“Ini Kes Ayahnya Suka Menyakat. Kemain Muncung Bibir Tu Bila Merajuk.”

Share

Perasan tak bila anak mula menginjak umur 2 tahun, akalnya makin banyak. Mereka cepat belajar kerana sedang beralih daripada fasa bayi kepada anak kecil. Sebab itu, ada je idea dia nak main dan buat sesuatu diluar jangkaan ibu ayah. Kadang lihat keletah mereka, kita boleh tersenyum, tapi ada masanya geram juga kan?

Tapi ini semua lumrah dan situasi ini berlaku sekali saja seumur hidup anak. Cuma kesabaran ibu ayah penting untuk pastikan momen tersebut menjadi kenangan sampai bila-bila.

Lagi satu dalam tempoh ini, anak-anak juga akan menjadi ‘peniru’. Apa saja yang mereka lihat, itu juga yang anak akan ikut dan buat. Jadi kena selalui berhati-hati.

Menerusi video di TikTok atas akaun @sitinrameena, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang melukis pada tablet mainan. Entah apa yang buatnya tak puas hati, tiba-tiba merajuk.

@sitinrameenakemain muncung bibir tu bila merajuk hahaha♬ Spongebob Tomfoolery – Dante9k Remix – David Snell

Yang lucunya, gaya merajuk tu kalah orang dewasa kerana secara spontan anak kecil ini memuncungkan mulutnya sambil memeluk tubuh.

“Kemain muncung bibir tu bila merajuk hahaha,” tulis @sitinrameena di ruangan kapsyen video tersebut.

Menurut ibunya, tindakan spontan anaknya itu bukan diajar pun. Tak tahu dari mana dia belajar buat mulut macam tu. Kononnya dia nak tunjuk marah.

Difahamkan juga, tindakan spontan memuncungkan mulut tu disebabkan ayahnya suka menyakatnya sebelum ini. Jadi secara automatik kalau tak puas hati, mulutnya terus dimuncungkan.

Video ini telah mendapat pelbagai reaksi dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat comel anak ini.

“Amboi kemainn muncung dikk😂😂 comelnyaa merajuk.”

“Comeynyeeee 😂🥰Muncung tu boleh sangkut hanger😂”

“Hahaha makin merajuk makin muncung tau 😂”

“Bibir muncung tu boleh ikat getah dik..”

Kredit: tiktok sitinrameena

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

 

 

 

Published by
Wan Amy