matangkan paru paru baby since baby tak cukup bulan and cucuk unat untuk hentikan contraction supaya bukaan stop. Takut adira beranak. Ya Allah cucuk dexa ni Adira boleh kata lagi sakit dari epidural. Macam isi kena toreh hidup hidup sakit dia😭
I memang tak boleh explain la perasaan i masatu. Mix feeling! Tapi apa pun HTAR sangat sangat bagus. Docs & nurses semuanya baik. Adira risau banyak yang Adira dengar bila gov je layanan kasar kasar. Tu salah satu yang buatkan Adira takut juga😭 .
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi laman Instagram miliknya mendedahkan wajah terbaru anak keduanya yang diberi nama Ara Adreanna.
Selepas hampir dua minggu menjalani proses berpantang, selebriti yang juga suri hati kepada penyanyi Aliff Aziz itu telah memuat naik beberapa keping gambar dirinya dan anak-anak.
Dalam kapsyen yang dibuat oleh Bella, dia mengucapkan selamat datang ke dunia buat puterinya itu dan sempat memaklumkan bahawa begitu bersyukur diatas kurniaan tersebut.
Bella turut menyatakan bahawa menjadi seorang ibu adalah sesuatu yang memenatkan, namun dia sentiasa bersyukur dan gembira kerana diberi amanat yang tidak berbelah bahagi ini.
“So precious and small..Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna(mini me)
“Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah
P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot🙏🏻 mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you :’),” tulisnya.
Menjenguk ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen positif daripada warga maya. Rata-ratanya memuji kecomelan bayi keduanya itu.
Bayi keduanya itu dilahirkan pada 18 Julai yang lalu. Aliff yang berada di Singapura bagaimanapun tiada dalam rakaman foto berkenaan berikutan masih berada di negara tersebut akibat sekatan sempadan ekoran Covid-19 yang berlaku.
Sumber: Bella Astillah
Pemain Video
Media error: Format(s) not supported or source(s) not found
Tarikh jangkaan bersalin dijadualkan tidak lama lagi. Mama sudah menyiapkan beberapa keperluan untuk dibawa ke hospital agar nanti tidak kelam kabut dan mengelakkan daripada tertinggal. Jom semak apa yang perlu ada dalam beg hospital dengan senarai dan tip yang telah disediakan.
Mama tentu berdebar-debar menghampiri tarikh jangkaan bersalin. Sudah tentu memikirkan tentang proses kelahiran yang bakal dilalui dan tidak sabar menatap wajah buah hati baharu. Anda tentu tidak mahu tergopoh gapah mengemas barangan keperluan semasa air ketuban sedang meleleh keluar!
Tip menyediakan beg hospital
Beg hospital perlulah dikemas lebih awal daripada tarikh jangkaan kelahiran kerana bimbang anda tiba-tiba akan bersalin awal. Seelok-eloknya sebulan sebelumnya.
Pilih beg jenis troli yang boleh memuatkan barang anda yang banyak. Manakala untuk si kecil dan papa dalam dua buah beg berasingan.
Pastikan anda membawa lebih dari satu pasang pakaian sekiranya hospital tidak menyediakan pakaian hospital untuk pesakit di wad.
Bawa lebih banyak pad payudara kerana bimbang anda akan mengalami bengkak susu selepas bersalin.
Pastikan beg ini ditempatkan di dalam bonet kereta supaya senang dicapai apabila hendak ke wad bersalin.
Sebelum anda ke hospital, tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Elakkan daripada membawa barang kemas di dalam beg hospital kerana bimbang keselamatannya tidak terjamin.
Baby carrier akan memudahkan anda atau suami membawa si kecil pulang kerana anda tidak perlu memangku dan keselamatan si kecil ketika di dalam kenderaan juga lebih terjamin.
Senarai semak beg hospital
Bagi mengelakkan barang keperluan anda, suami dan si kecil tertinggal, mari kita kemas menggunakan senarai semak ini.
Mama
Buku rekod kehamilan
Kad pengenalan diri
Telefon dan alat pengecas
Baju berbutang depan (untuk memudahkan penyusuan)
Kain batik
Sepersalinan baju untuk dipakai selepas keluar dari hospital.
Kain tudung
Seluar dalam pakai buang
Baju sejuk
Stoking
Coli menyusu
Pam payu dara dan botol penyimpanan susu ibu
Pad payudara pakai buang
Krim pelembap puting payudara (untuk mengelakkan putih merekah)
Kaca mata dan bekas menyimpannya (jika anda memakai kaca mata atau kanta lekap).
Bahan bacaan atau barangan yang boleh membuatkan mama selesa seperti kusyen kecil atau tasbih untuk berzikir.
Papa
Baju
Seluar
Pakaian dalam
Kamera
Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka dan sabun mandi.
Selipar
Baju sejuk
Bayi
Bagi yang agak sibuk bekerja atau sibuk dengan pengurusan kehidupan harian, anda boleh beli keperluan bayi ini secara online sahaja. Nak lebih jimat, DPAMsekarang tengah buat promo ‘free shipping’. Gunakan kod promo DPAMFS untuk dapatkan pakaian kanak-kanak dengan harga istimewa di DPAM!
Lampin pakai buang
Baju
Topi, sarung tangan dan kaki
Barut
Kain bedung
Baby wipes
Tuala kecil
Tuala mandi
Bantal kepala
Minyak telon
Kapas
Baby carrier
Selimut
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.