Selalu bila makan mee kari di kedai, rasanya lain. Apabila masak sendiri di rumah tak sama rasanya. Mesti ada yang merungut kuah cair dan tak kaw sangat.
Ok untuk resipi mee kari kali ni, ada rahsia penyedapnya dan anda tak kan menyesal. Bukan setakat pekat tapi setiap suapan tu memang betul-betul nikmat.
Salah satu penyedapnya, letak udang kering yang diblend sekali dalam kuah. Cuba buat style ni, confirm akan puas hati. Ini resipi yang dikongsikan oleh Bunga Jua
Mee Kari Special
Bahan:
– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh
Ads
Bahan kuah:
– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam
Ads
Cara – cara:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
Ads
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Resepi apam nasi ini sangat ringkas. Bahan-bahannya pula sangat senang didapatkan. Blend nasi bersama air dan gula, gaul bersama adunan tepung dan kukus hingga lembut. Makan cicah dengan kelapa parut campur garam, sedap sangat.
Bahan-Bahan:
Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 stgh cawan gula pasir
2 cawan air
(Blend semua)
Bahan B
😎 2 stgh cwan tepung beras
1 stgh cwan tepung gandum
1 paket yis
(Letak dalam mangkuk besar@besen. (sebab adunan akan naik membuak2 dengan jayanya 🤣)
Bahan C
Kelapa parut putih suci bersih
Garam
Kukus juga supaya tak cepat basi.
Cara penyediaan:
Tuangkan (A) dalam (B). Gaul sebati.
Tambah air sikit masa ni. Sorry tang ni takde sukatan sebab melalui pengalaman n pakai mata, cairkan sikit adunan utk apam lebih lembut.
Agak2 je..jangan cair sgt nanti masa kukus die kempis kat tengah.
Biarkan adunan berehat sejam. (boleh la multi tasking kat dapur apa yang patut 😉)
Setengah jam terakhir tu leh la sambil panaskan kukusan, boleh juga sambil2 kukus kelapa parut nk wat cicah tu dulu.
Lepas cukup sejam boleh la tmbah pewarna ikut suka hati kita. Nak ton pastel, jangan bubuh banyak sgt pewarna. Sikit2 taw tambah.
Dah puas main warna, boleh la tuang dalam acuan yang disapu sedikit minyak n terus kukus.
Bila anak dah mula makan, pasti mama excited nak sediakan pelbagai jenis makanan. Kalau anak mama dah masuk 9 bulan boleh cuba buat Aiskrim homemade sendiri. Lebih selamat dan sihat untuk si manja!
👉Blend je 2 bahan (saya pakai hand blender, blender biasa pon boleh)
👉Letak dalam acuan.
👉Simpan Freezer
Topping
Boleh letak biskut/cookies sesuai untuk baby, rasa lemak-lemak
Simpan freezer semalaman (memadai kalau 4-6 jam,dah boleh terus makan) 😘😘
Tips
😉 Acuan cari yang silikon,senang nak keluarkan aiskrim
😉 Cari buah yang manis, sebab natural yogurt dah masam (a bit sourish)
😉 Pastikan baby tak ada alergi produk tenusu ok, buat 3-4 days rule kalau nak detect anak alergik ke tak
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuih apam antara yang menarik perhatian anak-anak. Bentuknya yang kecil dan comel dengan berbagai warna mampu memancing selera anak-anak untuk menikmatinya. Mudah untuk mama dan papa mengajak anak-anak terutama yang cerewet memilih makanan.
Kuih kecil seperti ini sesuai untuk diisikan di dalam goodie bag atau dihidang pada majlis hari lahir anak-anak. Resipi yang dikongsi Rosehayati Zainuddin ini sangat mudah disediakan dan sesuai kalau nak buat aktiviti bersama anak-anak.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.