Tidak dinafikan, selepas hampir dua tahun berada di rumah, anak kecil kita di bawah usianya 10 tahun semakin kurang fokus pada pembelajarannya setiap hari. Tidak mahu anak makin ketinggalan, mak ayah perlu cepat-cepat bertindak.

Apa nak buat? Ahli Terapi Kerja, Pn Aisyah Rozalli berkongsi sebab mengapa anak-anak kini semakin kurang fokus untuk belajar dan solusi terbaik untuk membuatkan anak kembali fokus. Ini saranan beliau.

Anak bawah 10 tahun, tak boleh fokus dalam kelas.
– Tidur dalam kelas.
– Seperti tak alert dengan apa yang cikgu beritahu.
– Kelihatan tak berminat.
– Bangun dari tempat duduk tanpa mengendahkan arahan cikgu.

Ini Sebab Anak Tak Boleh Fokus Dalam Kelas, Cepat-Cepat Betulkan, Takut Anak Ketinggalan!

Semak 3 perkara penting ni:

Ads

1. Perkembangan anak kita selari tak dengan usia dia.
Mungkin anak kita ada KELEWATAN PERKEMBANGAN yang kita tak perasan.

Solusi: buat penilaian dengan pakar kanak-kanak, berjumpa occupational therapist untuk kenal pasti tahap kefungsian anak ada masalah atau tak.

2. Kekerapan screen time (tengok tv, main handphone)
Mungkin anak kita dah KECEDERAAN GADGET… Cahaya biru dari gadget buat anak tak cukup rehat, tiada deep sleep, fokus anak jadi rendah.

Solusi: KURANGKAN skrin sekurang-kurang yang boleh. Stop terus pun takpe.

Ads
Ini Sebab Anak Tak Boleh Fokus Dalam Kelas, Cepat-Cepat Betulkan, Takut Anak Ketinggalan!
Gambar hiasan.

3. Aktiviti anak kita di luar waktu sekolah.
Anak kita ada AKTIVITI FIZIKAL tak? Ke memang game dan handphone je?

Solusi: ajak anak explore macam-macam jenis aktiviti fizikal. Bukan limited kepada 1 – 2 jenis sahaja.

Take note ya, parents. Jangan lambat settelkan perkara ini. Lagi lambat, lagi banyak anak kita ketinggalan.

Ads

Menarik: Satu Bilik Dia Tawaf, Demam Pun Aktif, Anak Kedua Dato’ Siti Nurhaliza Dah Pandai Berjalan

Ini Sebab Anak Tak Boleh Fokus Dalam Kelas, Cepat-Cepat Betulkan, Takut Anak Ketinggalan!

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI