Lain anak lain caranya. Begitu juga dalam mendidik anak berpuasa. Ada anak yang mudah diajar berpuasa, namun ada juga yang mengambil tempoh masa tertentu untuk berpuasa. Semuanya bergantung kepada anak itu.Namun sebagai mak ayah janganlah kita memaksa anak berlebih-lebih. Niatlah untuk mendidik namun jangan sekali-kali memaksa. Beri anak kita masa.Paling penting mak ayah perlu tahu mendidik anak berpuasa perlu mengikut usianya.Melalui hantaran bergambar dari Prof. Dr Mohammad Aziz Shah yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat kaedah berbeza yang boleh diterapkan mengikut kategori umur kanak-kanak. Ini yang perlu mak ayah tahu.Tips melatih anak kecil berpuasa. Bina memori indah berpuasa penting untuk menerapkan nilai puasa. Mendidiklah nilai puasa dengan gembira.1. 2-4 tahun
Selalu cerita indahnya puasa dan gembira berbuka dengan orang berpuasa.2. 5-7 tahun
Ajar anak bangun sahur, niat puasa dan boleh berbuka puasa jam 9.00 pagi atau 12.00 tengah hari.3. 8-9 tahun
Cuba puasa penuh dengan sukarela, tetapi benarkan anak buka puasa jika tidak tahan lapar kerana masih kecil.
4. 10-12 tahun
Digalakkan puasa penuh tetapi jangan paksa jika anak terlalu menderita lapar. Jangan marah dan ugut tidak boleh berhari raya.
Ads
Didiklah anak berpuasa dengan cara paling indah dan menggembirakan mereka. Biarkan momen itu tersemat dalam jiwa.
Mulai 1 Julai 2025, struktur tarif elektrik di Malaysia berubah dengan kenaikan tarif asas 14.2% serta pengenalan skim “Time of Use”. Kenaikan ini bukan sekadar angka dalam bil TNB ia memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian ibu bapa, terutama yang menguruskan rumah tangga dengan bajet yang ketat.
Tapi di sebalik cabaran, ini juga peluang emas untuk ibu bapa mendidik anak-anak tentang nilai tenaga, tanggungjawab, dan disiplin kewangan dalam kehidupan seharian.
Bil Elektrik Melambung: Penggunaan pendingin hawa, pemanas air dan alat elektronik secara berterusan akan menyebabkan bil meningkat cabaran buat keluarga besar.
Tekanan Kewangan Isi Rumah: Terutama bagi ibu bapa yang bekerja sendiri atau bergaji tetap, perubahan ini boleh menjejaskan bajet bulanan.
Perubahan Gaya Hidup: Keluarga perlu menyesuaikan masa guna elektrik contohnya elakkan guna mesin basuh waktu puncak.
Tarif baharu ini boleh dijadikan alat pendidikan dalam rumah tangga:
Gunakan carta masa untuk bantu anak faham waktu guna tenaga murah vs mahal. Contohnya:
Guna mesin basuh lepas jam 10 malam (luar waktu puncak)
Cabut plug permainan elektronik selepas digunakan
Buat aktiviti menyeronokkan seperti:
Cabaran Seminggu Tanpa Pendingin Hawa
Siapa paling banyak tutup suis bila keluar bilik?
Sticker reward chart untuk anak kecil yang rajin matikan TV atau lampu.
Baca buku fizikal waktu malam (gantikan gajet)
Mandi air sejuk pada waktu siang
Kongsi kipas dalam satu bilik waktu tidur
Ibu bapa boleh ajar anak tentang nilai wang dan bagaimana setiap sen digunakan dengan bijak. Bila anak nampak ibu ayah pantau bil elektrik, mereka juga belajar mengurus sumber dengan lebih bertanggungjawab.
Tarif elektrik yang meningkat bukan sekadar beban ia juga peluang membentuk generasi anak yang lebih cakna tenaga, bijak berbelanja, dan menghargai sumber. Kalau pendidikan bermula dari rumah, anak-anak kita akan lebih bersedia menghadapi dunia yang semakin mencabar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seekor kucing comel menjadi tumpuan ramai di TikTok apabila videonya yang ‘naik angin’ kerana tidak puas hati dengan seorang ayah yang meninggikan suara terhadap anaknya menjadi tular. Rakaman yang dikongsi oleh pengguna @manggo.shake.sega itu berjaya meraih lebih 100,000 tanda suka dan ribuan komen yang mencuit hati daripada netizen.
Dalam video berdurasi kurang seminit itu, gelagat si bulus yang duduk di sebelah ayah kelihatan seperti ‘memerhati dengan penuh amarah’. Saat si ayah meninggikan suara, si kucing terus memberikan jelingan maut, sebelum menggigit tangan lelaki tersebut sambil mengiau, seakan-akan menegur, “Hoi! Jangan garang sangat dengan anak!”
“KUCING KE APA NI? BILA GARANG DENGAN ANAK AKU, AUTO DIA MARAH EHH!”
