(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berkira-kira untuk berbelanja pada anak dan isteri sememangnya perlu dielakkan oleh suami. Tak ada salahnya jika ada rezeki lebih untuk dikongsikan bersama anak isteri. Jangan kedekut.
Perkongsian Firdaus Shakirin yang sering berkongsi mengenai permasalahan rumah tangga ini anda perlu selama. Suami yang berkira dan kedekut ini patut dielakkan oleh suami. Jangan biarkan isteri menanggung kesemuanya. Elakkan!
Banyak isteri tertekan kerana “suami kedekut”. Artikel beberapa hari lepas.
Kedekut ni, maksudnya macam mana? Maksudnya suami tu tak bagi nafkah yang sepatutnya suami sediakan. Isteri banyak guna duit sendiri untuk membeli keperluan dapur, membayar bil utiliti & sebagainya, dan suami tak bayar balik.
Perbelanjaan harian itu banyak atas isteri, isteri yang tanggung.
Bagi pihak isteri, perkara ni kalau berlaku kadang-kadang beberapa bulan sekali, ianya mungkin boleh diterima dan dimaafkan tapi kalau setiap bulan, macam tu cara dan gayanya, maka lama kelamaan, perkara ni akan menyebabkan isteri tertekan.
Dah jadi kewajipan isteri pulak, seolah-olah isteri tu ambik alih tempat suami dalam keadaan suaminya masih hidup, bekerja dan ada pendapatan. Itulah takrifan “SUAMI KEDEKUT”.
Nafkah berbentuk duit belanja tak bagi tu, mungkin dah biasa asalkan perbelanjaan harian, barang dapur, bil semuanya ditanggung suami tapi bila semuanya isteri yang bayar, yang beli, yang tanggung, pastu duit apapun suami tak bagi atas alasan isteri boleh guna duit sendiri, maka perbuatan ini akan menyebabkan mental dan emosi isteri jadi “tak stabil” dan “tak sihat”.
Situasi itu membebankan & annoying. Elakkanlah daripada membiasakan diri menyuruh isteri beli guna duitnya sendiri. Apa yang patut suami tanggung, apa yang patut suami sediakan, apa yang patut suami beli dan bayar, sebagai suami, kita kena buat, isteri tu cuma meringankan beban andai kata kemampuan kita terhad, kewangan kita terbatas.
Isteri tak boleh ambik alih dan jalankan kewajipan suami hanya disebabkan SUAMINYA KEDEKUT.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Membacakan buku aktiviti kegemaran Lisa Surihani untuk anak. Dia juga mendedahkan yang aktiviti ini membolehkan ibu bapa mempelajari banyak perkara.
Lisa Surihani yang memiliki dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 3 tahun dan Yusof Leonne, 1 tahun 8 bulan berkongsi aktiviti kegemarannya ini di Instagram. Katanya, aktviti ini selalu dilakukannya bersama anak-anak.
Malah setiap bulan, anak-anak dibawa ke kedai buku untuk membeli buku dan mereka menyukai buku. Antara tip yang dikongsi Lisa ialah semasa membeli buku yang mempunyai karakter dikenali anaknya dan kemudian bertukar kepada karakter yang lain pula.
Lisa mengakui ini adalah proses pembelajaran untuknya juga di mana dia lebih mengenali anaknya yang mempunyai minat yang berbeza. Lisa juga tertarik apabila kedua-duanya boleh memberikan perhatian kepada beberapa topik yang dibaca. Dia turut menggalakkan Yahaira & Yusof bertanyakan soalan ketika mereka membaca bersama-sama.
lisasurihani 9th January 2019 : amongst the activities I love doing with the kids – story time. Every other time monthly, I would take the kids to book stores to instil the interest and love for books. It started off with buying books of characters that they were familiar with and love and am slowly introducing them to different authors and characters.
As a parent, it is too a learning process for me. Getting to know my kids more who are two different individuals and may have different interests. It is interesting when I discover the sort of attention span they may have on a particular topic. I hope to encourage questions and conversations on the specific topics we read about together. Am open to suggestions. Do share if you have if you have any. From one parent to another. ❤️
“Alahai, kesiannya tengok anak kena bangun awal macam ni. Dahla baru 6/7 tahun. Ada 2 sesi persekolahan pulak tu.”
“Tak sampai hati rasanya nak kejutkan”
Jika diikutkan kehendak anak, dia mungkin mahu terus tidur. Namun, anda perlu sampai hati menggeraknya dan menyuruh dia mandi atau memandikannya, agar dia boleh ke sekolah.
Anda perlu sampai hati mendengar bentakannya. Anda perlu sampai hati meninggalnya di sekolah itu, walaupun mukanya masam.
Kerana anak masih kecil, dia belum tahu apa yang di hadapannya. Dia belum lagi tahu kesan kemalasan atau ketakutannya bagi masa hadapannya. Ibu bapalah yang bijak perlu sampai hati memimpin penuh sabar, kasih-sayang dan tegas. Kerana anak perlu tahu tiada kejayaan tanpa usaha dan pengorbanan.
Sebenarnya bangun dari tidur dan kemudiannya mandi untuk bersedia ke sekolah itu juga satu perjuangan. Jika anak-anak tidak dididik dengan mindset begitu, bagaimana mereka boleh meraih kejayaan yang lebih besar.
Bak kata pepatah Melayu; Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Jadilah ibu bapa yang sampai hati untuk melakukan sesuatu demi kebaikan anak-anak dunia dan akhirat. Dan lakukanlah dengan penuh hormat, kasih-sayang dan sedar diri.
Bagaimana pula jika anak-anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang, marah-marah dan kuat menghukum fizikal dan kata-kata kasar?
Ini jawapan Ibu.
Anak-anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka. Terutama jika mereka tidak berasa selamat. Jika mereka menangis takut nak ke tadika kerana cikgu sangat garang dan sepertinya…jangan ambil mudah ketakutan anak itu.
Selidik, apakah yang sebenarnya terjadi. Betul ke guru itu sangat garang atau suara dia sahaja yang kuat sebab ramai anak murid? Jika itu halnya, maka perbetulkanlah pesepsi anak anda itu. Kenalkan dia semula kepada gurunya dan terangkan mengapa gurunya terpaksa bercakap kuat.
Jika betul cikgu itu terlalu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil, berbincanglah dengan guru itu secara baik dan professional untuk dia berubah.
Jika cikgu itu masih hendak garang dan marah-marah tidak bertempat juga, maka usahlah diteruskan meletak anak kecil anda di dalam kandang singa atau harimau itu. Keluarkan dia dan cari tempat yang lebih baik. Ada banyak tadika di Malaysia ini yang memberi latihan baik kepada para guru mereka.
Ramai para guru yang sayang dan sabar mendidik anak-anak murid mereka. Cari mereka dan biarlah mereka ini yang mendidik anak-anak anda. Mereka layak mendidik anak-anak bakal pemimpin ummah ini. Dan jangan beri anak anda kepada mereka yang mengunakan kerja mereka untuk melepaskan marah di hati mereka kerana kecewa dengan kehidupan mereka lalu melepaskan kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa!
Ketahuilah anda ada kuasa untuk menentukan apakah jenis tadika yang boleh terus maju dan bertapak di negara ini dengan memilih tadika yang layak mendidik anak-anak kecil ini dengan baik.
Bagi yang beranggapan, biarkanlah anak-anak kecil itu menjadi tough sikit….hmmm…. kalau cikgu tu marah bertempat dan marah dengan berhemah, ia akan melahirkan toughness for the right reason di dalam perwatakan anak.
Tapi kalau guru itu garang dan marah-marah tidak bertempat, menghukum dengan kasar dan tidak berpatutan serta menggunakan pendekatan yang mengerunkan anak-anak kecil serta menjadikan anak-anak kecil itu ‘punching bag’ mereka, itu tidak akan menjadikan anak anda tough, tetapi jadi hati keras, rosak hati, rosak jiwa kerana perkembangan EQnya terbantut!
Dari mana anak-anak kecil belajar mengenai perasaan, emosi dan cara mengawalnya?
Ya, dari orang-orang dewasa di sekeliling mereka. Nah, jika mereka di kelilingi oleh orang-orang dewasa yang tidak tahu mengawal perasaan…agak-agaknya apa yang anak itu belajar? Lepas itu anda ibu bapa pening kenapa anak-anak anda menjadi degil atau mudah menangis, suka bergaduh dengan adik beradik dan mula marah-marah dengan anda dan orang di sekeliling mereka. Bila tidak dapat apa yang dihajati, maka marah-marah adalah solusi mereka.
Maka, nak terus letak lagi anak-anak anda di dalam kandang harimau tu atau hendak selamatkan dia?
Bunyi macam Ibu marahkan? Ya Ibu marah sebab tidak sepatutnya anda meletakkan anak-anak anda di dalam tempat sebegitu. This is TOUGH LOVE. Ramai lagi guru-guru yang baik akhlak dan hati mereka. Mereka ini memang jiwa pendidik.
Janganlah memberi anak anda kepada orang yang tidak suka apa yang dia lakukan dan melakukan dengan terpaksa…itulah sebabnya dia asyik marah-marah tidak bertempat.
Namun, Ibu bukan menyuruh anda membenci guru-guru yang sedemikian. Rasalah belas kepada mereka kerana mereka itu sebenarnya ‘sakit’ di dalam diri mereka. Doakan sahaja mereka akan tersedar dan dapat memperbaiki diri. Kasih sayang anda kepada insan beginilah yang boleh menyedarkan mereka, dengan izin Allah. Itu pun jika mereka itu mahu berubah.Namun, buat masa mereka masih belum, selamatkan anak anda!
*Ingatlah bukan semua guru garang tidak bertempat. Ramai yang baik dan berjiwa pendidik. Oleh itu jangan kutuk profession perguruan ini. Ianya mulia. *
Apa yang kita tidak suka ialah perbuatan sesetengah guru kerana mereka tidak menghayati apakah maksudnya seorang pendidik itu. Mereka tersalah cara yang boleh membawa kepada kerosakan kepada hati dan jiwa kanak-kanak kecil itu yang sepatutnya mereka bina. Doa Ibu agar Allah memberi mereka ini petunjuk.Marilah doakan bersama-sama.
Syabas kepada para guru yang mendidik penuh sedar diri, kasih sayang, bertanggungjawab dan berwawasan tinggi.
Anak anda adalah tanggungjawab anda memastikan keselamatan dan pertumbuhan dirinya.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!