Jika ditanya ibu ayah mengenai masalah pembelajaran anak, tentu ada yang mengatakan, anak susah nak fokus belajar. Kajian mendapati bahawa daya fokus kanak-kanak ni sebenarnya berbeza-beza. Kebiasanya kanak-kanak mampu memberi fokus selama 30 saat hingga 1 minit sahaja.
Seharusnya apabila bergelar ibu bapa, anda seharusnya alert dengan masalah pembelajaran anak dan cari penyelesaiannya.
Penulis buku keibubapaan, Puan Adlil Rajiah yang sering berkongsi tip-tip keibubapaan di media sosial dan blog bercerita mengenai pengalamannya seperti ibu ayah lain dalam membesarkan anak-anak.
Kenapa anak saya susah nak fokus?
Ini antara soalan yang paling banyak saya terima.
Kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah susah nak fokus, adalah perkara yang sangat normal.
Tapi kalau bapa kanak-kanak tersebut dilihat susah nak fokus, mungkin beliau sedang merancang untuk berkahwin lain. Ok tak tak. Serius serius…
Daya fokus kanak-kanak ni sebenarnya berbeza-beza. Jangan terkejut kalau saya kata,
biasanya kanak-kanak mampu memberi fokus selama 30 saat hingga 1 minit sahaja.
Dan ianya–NORMAL. Tapi.
Daya fokus ini sebenarnya boleh diransang,supaya ia boleh jadi semakin lama dan semakin intense.Mula-mula seminit, pastu jadi 3 minit pastu jadi 10 minit dan sebagainya.
Tapi don’t expect too much,kerana fokus maksimum kanak-kanak terhadap satu-satu aktiviti adalah 10-15 minit sahaja.That’s why tadika atau taska yang menuntut kanak-kanak untuk duduk diam atau sit-still dalam kelas lebih dari 15 minit, dikira salah dan sebenarnya mendera mental kanak-kanak.
Terkejut kan?
Tapi sebab kita ni duduk kat Malaysia. Sebuah negara yang masih lack of awareness tentang perkara ini. Perkara yang belum betul-betul dihadam oleh kebanyakan ibu bapa.
Most parents kat Malaysia hanya mahukan anak duduk diam dalam kelas, beri tumpuan dari pukul 8 pagi sampai 12 tengahari. Supaya cepat baca, cepat kira, cepat hafaz Qur’an, etc.
Tanpa kita sedar,
kita sebenarnya membunuh anak-anak ini secara perlahan-lahan. Mungkin perkataan saya terlalu kejam, but yes, bagi kanak-kanak ia seperti membunuh. Mungkin bukan physically, but MENTALLY and EMOTIONALLY.
Last-last bila anak stress, kuat memberontak, out of control, terus parents tuduh anaknya autism.
Potensi Anak
Dalam mencungkil potensi anak dan menggalakkan proses pembelajaran berlaku,
kita kena consider juga kemampuan mental dan emosi kanak-kanak supaya ia boleh berlaku secara optimum.
Macam kita lah. Kalau nak belajar sesuatu yang baru.Kita suka dipaksa-paksa atau suka natural learning yang mengikut minat dan kemampuan kita?
Tepuk dada. So apatah lagi anak-anak ni. Ajar budak-budak ni kena rilekkk. Tak perlu gelojoh. Tak perlu terlalu optimistik. Let them learn naturally.
Ads
Ikut rentak mereka. Jaga emosi mereka. Pembelajaran akan lebih efektif dan berkualiti apabila the whole body system kita bersedia dan gembira untuk menerimanya.
Kan? Ermm kenapa saya rasa macam dah terkeluar tajuk je ni?
Ok so first things first, ransang fokus anak supaya dia mampu memberi tumpuan dan
proses pembelajaran boleh berlaku dengan lebih intense dan effective. So macam mana nak ransang fokus?
Ada dua cara.
1) Melalui deria pendengaran.
Deria pendengaran adalah penentu atau titik permulaan fokus.
Jika anak anda mengalami masalah pendengaran atau susah nak memberi perhatian bila orang bercakap dengannya, bermaksud dia ada masalah fokus.
