Memang ada segelintir ibu bapa bimbang untuk menghantar anak ke tadika apabila menyedari anaknya lambat bercakap. Bimbang jika anaknya dibuli, tidak tahu minta makanan, tidak tahu berdikari dan takut cikgu yang garang.
Namun, hakikatnya jika anak tidak dihantar awal ke tadika, ia akan memberi kesan kepada perkembangan pertuturan, kemahiran sosial dan kefahaman peraturan.
Panduan menarik ini dikongsi Puan Ruby Izyan Atika Abu Bakar yang merupakan Terapi Bahasa dan Pertuturan diblog miliknya rubyatika.wordpress.com
Selalu ibubapa yang anaknya lambat bercakap, rasa ragu-ragu untuk mula hantar anak ke tadika. Ini sebabnya
Kalau ibubapa mahu anak progress, anda kena hantar juga ke tadika. Apa yang progress?
Kalau anda tak mula hantar anak ke tadika, sampai bila pun anak anda statik saja. Di tadika, dia kena ikut aturan di tadika. Dia kena ikut arahan cikgu. Dia tengok rakan-rakan lain buat apa.
Ramai ibu bapa takut sangat kalau anaknya dibuli. Padahal dia tak tau, anaknya itulah yang paling terer di situ. Kalau rebut barang, dia mesti dapat juga walau apa cara sekali pun.
Untuk mengelak dari risiko-risiko yang tidak diingini, ibubapa mestilah survey tempat dulu. Ambil tahu tentang:
Anda juga boleh berbincang dengan pengusaha jika mereka sudi untuk membenarkan tempoh percubaan untuk anak anda selama seminggu dua. Tengok dan cuba dulu macam mana. Hulurkan bayaran daftar kepada pengusaha. Tidaklah nanti mereka ada rasa berat hati pula untuk mendidik anak anda akibat tidak membayar daftar.
Seperti yang selalu saya terangkan bahawa, kita boleh tahu anak itu lewat bercakap seawal dua tahun. Jika dah dua tahun, masih tak bercakap, maka dia dikira lewat berbanding rakan sebaya.
Maka, jika anda dapat mengesan anak anda lewat bercakap pada usia 2 tahun, terus hantar dia ke taska / nursery. Biar dia bergaul dengan ramai budak di sana.
Di rumah pengasuh / tok wan / opah, dia hanya tengok tv saja kerjanya. Maka, hantar dia ke taska. Dia dapat peluang berkawan dan bermain di sana.
Tak perlu tunggu empat,lima tahun baru nak hantar. Walaupun anda suri rumah. Melainkan jika anda jadi pengasuh dan jaga budak-budak lain di rumah anda. Maka anda boleh kawal penggunaan tv serta mewujudkan suasana interaksi di dalam rumah anda.
Saya harap, tulisan ini membantu ibubapa yang ada anak lambat bercakap untuk CEPAT buat keputusan. Bukannya tunggu Januari 2018. Tapi segera, bulan depan ni, terus pergi daftar.
Kenapa kena segera? Anda nak anak progress segera atau anda tak kisah untuk dia mula progress tahun depan?