Anak ada bantal atau patung untuk teman tidur itu mungkin perkara biasa. Tapi pernah atau tidak kita terfikir kenapa si kecil membutuhkan barangan sedemikian?
Perkongsian oleh Dr Redza Zainol tentang mengapa si kecil memilih untuk ada peneman bersama tatkala ditinggalkan oleh ibu ayah di rumah pengasuh atau sebagainya mungkin menjadi jawapan kepada persoalan tersebut.
Tapi kadang sampai tak lalu nak tengok bantal atau patung yang ada sebab tak pernah dibasuh. Alasannya kalau basuh anak-anak akan mengamuk dan menangis.
Tak salah kalau anak-anak nak ada bantal busuk atau patung mereka sendiri, tapi ibu ayah sendiri kena ajar mereka untuk menjaga barangan kesayangan dan bukan membiarkan sahaja warna bantal bertukar dan bercapuk. Paling penting kena selalu basuh barulah kesihatan anak-anak juga akan lebih terjamin.
ikuti perkongsian beliau:
“Pernah basuh bantal ni?” saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk. Maknya geleng saja.
Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak datang dekat, takut tak lalu nak makan malam pula.
Ads
Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.
Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk. Cuma kenalah basuh selalu.
1. Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8-12 bulan. 2️. Hanya bersifat sementara. ️3. Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan “bantal busuk” pada usia 2-5 tahun.
Bila anak asyik berjauhan dengan mak ayah, si kecil tu sebenarnya rasa tak selesa dan gelisah. Bukan tu je, dia juga akan rasa tertekan bila dijaga oleh penjaga baru selama beberapa jam setiap hari di tempat baru.
Ada 1 kajian dibuat, si kecil usia 3 tahun yang diletak di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal/ selimut/ patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.
Ads
Bantal busuk ni sebenarnya mereka gunakan untuk kurangkan rasa tak selamat bila asyik berjauhan dari mak dan ayah.
Bila dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus rasa tenang, selesa dan selamat.
Kalau anak dah umur 5 tahun dan masih tak boleh berpisah dengan bantal/ patung/ selimut busuk, boleh cuba 5 cara ni:
1. Peluklah anak dan beri perhatian setiap hari, supaya anak tak bergantung kepada “bantal busuk” sahaja untuk dapat ketenangan.
2. Tetapkan had. Contoh: “Harini kita tinggalkan Teddy kt rumah ye, kalau bawak keluar nanti Teddy kotor..”
Ads
3. Minta anak tolong jaga “bantal busuk”. Contoh: “Teddy pon kena mandi barulah wangi macam adik..”
4. Jangan melekehkan “bantal busuk” anak.
5. Jangan paksa anak tinggalkan “bantal busuk”nya jika dia belum bersedia.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain.
Walaupun main gajet guna jari jemari, tetapi ia bukan cara yang sihat untuk latih kemahiran motor halus anak. Terdapat pelbagai cara nak latih motor halus anak ni walaupun masa raya! Sudah pastinya hari ni raya kedua ni, tentu anak-anak sibuk dengan gajet. Ayah pula masih keletihan tidur malam berjaga tengok World Cup 2018. Mak pula sibuk di dapur memasak dan ‘membawang’ dengan adik beradik. Apa pun jangan lupa, buat aktiviti untuk anak-anak.
1.BERMAIN PASIR
Jom ke pantai! Pasir ni sesuai merangsang jari-jemari dan tapak tangan si kecil. Sediakan alatan yang lain seperti penceduk, trak kecil untuk mengangkut pasir dan acuan. Selain itu, isikan pasir ke dalam dulang dan biarkan si manja melakar di atasnya. Boleh juga membina istana pasir. Tentu dia seronok!
2.DOH MAINAN
Di kampung, cari ke tepung dan buat doh mainan ni. Memang tujuan sensori motor halus. Anak bebas menguli, memicit, mencubit doh pelbagai warna. Ini adalah latihan yang baik untuk jari dan ibu jarinya. Berikan penggelek dan acuan untuk menjadikan permainan lebih menarik.
3.MENGKATEGORIKAN OBJEK
Ajak anak petik dedaun dan bunga keliling rumah di kampung. Semasa memetik bawa bekas kecil untuk mengisi dedaun dan bunga kecil. Setelah semuanya dikumpulkan satu bekas, anda boleh menyuruh si kecil mengasingkannya mengikut warna, saiz atau bentuk yang berlainan.
4.MENGGUNAKAN PENYEPIT
Anda boleh menyediakan objek seperti pompom, bebola kecil atau pasta penne berwarna dan biarkan si manja mengasingkannya mengikut warna menggunakan penyepit. Selain itu, boleh juga ajak si manja bermain air menggunakan syringe. Ia boleh menggalakkan penggunaan jari dan tangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ada yang anda tidak tahu tentang bayi popular Syeriv Samheizy. Kali ini Pa&Ma kongsikan 6 perkara tentang buah hati Syatilla Melvin dan Sam Shaheizy ini.
Walau pun baru berusia enam bulan, bayi kesayangan ramai ini mempunyai 254K pengikut di Instagram menjadikannya antara bayi instafamous yang hot di Malaysia.