Contoh, kalau kita panggil nama anak 3 kali, tapi dia buat derk je. Padahal kita duk sebelah dia je. Means yes, dia ada masalah fokus. Bila kita minta anak buat sesuatu contohnya,
“Haikal, tolong kemas buku-buku tu.”
3 kali kita suruh, tapi dia masih taknak buat atau tak peduli.
Means yes, dia ada masalah fokus.
Maksudnya, jika anak anda susah nak beri perhatian terhadap sesuatu yang didengar,
maka dia juga akan susah fokus dalam sesuatu perkara. Kerana fokus dan listening/hearing adalah sangat related. Ransang pendengaran dulu, fokus akan datang kemudian. So apa yang parents boleh lakukan adalah, satu, hantar anak buat hearing asessment.
Dua, selalu bercakap atau berbual dengan anak dan bertanyakan soalan untuk meransang pendengaran dan fokus anak.
Ads
Contoh,
“Haikal, come. Duduk sebelah mama.”
Pastikan dia datang, dan duduk dahulu. Baru mulakan perbualan.
“Mama rindu Haikal. Mama nak borak kejap boleh?”
“Boleh.”
“Tadi Haikal tengah main apa?”
“Lego.”
“Buat apa dengan lego tu?”
“Buat rumah.”
“Haikal lapar tak?”
“Tak.”
Perbualan perlu jelas, satu per satu dan soalan demi soalan. Dan tunggu anak jawab satu soalan dulu, sebelum pergi ke soalan yang seterusnya.
Walaupun anak hanya jawab sepatah atau setakat angguk, ia dah cukup memadai untuk menandakan dia fokus dan faham pada soalan yang didengar.
Soalan kena simple dan pendek. Dan ditanya satu per satu. Jangan tanya bertubi-tubi macam,
Ads
“Haikal, sini jap. Mama nak borak. Tengah buat apa tu? Main apa? Buat rumah ke? Lapar tak?”
Jangan hairan jika anak anda pergi ambil stokin dan sumbat ke dalam mulut anda.Tiada siapa yang tahan mulut keretapi suara macam minion macam tu.Kalau anak belum pandai bercakap, kita masih boleh berborak dengan dia.
Caranya, kita tanya dan kita jawab.
Yes, macam bercakap dengan peti ais.
Tapi memang itulah caranya.
The key is, ransang pendengaran anak, untuk meransang fokus secara tidak langsung.
2) Dedahkan anak dengan aktiviti-aktiviti yang memerlukan fokus dan ada target.
Pemilihan mainan yang kita dedahkan kat anak sejak bayi adalah SANGAT PENTING.
You don’t just buy stupid toys yang setakat boleh tekan-tekan, keluar bunyi, keluar music, etc. maybe entertaining tapi tak stimulating. Belikan anak toys yang stimulating atau meransang body system.
Entertainment ni secara fitrahnya tak berapa penting untuk kids sebab most aktiviti yang kita buat bersama anak adalah entertaining bagi mereka. Kita bagi periuk dengan sudip je pun dah cukup entertaining bagi diorang.
Seronokk je buat jamming sampai kemek-kemek periuk kita. So forget those toys yang mahal dan kengkonon can make your kids genius tu.Itu semua cuma menggelabah nak duit korang je. Sebelum dedahkan satu-satu toys / aktiviti kepada anak, fikir dulu.
Haikal mula didedahkan dengan aktiviti yang stimulating seawal 6 bulan. Dan to be honest, ia amat banyak membantu dalam perkembangan Haikal. Bukan setakat fokus je,
Haikal dapat develop pincer grasp yang betul pada usia 2 tahun. Kerana aktiviti-aktiviti sebegini amat membantu meransang gross and fine motor skills. Haikal juga mampu memberi fokus yang intense ketika beraktiviti serta alert dengan setiap aktiviti yang saya sediakan dalam rutin hariannya.
Jika anak anak senang fokus, kena selalu bagi aktiviti yang boleh dia fokus secara tidak langsung. Aktiviti yang akan buat dia fokus naturally.
