“Tak laratnya jadi burung hantu setiap malam. Setiap dua jam mesti kena terjaga. Normal ke macam ni? Ini antara persoalan yang sering ditanya oleh ibu yang mempunyai anak kecil.
Setiap malam mesti kena terjaga sebab nak susukan baby. Tambah minggu-minggu pertama baby baru lahir.
Penat memang penat tapi tahukah mommy menyusu waktu malam ada manfaatnya.
KEPENTINGAN PENYUSUAN WAKTU MALAM UNTUK BAYI
Perut Bayi Tidak Dapat Menampung Kuantiti Susu Yang Banyak
Perut baby kecil tak mampu meminum susu dalam kuantiti yg banyak dalam satu masa. Susu ibu cepat hadam sekitar 1 jam selepas penyusuan. Jadi mommy perlu susukan bayi sekerap yang mungkin.
Membantu Tubuh Memproduksikan Susu Dengan Konsisten
Penyusuan secara kerap dapat elakkan mommy dari mengalami bengkak susu.
Merangkumi 20% Daripada Jumlah Susu Yang Diminum Dalam 24 Jam
Penyusuan waktu malam menyumbang kepada hampir 20% daripada jumlah susu yang diminum oleh bayi dalam sehari. Banyak kan ?
Membantu Mengajar Bayi Mengenal Siang Dan Malam
Kajian mendapati selepas usia 2 bulan bayi akan mula menerima pengaruh hormon daripada ibu. Susu ibu secara semulajadinya mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang menghasilkan melatonin. Melatonin ini membantu bayi terlelap di samping mengatur waktu tidur mereka setiap hari.
Letih memang letih tapi demi anak tercinta, teruskan penyusuan sementara masih ada rezeki anak.
Sumber: Klinik Dr Asmah