“Ini Jalan Terakhir.” Terpaksa Berniqab Nak Pujuk Anak, Gelagat Lucu Ayah Ini Tarik Perhatian Netizen

Share

Anak kecil yang rapat dengan ibunya memang akan sentiasa mahu ibu disisi. Tapi adakalanya kekangan tugas dan masa, si ayah mengambil alih. Seperti apa yang dilakukan bapa ini, lucu dan kelakar. Demi untuk pujuk dan menghiburkan anak tersayang, sanggup menyarungkan niqab isterinya!

Posting Facebook yang dikongsikan oleh Puan Farizah Jaafar ini menarik perhatian netizen di mana mendapat lebih 5,000 like & 1400 perkongsian. Aksi di mana suaminya memberikan anaknya bernama Haqq susu ketika Farizah sedang sibuk.

Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm seram ?? . Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum.

Tp kali ni bulat mata dia. Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi. Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap.

Walau bagaimana pun, Farizah atau membahasakan diri sebagai Kak Fie tidak bermaksud untuk menularkan aksi suami untuk apa-apa tujuan. Ibu kepada 6 cahaya mata perempuan ini mengakui anaknya mengenali bau ibu dan ayah. Tatkala dia sedang sibuk menjawab soalan-soalan daripada pelajar kelas keknya, Haqq menangis dan suaminya cuba untuk menenangkannya.

JALAN TERAKHIR NAK PUJUK 

Alahaiiii apakkkk nyeee…..

Kami tak mintak pun di viralkn. Post pun hanya kt wall sendiri jerk. Memang kat dalam rumah ibu tak pakai niqab, tapi dah tu jln terakhir Abang Abu buat nak kasi dia senyap. Puas dah pujuk dia melalak je.

ANAK KENAL BAU IBU DAN AYAHNYA

Korang pun tau kan yang Kak Fie kau busy lalety ni dengan class, soal jawab student. Memang betul baby lebih kenal bau ibu @ ayah nya. Tapi kalau dah cara tu je yang buat dia senyap. Mungkin Haqq tu diam sebab terkejut, sebab pelik..bukan sebab dia ingat tu ibu dia ke kan. Muka Haqq pun nampak sangat maacm muka terkejut ?

Siapa yang snap pic? Kitorg ni anak ramai la dik non, pak non. Anak dara kami ade 5, Haqq seorang ni je si anak teruna. Kalau kak Fie sndri yang snap pic pun ape masalah nye? Memang dah tengah busy dok layan soalan-soalan student dalam group. Berbelas2 group. Kena student yang tengah membaking..dok tanya cikgu, cikgu plak tak reply2..mau bantat pulak kek student aku. Setiap anak tak sama. Begitu jugak anak cik puan/tuan tak sama dengan ank saya.

BUKAN TEKNIK MARKETING

Kalau nak kata ni teknik marketing, jauh sekali. Kami tak perlu marketing kot. Lagi pun bukan baru sekali kami jadi viral. Semua hanya untuk kenangan di wall sendiri biar Haqq tengok nanti bila dia dah besar andai panjang umur kami.

Tapikan.. Biasa lah, bila dah jadi viral sana sini, komen kecaman dari netizen tak boleh lari. Tapi kami ok je. Kita manusia tiada yang sempurna. Maaf dari kami andai post ni menjadikan anda sakit hati, memualkan, hambar atau apa-apa. Yang baik datang dr Allah swt, yang buruk datang dari kami sendiri…

Sumber: Farizah Jaafar 

Published by
Azma ML