Lain anak lain caranya. Begitu juga dalam mendidik anak berpuasa. Ada anak yang mudah diajar berpuasa, namun ada juga yang mengambil tempoh masa tertentu untuk berpuasa. Semuanya bergantung kepada anak itu. Namun sebagai mak ayah janganlah kita memaksa anak berlebih-lebih. Niatlah untuk mendidik namun jangan sekali-kali memaksa. Beri anak kita masa. Paling penting mak ayah perlu tahu mendidik anak berpuasa perlu mengikut usianya. Melalui hantaran bergambar dari Prof. Dr Mohammad Aziz Shah yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat kaedah berbeza yang boleh diterapkan mengikut kategori umur kanak-kanak. Ini yang perlu mak ayah tahu.