Pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican akhirnya mempamerkan wajah comel anak sulung mereka, Aura Medina sekaligus meraih perhatian ramai.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Harris menerusi sebuah hantaran di laman instagramnya.
Dalam video tersebut, Harris sempat menggelar anaknya sebagai makcik Turki dek kerana raut wajahnya persis orang yang berasal dari negara itu.
“Makcik turki nak keluar berjalan. Ini dia makcik Turki. Makcik jual karipap ke? Comelnya,” katanya.
Terpegun dengan kecomelan si kecil itu, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.
zakiazeman_’s profile picture
MashaAllah comel betul 😍
hunhaqeem’s profile picture
Wehhhhhh comeyyyyyy !!!!
yasminhani’s profile picture
Isshh geramnyaaa Makcik saya nak order 28 karipap plsss
radin_era’s profile picture
😍😍😍 happy belated birthday Pak Ris😂
sal_sabeela’s profile picture
Makcik kuar jln2 bawak tak lato-lato yg ade lampu tu😂😂
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Anak Syurga” Percutian Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Terjatuh Dari Hotel
Siapa sangka percutian sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila anak bongsu mereka maut dipercayai terjatuh dari hotel mereka menginap di Tanjung Bungah, di sini, hari ini.
Menurut laporan dari MalaysiaGazette kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Nur Airis Hafeeya Faizal, 6, baru selesai mandi di kolam renang hotel berkenaan bersama lima ahli keluarganya.
Menurut ibu mangsa, Siti Norra Salleh, 44, mereka sekeluarga menginap di hotel berkenaan semalam bersama suami serta empat anaknya.
Jelas Siti Norra, mereka sekeluarga dari Sungai Petani, Kedah sepatutnya menghantar anak sulungnya yang berusia 22 tahun ke Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Balik Pulau di sini, hari ini.
“Ketika kejadian kami semua mahu naik semula ke bilik untuk mengemas barang selepas mandi tingkat bawah hotel tersebut, namun tiba-tiba anak saya melulu masuk lif sebaik melihat orang awam keluar dari lif tersebut.
“Tiada seorang daripada kami yang sempat naik bersamanya ekoran pintu lif tutup dengan cepat. Susulan itu, kami mencari Nur Airis Hafeeya hampir 10 minit sebelum dikejutkan dengan berita penemuan mayat kanak-kanak di tingkat dua hotel tersebut.
“Saya tergamam dan tidak sangka mayat yang ditemui itu adalah mayat anak bongsu saya,”
Tambah Siti Norra, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan anak bongsunya itu walaupun ia merupakan dugaan berat buat mereka.
“Saya tak sangka jadi macam ini, baru seminggu saya kehilangan mak dan kini anak bongsu pula. Malah, pada hari kejadian saya meminta dia (Siti Airis Hafeeya) mencium jenazah mak buat kali terakhir, namun dia mengatakan tidak mengapa Hafeeya boleh jumpa tok di syurga dan baru saya faham maksudnya itu.
“Saya reda, Allah lebih sayang dia. Dia anak syurga,” katanya.
Kredit: Malaysia Gazzete
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Jom daftar sekarang, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Paw Daddy Beli Mainan Berjaya” Dah Pandai Minta Toys Sendiri, Ramai Suka Fatima Teruja Shopping!
Keletah si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin yang kini berusia dua tahun seringkali menarik perhatian kita.
Ada sahaja gelagat dan aksi comel Fatima yang sememangnya petah berkata-kata dikongsikan oleh ibunya di Insta Story.
Menerusi Instagram keluarga kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura turut memuat naik video Fatima yang kini sudah pandai meminta dibelikan mainan kepada bapanya.
Menurut Fazura, anak kecil kesayangannya itu berjaya mendapatkan barangan kesukaannya yang dipilih sendiri di gedung mainan.
“Upacara pow daddy for toys berjaya dengan cemerlang semalam.
“Masuk je kereta dia kata “daddy, Nyamma nak beli toys”. Kitorang semua terkejut dia cakap macam tu.
“Daddy kata Nyamma dah banyak toys no need to buy la ok?
“Dia pun kata “ok”. Habis je makan, dia minta lagi “Nyamma nak jalan beli toys”. Nasib la awakkk @fattahaminz,” tulis Fazura berseloroh.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang dikongsikan pelakon cantik manis ini, ternyata Fatima begitu fokus memilih mainan yang menarik perhatiannya.
Fatima terlebih dahulu memilih beg bewarna merah jambu dan terus menggalasnya ketika memilih mainan.
Tidak hanya beriya memilih mainan kesukaan, bahkan Fatima juga mahu membawa sendiri mainan kesukaannya biar pun terpaksa menggalas bebanan yang berat. Bersungguh Fatima!
Rata-rata peminat anak kecil itu begitu terhibur melihat langkah Fatima yang laju dan begitu teruja melihat deretan mainan di hadapannya.
Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Meninggal Dipercayai Jadi Mangsa Dera Pengasuh. Ibu Tuntut Keadilan!
Macam tak percaya, tapi seorang bayi meinggal dunia dipercayai jadi mangsa dera pengasuh. Kenapa akhir-akhir ini begitu ramai pengasuh yang semakin gila dan tak berperikemanusiaan?
Dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan mengasuh anak orang tetapi si kecil tidak berdosa diperlakukan seperti haiwan dan didera sesuka hati. Perniagaan mengasuh anak orang diiklankan secara online, tetapi di belakang pengetahuan ibu bapa, anak jadi mangsa kejahatan tangan-tangan pengasuh sehingga ada yang menemui kematian!
Yang hairannya pengasuh tersebut boleh lagi meneruskan perniagaannya tanpa rasa bersalah dan takut kerana tiada sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas mereka dengan alasan daripada pihak berkuasa, “susah nak buktikan kesalahan mereka”. Kegilaan apakah yang melanda masyarakat sekarang ini?
Justeru itu, seorang ibu Puan Noyu Mohamad yang bayi tidak berdosanya menjadi mangsa deraan pengasuh ingin menuntut keadilan di atas kematian anaknya.
Pengasuh Pembunuh Puaka!!
Akak mempunyai 2 orang anak bernama Ryu dan Yuki. Akak ni orang berniaga online dari rumah, suami pula rakan kongsi sebuah kantin di UiTM Jengka. Oleh kerana ekonomi suami dan akak yang tak berapa bagus, akak pun terpaksa mencari kerja. Cari punya cari maka dapat ler kerja Japanese speaker customer service bagi sebuah syarikat penerbangan.
Akak mula bekerja pada 12 March 2018. Oleh kerana tidak tahu dan pertama kali mencari pengasuh jadi kami mencari di faceboook iaitu Kelab pengasuh Selangor dan Kuala Lumpur. Yang paling dekat adalah seorang pengasuh yang bernama Norhafizah Laily Tajuddin (Fiza) di Puncak Perdana. Akak dan suami melawat dulu rumah Norhafizah dan mendapati beliau ada 3 orang anak yang masih kecil berumur 4 tahun, 2 tahun dan setahun kesemua lelaki.
Anak lelaki akak pula Ryu berumur 3 tahun dan baby Yuki 10 bulan. Oleh kerana dia ada anak2 kecil, keadaan rumah masa tu pun bersih {maybe dia dah kemas siap siap sebelum kami datang nak kenal} dan tambahan pula dia bercakap dengan lemah lembut, jadi akak rasa dia adalah calon sesuai.
Kenapa Anak Ada Lebam-Lebam?
Pada 16hb March 2018 akak mula tinggalkan anak anak bawah jagaan Norhafizah. Cerita bermula pada 19hb March di mana akak mula perasan ada lebam-lebam pada Yuki dan Fiza bagi alasan Yuki terjatuh dan lengannya biru sebab diheret oleh budak- budak yang tengah main. Akak yang baru balik dan PENAT BEKERJA tidak mengesyaki apa-apa. Mungkin TIDAK BOLEH BERFIKIR secara logik kerana terlalu penat.
Pada 22 March pula ada kesan lebam pada pinggang Ryu dan Fiza mengatakan Ryu bergaduh dengan anak-anaknya. Akak tanya sama ada dia ada pukul anak akak tetapi dia menafikan dengan bersumpah dia tak buat perkara yang macam tu dan berjanji akan lebih berhati-hati menjaga anak akak. Akak tanya lagi, Betul ke tak da pukul atau tangan budak-budak ni? Sebab Ryu citer Fiza pukul dia. Fiza jawab, ”Alah kak,time depa bising-bising rebut mainan tu, memanglah. Marah pun takat marah anak, pukul pun gitu-gitu bagi takut je, tak da la sampai nak mendera”
Pada akhir-akhir bulan March, Fiza mengambil lagi 2 orang anak asuhan, adik beradik yang berumur 2 tahun bernama Adam dan setahun bernama Aira. Tanpa beritahu kat akak sepatah pun. Sedangkan dia TAHU masa akak cari pengasuh, memang akak cari yang tak da jaga anak orang lain. Akak dah mula risau kerana ramai sangat, bila akak bertanya kepada Fiza, dia kata tak da masalah, boleh uruskan lagipun dia mmg tak ada buat apa yang lain dan itu saja mata pencariannya. Jadi akak masih percaya lagipun kalau akak hantar nursery keadaan pun sama juga.
Yuki Jatuh Sofa
Pada 20hb April ada kesan lebam di dahi Yuki dan perut Ryu. Fiza minta maaf kepada akak katanya terjatuh sofa dan Ryu pula bergaduh dgn Adam {anak parent satu lagi} ketika tu dia tengah solat. Jadi pada malam tu saya mula mencari baby sitter yang lain. Pada 23hb April pula ada kesan lebam di tengkuk kiri kanan dan kemaluan Yuki. Fiza kata dia sental daki Yuki terlalu kuat dan tinggal bekas. Takkanlah baby punya leher berdaki kut…Hati saya dah mula ragu-ragu dan mula mengesyaki yang bukan-bukan.
Pada 25hb April akak mintak adik lelaki akak mengambil Ryu dan Yuki kerana akak masih di tempat kerja dan mungkin terlambat sikit dari hari biasa. Biasanya 4.30 petang habis kerja akak terus pergi ambil anak-anak.
Adik akak bagi salam, tengok pintu memang terbuka dan TERNAMPAK FIZA PUAKA DENGAN SEBELAH TANGAN MENYENTAP LENGAN BABY AIRA yang berumur setahun (iaitu adik kepada Adam, anak asuhan parent yang lain) DAN MENGHERETNYA dari depan pintu ke tengah ruang tamu.
Sejak hari itu akak tidak lagi meletakkan anak akak dengan Fiza dan adik ipar akak tolong menjaga anak buat sementara waktu. Yang peliknya Fiza tak bertanya sepatah pun kenapa akak tak letak anak akak dengannya dah. Akak minta no contact n fb Mak Aira, tapi Fiza tak bagi. Akak bercadang untuk menghubungi Mak Aira untuk bagitau kejadian anaknya diheret. Akak juga nak melaporkan kepada pihak polis kesan-kesan lebam anak akak sepanjang penjagaannya. Sesambil tu akak jenguk-jenguk jugak taska atau babysitter atau bibik sana sini.
Yuki Meninggal Dunia
Malang sekali, kedua–dua anak akak telah mula demam-demam pada 26hb April 2018. Akak bawa anak-anak ke klinik. Akak teringat, sebelum akak keluarkan anak-anak dari jagaan Fiza, Fiza ada tanya Akak.. “Eh kak…Yuki ni memang jenis kejap-kejap demam ya?’ (Rupanya dia dah prepare diri siap-siap supaya senang nak salahkan kita kalau anak tak sihat..padahal belakang aku lemau kau balun budak-budak ni semua. Pandai ko berlakon tanya tu ni)
Anak akak kalau ada tak sihat je, akak akan ambil cuti dan takkan letak kat dia, sebab tahu ramai anak lain lagi dalam rumah tu. Akak perasan, sejak akak letak anak- anak di bawah jagaan Fiza, anak-anak kerap panas badan on off, makin kurus dan muka start nampak pipi cengkung. Bila ditanya anak–anak makan tak? Dia jawab anak-anak makan banyak. Sedangkan setiap kali dah ambil, anak-anak makan macam lahap kelaparan. Yuki akak bekalkan breastmilk, bila kita check tengok breastmilk bekal freeze tak bergerak, tanya kenapa? Fiza jawab, Yuki tak nak minum, dia nak minum air kosong je. Baby kut lagi…takkan taknak susu kan?
Pada 5hb May 2018 Yuki dan Ryu demam lagi dan dimasukan ke KPJ Selangor. Pada 13 MAY Yuki meninggal dunia di KPJ Selangor, sedih dan pilu hati akak hanya Tuhan saja yang tahu. Akak whatsaap kat Fiza pada 14 May jam 2:26 petang, bagi gambar Yuki dah meninggal, gambar jenazah, tanpa apa-apa komen, nak tengok reaksi Fiza, dia buka whatsapp jam 3 petang, hari yang sama, online, blue tick, tapi dia boleh buat tak tau!!!
Lepas 5 jam baru dia reply{reply wasap ya, bukan call} tanpa rasa terkejut atau rasa sedih {anak asuhan kan. Anak-anak pun panggil dia dgn panggilan MAK} Nak tahu apa wasap reply dia? “Innalillahiwainnailahiroji’un Takziah kak…Semoga Yuki ditempatkan di syurga adnin”…..Akak berdebar dan speechless…..hati rasa remuk.
Syak Anak-Anak Didera
Lepas tu akak dah mula suspect yang dia memang dah tau perbuatan yang dia rahsiakan dari kami tu, sesuatu yang MEMANG KEJAM dan DI LUAR JANGKAAN parents. Dengan kesan-kesan lebam di badan anak-anak asuhan semua tu. Sebab tak puashati, akak post dalam FB di beberapa kelab pengasuh untuk nak dapatkan nombor mak Aira, dan akhirnya dapat juga. Ramai parents yang bertanyakan dekat akak apa yang terjadi dan kenapa pengasuh tu tak nak bagi nombor mak Aira.
Selepas akak post di Fb Kelab pengasuh, ramai parent di area yang sama, yang nak letak anak di bawah jagaan Fiza, tetapi tak tahu perangai sebenar Fiza, {Asal Fb Fiza : FIEZA NHL, then lps Yuki Meninggal dia punya Fb : NHL LONG. Dan lepas dah dapat warning dari JKM, jangan buat lagi babysitter sebab dah ada 2 report polis atas dia, dia buka lagi iklan cari anak asuhan bawah FB : MAK LONG }. Even Yuki dah meninggal pun, even JKM dan penguatkuasa dah datang rumah dia, bagi warning pun, Fiza masih berleluasa buat iklan cari anak asuhan dgn guna fake FB dgn no telefon yang berlainan.
Setakat ni akak dah selamatkan 3 parents yang memang dah berhubung dan dah pergi jumpa Fiza untuk letak anak. Ada parent yang dah pergi bagitahu akak, dahi anak dia yang bongsu, yang umur setahun tu bengkak biru, lebam, bila ditanya kenapa? Fiza jawab sambil senyum-senyum dan gosok-gosok dahi anaknya ..”Oooo…ni nyamuk gigit”. Sahlah anak- anak dia pun memang mangsa tangan dia. Fiza bebas tanpa sebarang hukuman. Sampai bila benda ni nak berlarutan?? Sampai anak- anak orang lain jadi mangsa ???
Dapat je nombor mak Aira pada 18hb May akak terus hubungi dia dan sangat-sangat terkejut kerana info mak Aira kesan lebam tu memang sama dengan anak-anak dia iaitu Adam dan Aira. Alasan juga adalah sama, JATUH SOFA, GADUH ANTARA BUDAK BUDAK, SAH-SAH ANAK-ANAK KAMI KENA DERA!! RASA SESAK NAFAS MACAM NAK PENGSAN, akak bagi anak akak pada PUAKA untuk menjaganya!!
Pada esoknya 19hb May 2018 suami akak dan mak Aira terus buat report di IPD Shah Alam. Akak tak boleh pergi sebab Ryu masih dalam wad masa tu. 20hb May Ryu dari KPJ Selangor dipindahkan ke Hospital Shah Alam kerana kes polis mesti pada hospital kerajaan.
