Seperti yang semua sedia maklum, penyusuan susu ibu dapat membantu diri anda membakar kalori lebih banyak berbanding ibu yang tidak menyusukan anaknya. Namun mengapa ya, ada juga segelintir ibu menyusu yang menrungut dirinya tidak berjaya menurun berat badan.

Bagi anda yang mengalami konflik sebegini lantaran tidak berjaya menurunkan berat badan walaupun mengamalkan penyusuan susu ibu, ketahuilah masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor sampingan. Kadang-kala anda sendiri pun tidak sedar ia adalah punca sebenarnya.

Hormon prolaktin

Semasa hamil dan menyusukan anak, hormon yang berkaitan menjadi aktif. Tahukah anda bahawa prolaktin, hormon yang bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran susu ibu ini turut berperanan dalam meningkatkan selera makan.

IKLAN

Hormon prolaktin berada pada tahap paling tinggi dalam tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran bayi di mana penyusuan susu ibu berlangsung. Kajian menunjukkan hormon ini boleh menghalang penurunan berat badan, malah menyebabkan pertambahan berat badan. Selain daripada itu, hormon yang sama juga bertindak mengurangkan metabolisme. Oleh sebab itulah sesetengah ibu menyusu sukar menurunkan berat badannya.

Terlalu memilih makanan

Punca anda gagal menurunkan berat badan semasa menyusu adalah disebabkan oleh faktor terlalu memilih makanan. Ada segelintir ibu menyusu langsung tidak mengambil karbohidrat, lemak, manisan dan lain-lain.Ini Faktor Penyebab Berat Badan Tak Turun Walaupun Anda Susukan Bayi. Take Note!Apabila anda terlalu memilih, risiko untuk makan mengikut nafsu adalah sangat tinggi. Jadi, adalah lebih baik jika anda ambil semua jenis makanan asalkan ia berkhasiat dan seimbang. Makanlah apa sahaja secara sederhana dalam kuantiti yang kecil berbanding langsung tidak mengambilnya.

IKLAN

Tekanan dan kurang tidur

Tekanan dan kurang tidur adalah antara punca yang menyebabkan kelenjar adrenal menjadi lemah. Peranan kelenjar ini ialah menguruskan tekanan yang dihadapi dan mengawal metabolisme badan.Ini Faktor Penyebab Berat Badan Tak Turun Walaupun Anda Susukan Bayi. Take Note!Apabila kelenjar adrenal lemah disebabkan oleh diri anda mengalami stres, tubuh letih, tidak cukup tidur dan sebagainya, maka tidak hairanlah berat badan pun susah untuk turun. Hal ini kerana metabolisme turut sama terjejas.

IKLAN

Bersenam terlalu lama

Tanggapan bahawa bersenam dalam masa yang lama dalam satu-satu masa lebih membantu anda mengurangkan berat badan adalah kurang tepat. Senaman dalam jangka masa yang pendek dan intensif seperti 20 hingga 30 minit setiap sesi senaman sudah memadai untuk membolehkan tubuh membakar kalori yang sedia ada.

Tambahan pula senaman untuk jangka masa yang pendek lebih sesuai anda yang kini banyak tanggung jawab menguruskan bayi yang menyusu susu ibu, keluarga dan kerjaya. Bersenamlah dengan rasa seronok kerana kegembiraan akan meningkatkan hormon endorfin lalu memperbanyakkan susu ibu. Pada masa yang sama, anda juga berupaya untuk menurun berat badan dengan jayanya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI