Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa. Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama.
Ingat, pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Jadikan pengalaman mereka sebagai panduan dan persediaan sebelum melalui proses kelahiran.
Dengan mengetahui sedikit sebanyak tentang pengalaman dalam bilik bersalin, dapatlah anda menjangkakan dan membuat persediaan mental dan fizikal.
Bagi anda yang bakal dan cuba bersalin secara normal, berikut adalah antara perkara yang boleh anda jangkakan bakal berlaku semasa di bilik bersalin.
Dibawa ke bilik bersalin selepas fasa aktif kelahiran bermula
Jangan ingat sebaik sahaja merasai kontraksi dan bergegas ke hospital, anda akan terus dimasukkan ke dalam bilik bersalin.
Tidak. Bukan begitu. Anda akan diperiksa terlebih dahulu. Salah satu rutinnya ialah pemerikaan bukaan serviks. Untuk itu, doktor akan memasukkan jari ke dalam faraj dan mengira luas bukaan serviks ketika itu.
Jika masih dalam fasa awal, anda akan ditempatkan di wad buat sementara waktu. Setelah kontraksi berlaku setiap 5 minit, barulah anda akan dibawa ke bilik bersalin.
Kena buang najis terlebih dahulu
Selepas dimasukkan ke bilik bersalin, jururawat akan memberikan ubat pelawas supaya anda membuang air besar.
Ads
Sekiranya boleh, jangan minum terlalu banyak air sebelum ke bilik bersalin. Selain itu, pastikan anda sudahpun mencukur bulu kemaluan. Hal ini dapat memudahkan proses jahitan sekiranya anda perlu melahirkan anak secara pembedahan atau menjalani episiotomi.
Bilik bersalin biasanya bersuhu dingin
Bilik bersalin biasanya sejuk. Ada segelintir ibu bersalin tiba-tiba boleh mengalami peningkatan suhu badan dan demam lantaran tidak dapat menahan kesejukan.
Jadi, ada baiknya anda bawa baju sejuk daripada rumah. Jika ia masih tidak dapat memberikan kehangatan, anda boleh minta selimut daripada jururawat.
Sesetengah hospital membenarkan suami masuk untuk menemani anda. Jika tidak dibenarkan, anda akan berada di dalam bilik bersalin bersama jururawat sehingga bayi betul-betul bersedia untuk keluar.
Ubat tahan sakit boleh beri kesan sampingan
Dalam fasa aktif, kontraksi yang dialami semakin kerap dan sakit. Jija ada keperluan, doktor akan menawarkan pengambilan ubat tahan sakit seperti gas entonoks, suntikan pethidine atau epidural.
Ads
Dua jenis suntikan ini biasanya meninggalkan kesan sampingan seperti mengantuk atau loya. Ada pengalaman di mana ibu terlalu mengantuk sehingga tidak dapat meneran akibat pengambilan ubat tahan sakit jenis ini.
Namun, ramai yang mengaku bahawa ubat tahan sakit ini amat membantu dalam mengurangkan kesakitan yang dialami.
Kelahiran normal ada waktunya perlu guna alat bantuan
Jika anda berjaya melahirkan secara normal, bayi anda akan keluar apabila diteran. Sekiranya anda mengambil masa terlalu lama atau laluan terlalu sempit, doktor akan membuat potongan episiotomi.
Jika masih tidak berjaya, doktor mungkin akan menggunakan peralatan seperti vakum dan forsep.
Sesi sentuhan kulit ke kulit dengan bayi
Setelah berjaya dikeluarkan, bayi yang baru lahir akan ditunjukkan kepada anda terlebih dahulu untuk pengesahan jantina. Kemudian, hidung dan matanya dibersihkan sebelum diserahkan kepada anda untuk sesi sentuhan kulit ke kulit.
Namun, hal ini hanya akan berlaku sekiranya bayi dan proses kelahiran tiada apa-apa komplikasi.
Ads
Sesi ini amat penting untuk anda dan bayi. Ia dipercayai dapat menstabilkan suhu badan bayi. Inilah juga masanya untuk anda menyusukan bayi untuk kali pertama.
Selepas itu, bayi akan dibawa semula ke nurseri untuk dimandikan dan diazankan oleh suami anda.
Proses keluarkan uri
Selepas bayi selamat dikeluarkan, proses seterusnya ialah mengeluarkan uri daripada dalam rahim. Biasanya jarak masa melahirkan bayi dan mengeluarkan uri tidak lama. Sekitar 5 hingga 30 minit.
Anda mungkin dapat merasakan kontraksi kecil ketika proses ini. Ia adalah tanda uri sedang terpisah daripada dinding rahim dan sedia untuk dikeluarkan. Walau bagaimanapun lebih ramai ibu yang langsung tidak menyedari proses ini. Ada yang tidak perasan pun uri sudah keluar.
Proses jahit perineum tidak sakit
Jika melalui proses episiotomi, luka akan dijahit semula sebaik sahaja uri dikeluarkan. Walaupun sakit, namun tahap kesakitannya tidak teruk. Ramai ibu menyatakan boleh bertahan dengan kesakitan jahitan perineum kerana sakit kontraksi lebih menyakitkan.
Selepas proses ini, anda akan dipantau seketika bagi memastikan rahim mengecut dan tidak berlaku pendarahan. Selepas semuanya selesai, anda akan dibawa ke wad untuk berehat.
Ramai ibu mengeluh, orang suka banding-bandingkan saiz badan bayi mereka. Ada yang salahkan susu ibu sebab tak berkualiti dan anak tak tembam.
Menerusi perkongsian Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, beliau ingatkan ibu-ibu jangan terlalu nak bandingkan saiz badan anak dengan memberi tanggapan negatif yang mungkin boleh mengguris hati si ibu.
Dalam gambar ni, bayi saya dan sahabat saya Shuhadak Zaidun sebaya. Beza usia bayi kami cuma tiga hari. Bayi kami menyusu susu ibu sepenuhnya. Nama pun lebih kurang sama. Bayi saya Ali, bayi kawan saya Aali.
Tapi lihatlah saiz badan bayi kami. Tak sama kan. Bayi saya kecil dan dari dulu orang akan kerap bandingkan anak-anak saya dengan orang lain. “Kecilnya… tak campur susu ke?”
Tapi biasanya saya tak ambil peduli. Asalkan isu berat bukan masalah utama (melalui check up bulanan). Jadi kenapa nak risau orang lain banding-bandingkan saiz anak kita kan?
Setiap perkembangan dan tumbesaran bayi menyusu berbeza. Paling penting, bayi dapat menyusu dengan baik (posisi, lekapan, asas penyusuan adalah betul) dan sebaik sahaja bayi mencecah usia enam bulan, dia sudah mula diperkenalkan dengan makanan.
Ketika bayi sudah melepasi usia setahun, biasanya dia sudah banyak makan tetapi masih bergantung kepada susu. Ada sesetengah bayi, badannya kecil dan tidak terlalu berat. Ada pula yang sebaliknya.
Apa pun dapatkan nasihat daripada doktor masing-masing dan paling penting doktor yang menyokong penyusuan susu ibu dan bukan terus salahkan susu ibu yang menyebabkan anak kita nampak kecil.
Nak besar macam mana lagi kan kalau baka mak ayahnya kecil (dulu). Sekarang saya dah tak berapa kecil
Kredit: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
#nadbreastfeedinginfo
Chantelle Broughton, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Ayon dan kembarnya bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.
Memetik laporan, wanita dari Nottingham, England itu melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan namun kedua-duanya mempunyai warna kulit yang berbeza.
Apa yang membezakan kedua-dua bayinya dengan kembar lain adalah, Ayon memiliki mata hijau dengan kulit cerah manakala Azirah mata coklat dan berkulit gelap.
Menurut pakar genetik, kelahiran ini adalah luar biasa dan ia terjadi satu dalam sejuta kes kelahiran.
Malah dari genetiknya, wanita itu memiliki darah campuran kerana datuk sebelah ibunya berasal dari Nigeria, manakala suaminya pula berdarah kacukan Jamaica dan Scotland.
Menurut wanita itu lagi, semasa dilahirkan anak kembarnya itu tidak kelihatan berbeza tetapi perubahan ketara mula dilihat sejak empat bulan lalu.
Selain penampilan berbeza, kedua-dua kembar itu juga dikatakan mempunyai personaliti bertentangan antara satu sama lain.
Sesiapa yang dah nak bersalin, kalau bersalin hospital swasta, cuba request kat doktor nak ‘skin to skin’ lepas bersalin. Hospital kerajaan tak apa, memang dalam polisi dah ada dinyatakan. Tak risau sangat. Tak apa tak dapat lama pun, janji lepas bersalin terus doktor letak atas badan ibu. Tanpa apa-apa lapik.
Sempat la sementara doktor settle kat bawah tu. Sambil tunggu uri nak keluar bagai. Dalam masa yang sama boleh la Delay Cord Clumping.
Nanti baby tu akan bergerak sendiri mencari payudara ibu. Tahu tak keliling payudara ibu yang dipanggil aerola tu mengandungi bau yang seakan-akan air ketuban. Dia akan mencium dan menjilat pada awalnya. Kita sua je puting tu, nanti automatik dia akan pandai hisap.
Kenapa perlunya ‘skin to skin’?
1. Membina antibodi bayi.
Antibodi pertama bayi adalah melalui ibu. Bila bayi diletakkan bersama ibu kuman/bakteria yang ada bersama ibu akan pergi kepada bayi jadi semasa itulah antibodi bayi akan terbentuk.
2. Memberi ketenangan kepada bayi.
Semasa di dalam perut, bayi mendengar degupan jantung ibu, bila keluar dia tidak dapat mendengarnya lagi dan membuatkan dia ketakutan. Jadi bila diletakkan di dada ibu, bayi akan beranggapan oo.. ibu ada di sini.
3. Untuk stimulate breastfeeding.
Bila bayi diletakkan di dada ibu, bayi akan mengenal bau ibu dan mencari ‘breast’ ibu. Dan ibu pun akan menghasilkan hormon yang menggalakkan penghasilan susu. Jika bayi tidak diperkenalkan dengan bau ibu sejurus keluar, maka bayi agak susah untuk “mengenal” ibu.
Ini juga membantu ibu mengenali bayi tersebut. Macam mana rupa, rambutnya, jari jemarinya. Senang apa-apa ibu cam bayi tersebut. Tak ada kes tertukar bayi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.