Demikian kapsyen pemilik video yang membuatkan ramai bersetuju dan terhibur. Rata-rata warganet turut ‘masuk watak’ dan membanjiri ruangan komen dengan pelbagai lakonan suara hati si kucing.
Antara komen-komen yang paling ‘menggeletek tulang rusuk’ termasuklah,
😾: “KO jgn nk jerit²… ajar elok² sikit… kang kena dgn aku.”
😾: “Kau tinggi² suara asalll!?!?! Cakap elok² boleh kannnn!”
😾: “Cuba check surat beranak siapa mak sebenar budak tu 😂😂😂”
😾: “Sekali lagi ko tinggi suara, pilih pasar mana kau nak !!!!!”
Gelagat netizen ini menjadikan ruangan komen bukan sekadar tempat berkongsi pendapat, malah telah bertukar menjadi ‘bilik gelak beramai-ramai’ yang menyeronokkan!
Walaupun video ini berunsur hiburan, ia sebenarnya menyampaikan mesej yang cukup besar. Naluri seekor haiwan pun boleh ‘merasai’ perubahan emosi dan tekanan suasana apatah lagi anak kecil yang masih membina kepercayaan diri dan emosi mereka.
Kita mungkin menganggap meninggikan suara itu cara untuk mendidik, namun dalam jangka panjang ia boleh mengganggu kestabilan emosi anak. Tindakan refleks si kucing seolah-olah mewakili suara anak-anak yang tidak mampu membalas, tetapi merasa takut, keliru dan sedih.
Sebagai ibu bapa, marilah kita sama-sama belajar mendidik dengan penuh hikmah dan kelembutan. Jika seekor kucing pun tahu bila masa untuk ‘campur tangan’, apatah lagi kita yang dikurniakan akal dan kasih sayang yang lebih luas.
Ingatlah, nada suara kita akan menjadi ingatan paling kuat dalam jiwa anak-anak – bukan hanya apa yang kita kata, tetapi bagaimana kita mengatakannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuti sekolah panjang ni memang seronok kalau dapat bawa anak-anak keluar dari rumah, pergi camping, jungle trekking, atau sekadar picnic tepi sungai. Anak-anak boleh explore alam, belajar benda baru dan paling penting… kuranglah sikit masa dengan gajet.
TAPI, satu benda yang selalu buat ibu ayah risau iaitu serangan serangga. Nyamuk, semut api, lebah, tebuan, lipan… semua ni boleh jadi ancaman, lebih-lebih lagi bila kita berada di kawasan hutan atau sungai. Jadi, sebelum jadi “panic mode”, apa ibu ayah boleh buat?
Pilih lokasi selamat – Check dulu review campsite. Elakkan tempat yang memang terkenal dengan banyak serangga berbisa.
Bawa insect repellent – Pilih yang sesuai untuk kanak-kanak (biasanya label akan tulis “kids friendly”).
Sembur keliling kawasan khemah – Gunakan spray anti-serangga untuk create ‘protection zone’.
Lengan panjang & seluar panjang – Boleh kurangkan risiko kena gigit.
Warna cerah – Lebah & tebuan suka warna terang atau bau wangi. Elakkan baju warna striking macam kuning terang, merah menyala atau perfume berlebihan.
Kasut bertutup – Jangan biar anak berjalan barefoot atau pakai selipar saja dalam kawasan hutan.
Simpan makanan elok-elok – Jangan biar terbuka sebab boleh tarik semut, lebah atau tebuan.
Minuman manis – Kalau boleh guna botol bertutup, bukan cawan terbuka. Serangga manis ni suka masuk senyap-senyap.
Kalau anak digigit nyamuk, biasanya okay tapi sapu ubat gatal atau aloe vera untuk kurangkan kemerahan.
Kalau kena sengat lebah/tebuan, cepat-cepat buang sengat (jangan picit, guna kad atau kuku tolak keluar) dan tuam dengan ais. Kalau anak ada tanda alergi macam sesak nafas atau bengkak teruk → terus ke klinik/hospital.
Kit kecemasan camping wajib ada:
Spray/krim anti-gatal
Antihistamine (untuk alergi ringan, tapi check dosage ikut umur anak)
Plaster, bandage, antiseptic wipes
Painkiller kanak-kanak (paracetamol syrup)
Nak camping dengan anak bukan macam zaman bujang dulu boleh redah je. Ni list “survival kit” pa&ma edition:
Khemah + ground sheet (pastikan kalis air & selesa)
Sleeping bag / tilam angin (anak tak suka tidur keras)
Lampu suluh / headlamp (jangan harap pada phone je)
Portable stove / dapur gas kecil + cookware
Bekalan makanan simple – roti, sardin, maggi cup, biskut
Powerbank besar (untuk phone & lampu)
Baju hujan / poncho – cuaca hutan unpredictable
Ubat-ubatan & first aid kit
Cuti sekolah ni peluang terbaik nak rapatkan hubungan ibu ayah dengan anak-anak. Tapi keselamatan jangan ambil mudah. Dengan persediaan rapi, anak-anak bukan saja seronok berkelah atau camping, malah ibu ayah pun tenang hati sebab tahu mereka dilindungi dari gigitan serangga nakal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!