Aktiviti yang perlukan fokus yang tinggu dan ada target contohnya,
Ada dalam sesetengah situasi anak lambat dalam beberapa perkara. Ibu ayah tenang, jangan mudah membandingkan kalau anak lambat. Yang penting jangan berhenti rangsang.
Setiap ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik untuk kehidupan anak mereka. Bagi mengukur tahap perkembangan seorang anak, kebanyakan ibu bapa akan membandingkan anak mereka dengan anak individu lain. Namun begitu, ia merupakan tindakan yang tidak wajar kerana perkembangan setiap anak adalah berbeza mengikut individu. Ada kanak-kanak yang cepat belajar dan menunjukkan kebolehan mereka dalam sesuatu perkara dan ada juga yang agak lambat. Mereka yang agak lambat ini boleh dikategorikan sebagai ‘late bloomers’.
Apakah itu ‘late bloomers’?
‘Late bloomers’ merujuk kepada seseorang individu yang agak lambat dalam menunjukkan kebolehan dan bakat mereka dalam sesuatu perkara. Kanak-kanak ‘late bloomers’ kebiasaannya akan terlihat sebagai kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran di sekolah dan agak terkebelakang dalam aspek kebolehan atau bakat. Namun begitu, kanak-kanak ini akan terserlah bakatnya yang tersendiri mereka apabila mencapai usia dewasa satu hari nanti.
Apakah faktor yang mengakibatkan anak ‘late bloomers’?
‘Late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit mental yang berbahaya buat kanak-kanak. Ia tidak disebabkan oleh infeksi, keturunan atau jangkitan. Sebaliknya, ia hanyalah satu keadaan di mana anak anda menjadi sedikit lambat berbanding kanak-kanak lain. Ia disebabkan oleh beberapa faktor luaran, antaranya:
1. Belum bersedia berkongsi kebolehan semulajadi
Setiap individu mempunyai kebolehan atau ‘forte’ yang tersendiri seperti menulis, menyanyi, menari dan lain-lain. Bakat ini sememangnya lahir dengan diri sendiri dan merupakan anugerah.
Kanak-kanak ‘late bloomers’ juga mempunyai bakat ini cuma mereka mungkin terlalu malu atau berhati-hati untuk menonjolkannya. Mereka cenderung untuk mengkaji dan memperhalusi bakat tersendiri mereka terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan individu lain.
2. Adik-beradik
Seorang abang atau kakak kepada anak ‘late bloomers’ mungkin akan menjadi faktor kepada kondisi ini. Kebanyakan adik-beradik yang lebih tua akan menganggap dan melayan adik kesayangan mereka seperti seorang anak kecil yang tidak berdaya dengan melakukan semua perkara untuk mereka. Ini akan menjadi punca adik mereka tidak langsung mencuba untuk melakukan apa-apa perkara sendiri lalu menyebabkan keadaan ‘late bloomers’ ini.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengingatkan adik-beradik yang lebih tua untuk membiarkan adik kecil mereka lebih berani untuk mencuba melakukan sesuatu perkara baru seperti merangkak, berdiri, berjalan atau bercakap.
3. Lahir pra matang
Secara logiknya, bayi yang lahir pra matang sememangnya memerlukan masa yang lebih lama berbanding bayi yang normal untuk membesar. Sebagai contoh, bayi yang lahir awal tiga bulan tidak boleh dibandingkan dengan bayi berusia 3 bulan kerana mereka tidak mengalami perkembangan yang sama. Namun begitu, ibu bapa tidak perlu risau kerana bayi pra matang akan mula membesar secara normal apabila mereka mencecah usia sekitar 2 tahun.
4. Kurang pertolongan daripada ibu bapa
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu anak-anak membesar. Jika seorang anak kurang mendapatkan pertolongan daripada ibu bapa, mereka mungkin akan menjadi seorang anak ‘late bloomers’.
Sebagai contoh, ibu bapa perlu membantu bayi kesayangan mereka belajar merangkak. Letakkan bayi secara meniarap untuk membiasakan mereka dengan posisi itu. Ibu bapa juga boleh meletakkan umpan di hadapan bayi.
Umpan itu seperti permainan untuk memberi galakan dan dorongan kepada bayi. Dengan ini, bayi anda mungkin akan dapat membesar seiring dengan kanak-kanak normal yang lain.
Adakah ibu bapa perlu risau jika anak anda seorang ‘late bloomers’?
Tidak, anda sama sekali tidak perlu risau dengannya. Ini kerana ‘late bloomers’ bukanlah satu kondisi atau penyakit berkaitan mental berbahaya yang boleh memudaratkan anak anda. Ia cuma satu keadaan di mana anak anda sedikit lambat untuk menunjukkan kebolehan atau bakat mereka kepada individu lain.
Jangan sesekali membanding-bandingkan mereka dengan anak individu lain yang cemerlang di sekolah dalam pelbagai aspek seperti pelajaran, sukan dan lain-lain. Anak ‘late bloomers’ bukanlah seorang yang gagal dalam aspek-aspek itu, cuma mereka memerlukan lebih masa untuk berkembang sepenuhnya dan mencapai potensi terbaik mereka.
Mesti beri dorongan
Sebaliknya, anda sebagai ibu bapa yang prihatin perlu memberi segala bentuk semangat, galakan, dorongan dalam setiap perbuatan yang dilakukan oleh anak anda seperti merangkak, berdiri, berjalan, bercakap dan seterusnya.
Sokong dan gilap setiap kebolehan mereka yang anda dapat kesan seawal usia mereka lagi agar mereka rasa dilindungi dan dihargai oleh ibu bapa kesayangan mereka. Paling penting, sentiasa berikan motivasi kepada mereka seawal usia bayi sehinggalah mereka dewasa untuk menjadi individu yang berjaya pada masa hadapan.
Pada satu entri video yang dimuat naik Rita ke Instagramnya, Rita menulis tentang anak keduanya itu.
“Sayang ku Arjuna… Tidak pernah lelah membesarkan kamu… Di usia begini,kamu di pilih DIA utk diberi ujian kerana DIA tau kamu kuat.
“Kamu pernah tanya, waktu itu umur kamu 6 tahun..’kenapa adik tak de daddy? Kawan adik kat sekolah semua ada daddy’. Berhati-hati mommy jawap supaya jawapan mommy adalah kekuatan dan semangat kamu sampai bila-bila.
Kita selalu risau anak tak dengar kata tapi dalam masa yang sama kita lupa sebenarnya kita kena risau anak-anak sedang tengok kita.
“Kenapa degil sangat ni? Susah nak dengar cakap ibu dengan ayah hah?” tengking si ibu pada anak kecilnya yang baru berusia 4 tahun dan berlari sana sini di tempat awam.
Kita selalu harapkan anak-anak dengar kata. Setiap arahan dan larangan ibu dan ayah mesti dipatuhi. Kalau boleh kita tak mahu anak-anak jadi nakal dan tak tahu duduk diam.
Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa anak kecil memang sifat semula jadinya suka bermain dan sangat aktif. Mereka adalah amanah dari Allah yang mesti dididik sebaik-baiknya.
Mungkin nasihat daripada Ustaz Ebit Lew ini mampu membantu kita yang selalu cepat naik tangan dan naik angin dengan sedikit kenakalan anak-anak kecil.
Seorang bertanya saya ustaz, tanya ibu bapa ini, kami sedih sebab anak saya 2 orang terlalu nakal. Seorang 5 tahun dan seorang 3 tahun. Dia selalu memalukan saya depan ramai orang. Dia jatuhkan apa sahaja barang yang dia pegang. Dia pukul adiknya. Dia berebut barang dengan semua orang. Dia menjerit kuat-kuat. Saya selalu tak tahan dan cubit dia kuat-kuat. Tapi rasa bersalah pula rasanya..tapi memang saya tak boleh sabar…sebab dosa saya dulu-dulu ke. Memang perangai kami ke dulu-dulu..
Ustaz boleh baca doa apa-apa untuknya…
Anak-anak harta paling mahal
Allah sayang puan. Sebenarnya anak-anak ini rahmat Allah yang besar dalam hidup kita. Merekalah harta kita yang paling mahal dan berharga dunia dan akhirat.
Anak-anak apa sahaja mereka buat sebenarnya mereka dahagakan belaian kasih sayang ibu bapanya. Mereka hanya ingin perhatian atau masa kedua ibu bapanya. Tulah kadang-kadang ibu memberi masa dengan baik. Tapi bapa pula tiada masa langsung buat anak-anak. Lebih malang anak menjadi mangsa geram suami isteri yang bergaduh atau stress.
Ya Allah…Membesarkan anak-anak di zaman mencabar ini memerlukan keduanya suami isteri bersama-sama belajar ilmu, berkasih sayang, bersama-sama berdakwah dan mendidik, bersama-sama menangis malam dalam tahajud meminta rahmat Allah.
Bersama-sama memberi masa buat anak-anak. Bagi anak-anak ‘love’ = ‘time’ masa yang berkualiti..lagi banyak beri masa dan perhatian lagi kita sayang mereka.. Kita selalu pandang telefon tapi lupa pandang wajah anak-anak…bagaimana keadaan mereka..Allah…maafkanlah kami semua.
Lupa beri masa pada anak
Kita sayang mereka tapi lupa beri masa. Sehingga anak-anak tak belajar erti cinta dan sayang dari ibu bapa. Anak-anak yang cergas dan aktif sebenarnya ialah Daie Allah bila besar nanti. Merekalah bakal jadi seperti Usamah b Zaid ra. Siapa tahu dialah menjadi ketua jemaah orang Islam yang menyebabkan Allah tinggikan kalimah Allah. Kembalikan kegemilangan zaman hidupnya Rasul saw.
Jangan mengukur kejayaan mereka dengan pelajaran semata-mata. Sebab kita tak tahu rupanya anak kita bakal Allah hidupkan Islam di seluruh dunia. Menjadi matahari hidayah. Sangkaan ibu bapa doa yang paling kuat buat anak-anak. Hargailah kebaikan mereka.
Jika orang lain pandang rendah anak kita. Kita kecil hati. Tapi paling sedih jika ibu bapa sendiri pandang rendah pada anaknya….doakanlah mereka..tadah tangan selalu sebab kita semua tak pandai didik anak. Kita berusaha yang terbaik. Tapi kita benar-benar memerlukan pertolongan Allah. Ya Allah, betapa diriku sayang anak-anakku. Kau sayangilah mereka. Kasihilah mereka. Jadikan mereka matahari hidayah seperti sahabat rhum.
Sebut nama Allah dan Rasul sentiasa
Anak-anak memang perlu tempat untuk bermain. Umur sehingga 7 tahun umur mereka dilayan dan dituruti. Hidupkan amalan Ta’lim dalam rumah setiap hari paling kurang setengah jam. Rahmat penuh dalam rumah yang ada majlis Ta’lim. Nama Allah dan Rasul saw disebut. Anak dapat sifat dengar dan taat..bawalah mereka bersama duduk Ta’lim.
Sebelum tidur dengar kisah Nabi dan sahabat. Cerita pada mereka sebelum tidur.. Cuba lihat di keliling kita ramai orang yang berjaya hari ini dulu sangat banyak bawa masalah tetapi ibubapa mereka tak pernah putus asa dari didik dan doakan anak-anaknya.
Ingat satu pesanan orang tua-tua. Jangan terlalu risau anak tak dengar kata kita. Tapi risau anak-anak kita sedang tengok kita. InsyaAllah ada rahmat semua tu. Supaya kita sedar kita berhajat pada Allah. Saya sendiri pun tak pandai dan anak-anak masih kecil.
Hanya rahmat Allah yang kita harapkan..rahmatnya dulu yang selamatkan kita. Allah jugalah yang akan selamatkan anak-anak kita.Bacalah doa surah Al-Ahqaf ayat 15 insyaAllah anak kita bakal jadi Daie dan orang yang menghargai Islam ini. Yang cinta Allah dan sayang umat Nabi saw.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.