Sepanjang tempoh PKP ini rakyat memang dinasihatkan patuh arahan untuk duduk di rumah. Namun jika semua ahli keluarga berkumpul, mungkin jumlah penggunaan elektrik akan turut meningkat.
Maklumlah kipas atau televisyen mungkin akan dibuka sepanjang masa. Tak termasuk lagi tambahan alat elektrik yang lain seperti aircond, penggunaan mesin basuh atau gajet yang digunakan lebih dari kebiasaannya.
Mungkin ramai ibu bapa dah mula membayangkan bil yang akan diterima nanti macam mana kan? Memahami keadaan tersebut, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang mana pengguna kediaman atau domestik juga akan diberikan diskaun untuk pembayaran bil elektrik bermula 1 April sehingga 30 September depan.
Bagaimanapun masih ada yang belum memahami kaedah diskaun bil elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini.
Ads
Pengguna domestik di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik seperti jadual di bawah:
Ads
Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.
Perlu faham kelayakan diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan. Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWh maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 25% ke atas bil mereka.
Senyuman orang yang tersayang tentu akan lebih bermakna bagi setiap pasangan. Bahagianya hanya diri yang sentiasa berkorban dapat merasa.
Pengorbanan dan susah payah suami untuk melihat senyuman pada wajah isteri dengan membuat kejutan. Harmoni dan manisnya saat melihat riak gembira tiada tolok bandingnya. Isteri yang telah banyak berkorban untuk keluarga dan anak-anak diraikan.
Perkongsian daripada seorang bapa, Mohd Fadli Salleh ini boleh dijadikan inspirasi buat pasangan yang telah berumah tangga yang lain. Pengorbanannya yang sanggup menyisihkan wang setiap bulan untuk memberikan kejutan barang kemas buat isteri benar-benar memberikan inspirasi.
Aku perasan, gelang emas pandora yang aku belikan pada puan isteri tahun lepas, jarang dia pakai. Aku pun tanya lah,
“Kenapa jarang pakai gelang tu?”
“Gelang tu nanti saya pakai bila anak dah besar sikit. Saya suka gelang tu. Tapi susah bila anak kecil ni. Boleh luka anak pula,” balas puan isteri.
Aku angguk je lah. Dah dia kata gitu. Sampai satu masa, puan isteri ada bertanya,
“Bang. Kalau kita trade in gelang tu kemudian ambil gelang lain okey ke tak?”
“Terpulanglah. Abang tak kisah. Tapi bukan awak suka gelang tu ke?” tanya aku balik.
“Suka tu memang suka. Tapi dah jarang pakai. Baik tukar yang lain. Nantilah saya simpan duit sikit-sikit. Ada rezeki saya tukar lain bang ya. Tukar yang selesa pakai sikit,” balas puan isteri.
Aku angguk kepala sahajalah. Nak kata apa.
Namun sejak dari itu aku dah set nak kena hadiahkan dia satu hat baru ni. Tambah-tambah anniversary kami bulan Jun.
Nak bayar sedebuk sesak juga. Maka aku main kutu. Hihi.
Ya main kutu dengan kawan-kawan Fb. 4 slot aku ambil setiap bulan tau dengan dua orang berbeza. Satu slot RM100 ja. Bukan kutu kategori orang ada-ada. Ni kutu kategori rakyat marhein ja.
Punya la merancang nak bagi hadiah kat isteri sampai main kutu.
Hari ini aku ajak puan isteri pergi redeem baucher BATA. Beli kasut untuk anak-anak kata aku. Untuk dia pun dapat sekali.
Keluar dari kedai BATA aku tarik masuk Kedai Emas Hj Yunus ni. Kedai ni la aku selalu bawa puan isteri biasanya. Banyak pilihan dan harga berpatutan.
“Eh nak ke mana ni bang?” tanya isteri bila aku tarik ke kedai emas. Mulut dah senyum simpul dah. Ah perempuan. Gitu la deme nih. Buat-buat tak tahu kan?
“Meh la tengok-tengok gelang. Cari yang selesa awak pakai,” ujarku.
Bersinar mata puan isteri.
Aku lepaskan dia pergi memilih mana yang dia berkenan. Bila nampak susah dia nak pilih sebab ada baby Ali atas dukung, anak aku dukung pula.
Ha, pergi la pilih dengan bebas.
Usai memilih dia panggil aku.
“Bang, yang pattern jagung ni cantik juga kan?”
Aku angguk kepala dan mengiyakan.
“Kak. Kalau saya tolak gelang ini tukar dengan hat tu berapa kena tambah?” tanya puan isteri pada tuan kedai.
Baru tuan kedai nak pegang gelang emas puan isteri, aku cakap,
“Tak payah tolak hat ni. Simpan. Pakai sesekali. Lagi pun cantik pattern pandora tu. Ambil je yang baru ni. Abang hadiahkan sempena anniversary nanti,” kataku pada puan isteri.
Puan isteri pandang aku dengan terharu. Dia genggam tangan aku dan tanya,
“Tak apa ke? Abang ada duit ke?”
“Ada. Abang dah sediakan lama dah untuk awak,” balasku.
Tuan kedai memerhati drama ini dalam senyuman. Nasib baik bulan puasa. Dalam kedai orang pula. Kalau takkkkk… Haha.
Hari ini, puan isteri aku senyum sepanjang perjalanan pulang. Tu tengah buat air untuk berbuka pun dengan senyuman.
Untuk melihat senyuman itu, aku rela menyorok derita. Untuk membuat isteri dan anak-anak bahagia, aku rela melakukan apa sahaja.
Kerana beliaulah wanita kedua yang setia bersama aku saat jatuh bangun dan sukar senang selain ibuku yang mulia.
Untuk dia dan anak-anak, aku rela persembah nyawa. ❤️
“Saya tak nak salahkan sesiapa atau besarkan hal ini, bagi kami ALLAH pinjamkan dia sementara saja dan kami terima seadanya,” itu yang diluahkan oleh Suraya Mohd Taib, 24, ibu kepada bayi berusia 6 bulan yang meninggal dunia di bawah jagaan pengasuh taska.
Menerusi laporan Sinar Harian, bayi lelaki, Muhammad Nur Fatih didapati tidak sedarkan diri dan pucat sebelum di bawa ke klinik berdekatan sedangkan sebelum itu semasa di hantar oleh kedua ibu bapanya berada dalam keadaan elok.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi (Khamis), bayi berkenaan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru oleh pengusaha taska di Bukit Gedung, Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan pucat.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, menurut ibu bayi berkenaan, dia menghantar anaknya ke taska terbabit jam 6.30 pagi dalam keadaan baik dan sihat.
Menurutnya, bayi berkenaan dihantar ke taska sejak berusia tiga bulan lagi.
“Selepas dihantar, pekerja taska berusia 20 tahun itu tidur bersama bayi berkenaan namun dia meninggalkannya seketika pada jam 8 pagi untuk ke tandas.
“Namun ketika wanita terbabit kembali semula, dia mendapati bayi berkenaan tidak sedarkan diri dan kelihatan pucat lalu cuba memberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Anbalagan berkata, bayi berkenaan kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bayan Baru dan disahkan meninggal dunia.
Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan pendarahan di dalam kepala dan tiada unsur jenayah berlaku pada si mati.
Sementara itu, Suraya menjelaskan, keluarganya reda atas ketentuan ALLAH SWT walaupun merasakan perit dengan kehilangan cahaya mata mereka.
Suraya berkata, dia menerima panggilan dari taska pada jam 9.15 pagi memaklumkan anaknya tidak sedarkan diri dan dibawa ke klinik untuk rawatan lanjut.
“Saya dan suami yang sedang bekerja di sebuah kilang terus bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan itu sebelum kami dikejutkan dengan berita kematian,” katanya.
Menurutnya lagi, jenazah anaknya itu dibawa pulang ke kampung halaman di Pengkalan Hulu, Perak untuk dikebumikan.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lima minggu selepas bermula wabak Covid-19 di Itali, barulah kes pertama Acute Acro-Ischemia mula dilaporkan pada kanak-kanak yang positif Covid-19. Sejak dari tu, berpuluh lagi kes Acro-Ischemia pada kanak-kanak dilaporkan di seluruh Itali.
Mereka dapati sebahagian kanak-kanak yang positif Covid-19, mereka ada ruam sama ada pada hujung jari tangan atau hujung jari kaki.
Apa itu Acro-Ischemia?
Ia adalah tanda ruam berwarna merah-ungu pada penghujung jari tangan atau jari kaki. Hingga kini, kes ruam ni banyak dijumpai pada kanak-kanak yang mengalami Covid-19 tahap 1 dan tahap 2.
Di seluruh dunia, kanak-kanak yang positif Covid-19 kebanyakannya mengalami Covid-19 tahap 1 dan tahap 2.
-Tahap 1 maksudnya kanak-kanak tidak ada apa-apa tanda jangkitan.
-Tahap 2 maksudnya kanak-kanak ada tanda demam atau batuk atau sakit tekak tetapi tidak ada tanda jangkitan pada paru-paru.
Penemuan ruam ni dibincangkan dan tersebar luas di dalam forum “Amici DermPed” di Itali, forum berkenaan kulit kanak-kanak.
Boleh jadi ruam ni ialah satu tanda yang boleh doktor ambil perhatian ketika memeriksa kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Covid-19.
Gambar ruam di bawah ni diambil dari seorang kanak-kanak lelaki, umur 13 tahun yang positif Covid-19 di Itali. Laporan kes ni telah diterbitkan oleh doktor kanak-kanak di sana.
Gambar 1
– Ruam baru bermula
– Saiznya antara 5-15 mm diameter.
– Berbentuk bulat dan sempadan ruam ni adalah kabur.
– terletak pada bahagian bawah dan tepi ibu jari kaki kanan.
Gambar 2
– Pesakit yang sama. Dia ada ruam berisi air (blister) bersaiz 1 cm diameter.
– terletak pada jari kaki kiri yang kedua (second left toe)
Gambar 3
– Rupa ruam selepas 7 hari.
– Ruam masih kekal dan warna semakin pekat.
Gambar 4
– Ruam semakin teruk
Gambar 5
– Ruam berair (blister) tadi tu pecah. Kemudian bertukar menjadi keruping berwarna hitam. Selepas tu, ruam menghilang.
Selepas kanak-kanak tu sembuh, ruam pun ikut sama hilang. Kajian yang lebih besar masih diperlukan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.