Kes Susah Nak Dibuktikan!
Pihak polis ada melawat, ambil statement dan ambil gambar semua yang jadi mangsa tangan Fiza. Baby Aira dan abangnya Adam pun ditahan di wad yang sama untuk check-up dan siasatan kerana takut terjadi nasib macam arwah anak akak, Yuki. Tetapi masalahnya menurut IO kes ini susah nak dibuktikan. Akak ni tak tahu nak kata apa masa tu, dah la pilu, putus harapan dibuatnya.
Akak pelik gak sebab orang dah jadi abu pun boleh dikesan pembunuhnya, yang dalam tong drum pun lagi boleh dicari. Mungkin kes ni tak high profile kut. Ye lah, sapa lah akak ni kan???? Tapi masa tu akak tawakal je dulu, biar anak akak yang sorang ni, Ryu ni betul-betul sihat, akak panjat turun naik mana-mana pejabat atau jabatan yang sudi dengar, hulur tangan dan tolong orang-orang yang anak- anak senasib dengan akak.
Bila Ryu dah keluar wad ramai yang suruh viralkan, tapi akak dan suami memang tengah sangat down. Memang rasa putus asa sebabnya ibarat serah anak untuk DIKORBANKAN!! Harapkan baby sitter, Baby sitter BERPUAKA!!
Ryu pulak sampai sekarang terpaksa dirawat dan bawah treatment di klinik psikiatri Hospital Shah Alam sebab asyik mengigau, tingkah laku tak normal, dan paling sedih sekali dia asyik tanya ADIK MANA MOMMY!! ADIK MANA???!KENAPA MOMMY TINGGAL ADIK YUKI KAT HOSPITAL!!!BAGI BALIK ADIK YUKI!
Akak berusaha untuk move on, nak nangis lepaskan rindu ingat kat Yuki, terpaksa tahan-tahan, takut Ryu nampak sebab Doc Pskiatri Ryu dah pesan…if mother not happy..Ryu boleh rasa. Sedangkan kita nak bagi Ryu sihat dari trauma yang dia tengah alami.
Rupanya Pengasuh Suka Goncang Budak!
Nak dijadikan cerita (ALLAH MAHA KAYA) kami terjumpa seseorang yang mengenali Fiza ni.. ‘Fiza ni memang suka GONCANG BUDAK KAK, DIA PANAS BARAN, ANAK DIA PUN DIA GONCANG, DIA NI KAKI BOMOH, LAKI DIA PUN DIA BAGI MINUM AIR KENCING, ETC ETC’ Akak tanya dia, “Mana adik tau?” Dia ckp, ” Lar kak.. dia goncang anak dia yang baby tu depan kami supaya diam. Perasan tak kak, anak dia yang sulung tu tak boleh bercakap elok lagi, padahal dah umur Ryu. Entah apa dia dah buat kat anak-anak dia. Anak orang lain lagi lah kak. Yang kes bagi laki dia minum air kencing tu dia sendiri yang cerita kat saya. Supaya laki dia tunduk kat dia. Sebab tu depan saya pun dia tengking-tengking marah laki dia”
Lemah rasa satu badan bila akak dengar citer ni. ALLAH saja yang tau…Menitik air mata terbayang kesakitan yang anak-anak dah alami akibat perbuatan Fiza….. SAH LAH FIZA NI MEMANG PERANGAI PUAKA DAN SUKA PUKUL BUDAK!
Bila akak gugel akak baru tau yang baby, bila digoncang tidak semuanya on da spot dapat kesannya, tetapi dalam tempoh masa beberapa hari atau bulan yang boleh menyebabkan kematian.
Orang macam Fiza ni tak boleh dibiarkan merayap dalam kelompok masyarakat. Patut diletakkan dalam penjara!! Genap 100 hari Yuki meninggal, semua info pasal Fiza, siapa Fiza yang sebenar, semuanya datang dengan sendirinya.
Akak berharap dengan berkongsi apa yang akak dah alami ni, mendapat sokongan dan pertolongan dari netizen agar anak akak Yuki dapat PEMBELAAN dan KEADILAN.
Sumber: Noyu Mohamad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI