Ini Punca Anak Mengamuk Sampai Berguling. Ibu Ayah Tahu Tip Ni Boleh Bertenang!

Share

Pernahkan alami masalah anak kecil berumur 2-3 tahun yang mengamuk, marah-marah sampai menangis? Sampai satu tahap anak mula baling barang, pukul dan guling atas lantai macam kena histeria.

Lagi-lagi apabila berada di majlis atau tempat awam, bila mood tantrum anak datang tu memang ibu bapa terus panik. Yang berkeluarga dan punyai anak kecil tu saya pasti boleh relate dengan apa yang saya cakap.

Nak tahu lanjut bagaimana nak urus anak dalam keadaan mengamuk dan buatkannya kembali tenang, Dr Rizal Abu Bakar ada penjelasannya.

Temper tantrum atau ngamuk ni satu usaha anak untuk ekspresikan ketidakpuasan hati atau frustration apabila sesuatu perkara/keinginan/kemahuan dan kehendaki tidak dipenuhi/diikuti.

Tantrum ni banyak terjadi di sekitar umur 2 ke 3 tahun bergantung kepada tahap perkembangan komunikasi anak.

Pada umur ni, kebanyakan anak-anak masih tidak berkemampuan untuk sampaikan keinginan secara verbal/non-verbal.

Nak cakap tapi otak dengan badan tak dengar cakap, akhirnya jadi frust terus mengamuk sakan.

Jadi, macam mana kita nak atasi tantrum anak ni? Di sini saya akan kongsikan 5 cara atasi tantrum anak agar tidak menjadi semakin teruk.

1- Kekal tenang & jangan panik

Saat anak tengah tantrum, sebaiknya ibu bapa jangan lakukan apa-apa lagi. Kekal tenang dan jangan mudah panik.

Biarkan mereka luahkan segala yang terbuku dalam diri. Kalau masa ni ibu bapa terus masuk campur, keadaan akan bertambah teruk.

Terikat dengan stres bekerja ibu bapa cenderung untuk terus memarahi anak. Jangan buat macam ni, kawal perasaan.

Langkah drastik macam ni tidak akan mendatangkan kebaikan malahan anak akan bertindak lebih teruk.

Sambil tunggu tu fikirkan langkah-langkah seterusnya, cari solusi macam mana nak tenangkan mereka.

2- Elakkan pujukan & tunggu sehingga tantrum berhenti

Ketika anak tengah tantrum, sebaiknya elakkan memujuk dengan memberi gajet.

Saya faham ada sesetengah ibu bapa yang malas nak melayan tapi gajet bukan penyelesaiannya.

Kita tak nak anak kita jadi ketagih gajet dan mempengaruhi perkembangan sel otak mereka.

Jangan ikuti segala kemahuan mereka kerana mereka akan selalu gunakan kaedah tantrum ni untuk menagih simpati.

Jauhkan segera barang-barang berbahaya yang ada di sekitar mereka untuk elakkan berlakunya kejadian tidak diingini.

3- Jangan label tantrum sebagai ‘nakal’ & ‘tak dengar kata’

Saya perhatikan masih ramai yang bertindak memarahi dan mengugut untuk memukul jika anak tantrum.

Hal ini sangat tidak digalakkan kerana dapat sebabkan anak menjadi trauma dan tidak dengar kata.

Mereka akan mula memberontak kerana merasakan ibu bapa tidak sayangkan mereka.

Ibu bapa perlu tahu, tantrum ni perkara biasa yang boleh diatasi dengan ilmu yang betul. Jangan terlalu ikutkan perasaan dan bertindak melulu.

Ibu bapa boleh tanya apa yang buatkan mereka marah, jika mereka minta benda yang tidak boleh diberi, terangkan seringkas mungkin kenapa benda itu dilarang.

4- Alih perhatian anak dengan hal lain

Selepas tantrum berhenti, ibu bapa perlu segera alihkan perhatian mereka dengan bercakap mengenai hal-hal lain.

Gajet….a big no-no….sebaiknya alihkan perhatian mereka dengan memberi permainan kesukaan, makanan kesukaan, haiwan peliharaan

Hal ini akan dapat buat mereka lupa dengan perkara yang buatkan mereka tantrum.

5- Ajar anak untuk kenal emosi & reaksi

Setiap kali selepas tantrum, ibu bapa perlu ambil tindakan segera untuk pastikan anak tidak ulangi lagi hal sebegini.

Educate mereka bahawa sikap lempar barang, guling atas lantai ni tidak baik. Ajar mereka untuk ekspresikan perasaan mereka melalui permainan atau guna kad.

Contoh, kad merah tandanya nak marah, kuning tandanya rasa tak sihat.

Ibu bapa boleh cuba aplikasikan sistem ‘reward and punishment’ untuk galakkan anak-anak untuk behave.

Berikan hadiah kecil jika anak mampu untuk kawal tantrum, dan hukum mereka dengan menarik balik contoh permainan kesukaan, atau snek kesukaan. Benda yang bermakna untuk mereka.

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy