“Ini Kebimbangan Saya Sebagai Ibu Tentang Vaksin” Host Dedah Tidak Neutral Ketika Debat Vaksin

Share

Pengacara Tv AlHijrah, Syafinaz Yunus telah memuat naik video di instagramnya ketika sesi perdebatan Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan bersama panel jemputan Dr. Nurul Huda (Doktor Freelance) dan Pakar Perunding Pediatrik, Dato’ Doktor Musa Mohd Nordin.

Video tersebut dimuatnaik berserta caption yang panjang menjelaskan bahawa beliau memohon maaf kerana tidak menjadi host yang neutral ketika perdebatan setelah Dr Nurul Huda membuat dakwaan bahawa pihaknya tidak diberi penerangan sebelum rancangan live tersebut.

Kredit Gambar: Medical Mythbusters Malaysia

Mula Mengkaji Sejak 2014

2014 adalah tahun saya mula mengkaji tentang gerakan anti vaksin/pro choice. Saya membuat laporan khas untuk @beritaalhijrah ketika itu.

Saya dapatkan Pro Choice, Doktor & Agamawan untuk mengulas. Selepas berminggu2 kajian, berhari-hari mendengar sudut pandang pro choice, agamawan & doktor,sudah tentu saya memperoleh maklumat yang credible.

Kebimbangan Utama

Dan akhirnya INILAH KEBIMBANGAN UTAMA saya sebagai rakyat Malaysia & seorang Ibu. Kadar Liputan Immunisasi Negara. Apa akan berlaku jika Liputan Immunisasi terus jatuh?

Ia bermakna Herd Immunity atau Kelompok Immuniti makin kurang & wabak akan MUDAH merebak!

Selama ini kita tak dengar penyakit, difteria, measles sebab our herd immunity kuat berikutan lebih 95% Malaysian mengambil suntikan vaksin.

Namun gerakan pro choice telah ‘melonggarkan’ kelompok immuniti ini.

Bagaimana Mahu Bersikap Neutral

Bagaimana saya mahu bersikap ‘Neutral’ apabila segala statistik kematian di Malaysia, Filipina, US, Britain dek wabak ini berpunca daripada kegagalan program vaksinasi di kawasan tertentu.

Maaf. Saya tak mampu. Saya ada tanggungjawab di sini.

Saya akan tetap berkata benar walau saya keseorangan.

Jangan Terlalu mengecam golongan Pro Choice

Saya mohon maaf, saya terpaksa ajukan soalan ini. Soalan ini sebenarnya soalan yang pertama sekali terbit dalam pemikiran saya sewaktu dibentangkan isu ini.

Namun saya letakkan soalan ini sebagai soalan terakhir, dengan harapan masa tidak mencukupi utk tidak mengajukan soalan ini.

Namun Allah lah sebaik2 Perancang. Cuma satu, saya harap sahabat2 tersayang jangan terlalu berlebihan dalam mengecam golongan pro choice.

Objektif program @analisis.tvalhijrahsemalam tidak lain hanyalah mahu memberi kesedaran & memberi rakyat peluang untuk menilai mana yang baik & mana yg lebih besar mudaratnya.  Semoga Adab Ilmu itu sentiasa menjadi pegangan kita.

#betruthfulnotneutral
#analisisfinazyunus
#tvalhijrah
#vaccinateyourkids

Sumber: Finaz Yunus

Published by
NuFa