Syeriv selalu tampil dengan aksi-aksi comel dan cute. Bayi ‘bam bam’ dan mempunyai pipi labuh ini tidak terkecuali daripada pujian kerana kecomelan dan susuk tubuh yang berisi! Syeriv yang sering dipanggil Yip oleh ibunya ini sering dikatakan sebagai mini Sam Shaheizy atau mini Syatilla Melvin di kalangan pengikutnya.
1. Exclusive Pumping
Mungkin tidak ramai yang tahu Syeriv ialah bayi menyusu ibu susu ibu secara eksklusif. Tapi dia hanya menerima susu ibu melalui botol sahaja selepas alami demam selesema masa umur tiga bulan, Syeriv menolak untuk menyusu terus daripada ibunya. Jadi, Syatilla perlu memerah terlebih dahulu sebelum diberikan kepada Syeriv. Ini dinamakan exclusive pumping. Besarnya pengorbanan Syatilla kerana di kala ibu-ibu lain boleh menyusukan secara terus, dia pula perlu memerah terlebih dahulu sebelum memberikan ‘titisan emas’ itu kepada Syeriv!
2. Kapsyen lucu
Kebanyakan posting Instagram Syeriv selalu diiringi dengan kapsyen lucu. Ini memang menghiburkan. Boleh hilang stres bila belek IG Syeriv ni tau!
3. Suka berenang
Syeriv suka berenang. Tiap kali diletakkan di dalam kolam, dia kelihatan enjoy. Bermain air dan adalah aktiviti kegemarannya.
3. Berdarah seni
Pemilik mempunyai pipi labuh ini juga cucu kepada dramatis Khaty Fauziah dan anak saudara kepada aktres Zizie Ezette. Memang Syeriv mempunyai darah seni dalam dirinya. Mungkin nanti boleh jadi pelakon hebat macam mommy dan daddy, aunty & nena nya!
4.Lahir secara caesarean
Si bambam kesayangan netizen ini dilahirkan menerusi pembedahan caesarean pada 9 Mei 2017.
5.Roti canai telur goyang
Melalui laman Instagram Syatilla, dia beberapa kali memuat naik gambar dua hidangan iaitu roti canai telur goyang dan cendol semasa hamil. Mommy Syeriv mungkin selalu teringin dua hidangan sedap ini semasa mengandung! Sedapnya.
6. Ada darah keturunan Jepun
Tahukah anda Syeriv rupanya ada ada darah kacukan Jepun daripada datuknya (bapa Syatilla) iaitu Amirol Melvin.
Kalau anda nak tahu lebih banyak lagi cerita mengenai Syeriv dan aksinya yang dirakam oleh lensa Pa&Ma, boleh baca dalam majalah Pa&Ma keluaran November 2017. Dapatkan di pasaran sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah setahun selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam mulut di London, United Kingdom (UK), siapa sangka dengan kuasa Allah kini adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilihat semakin membesar dengan baik.
Walaupun diusia yang bakal mencecah dua tahun sepatutnya Ainul dah boleh buat macam-macam namun disebabkan kekangan penyakitnya itu ketika lahir, pencapaian yang ditunjukkan hari ini sangat membanggakan kedua ibu bapa dan seluruh rakyat Malaysia.
Boleh dikatakan apa saja perkembangan terbaru Ainul ibu bapanya akan berkongsi dengan orang ramai. Ini kerana semua nak tahu apa yang Ainul boleh buat. Bukan itu saja doa orang ramai pun tak putus untuk si comel ini.
Terbaru, Ainul yang akan mencecah usia dua tahun pada Ogos depan telah kembali menjalani rawatan fisioterapi di GymCademy, Melaka. Sebelum ini aktiviti fisioterapinya banyak dilakukan dirumah. Kini setelah perkembangan makin bagus, Ainul mula ke kelas mengikuti siri fisioterapi secara berjadual.
Menurut Ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi dia turut gembira apabila melihat Ainul yang menunjukkan perkembangan positif dimana sekarang ini sudah pandai duduk dan berdiri.
“Yeayy Ainul dah start fisioterapi semula. Alhamdulillah bila Ainul dah pandai duduk dan berdiri ni, macam-macam Ainul boleh buat.
“Terima kasih @gymcademy ajar Ainul macam-macam aktiviti. Terima kasih pada guru yang ajar Ainul juga,” katanya.
Semakin hari nampaknya Ainul dah makin aktif, mula nak meneroka dan banyak belajar. Semuanya berkat doa orang ramai yang tak putus untuknya.
Mula belajar keluarkan suara
Bukan itu sahaja, Ainul nampaknya dah mula belajar mengeluarkan suara sendiri dan dia makin seronok bila mendengar suaranya itu. Keletahnya itu cukup mencuit hati dan perkembangan ini cukup dinanti-nantikan untuk dia menyebut Walid dan Mama pula.
Melalui apa yang dikongsikan oleh walidnya di facebook, sebelum ini Ainul hanya mengeluarkan suara satu tone je sekarang dah pandai buat bunyi menggunakan lidahnya.
Kata walidnya lagi, Ainul banyak sangat tengok Omar & Hana yang ada lagu Lazz Susu Kambing.
Sebelum ni dia keluarkan suara satu tone je. Sekarang dah reti buat bunyi gunakan lidah dia.
Ni dia tengah nyanyi lalalalalala
Sumber : IG Nurul Erwani Zaidi & FB Ahmad Safiuddin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.