Berdasarkan Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), suntikan vaksin hepatitis B akan diberikan kepada si manja sebelum berusia setahun. Namun apakah kepentingan dan manfaatnya buat bayi?
Suntikan imunisasi
Vaksin hepatitis B
Di Malaysia, suntikan hepatitis biasanya diberikan dalam 3 suntikan. Suntikan imunisasi bayi bagi dos pertama ini akan diberi sebaik sahaja dilahirkan dan akan melengkapkan 3 dos ketika berusia 6 bulan, di mana dos kedua diberikan selepas sebulan dilahirkan.
Dos hepatitis masa kelahiran adalah bahagian penting dalam mencegah penyakit jangka panjang kepada si manja dan juga penyebaran hepatitis B. Tidak dinafikan dalam kesibukan menjaga bayi baru lahir, ada ibu bapa terkadang lupa tarikh suntikan vaksin si manja.
Biasanya jika berlaku, kakitangan kesihatan boleh memberikan tarikh baru untuk mendapatkan vaksin hepatitis dos seterusnya tanpa perlu mengulangi siri vaksin.
Individu disarankan mendapatkan vaksin hepatitis B
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan vaksin ini untuk diberikan sebagai suntikan imunisasi bayi dan kanak-kanak sehingga berusia 18 tahun.
Namun, individu dewasa juga perlu mempertimbangkan untuk mendapatkan suntikan vaksin ini jika masih mempunyai risiko dijangkiti hepatitis B, khususnya mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi.
Berikut senarai individu yang disarankan untuk menerima vaksin hepatitis B:
Ads
Semua bayi bermula sejak lahir
Semua kanak-kanak berumur <19 tahun yang belum diberi vaksin sebelum ini
Pasangan seksual yang terdedah kepada individu positif hepatitis B
Individu aktif secara seksual yang tidak menjalinkan hubungan monogami jangka panjang, contoh lebih daripada 1 pasangan dalam tempoh 6 bulan
Individu yang sedang melakukan rawatan untuk penyakit kelamin
Lelaki yang bersetubuh dengan lelaki
Penghisap dadah suntikan
Isi rumah yang terdedah kepada individu positif hepatitis B
Pekerja kesihatan dan keselamatan awam yang berisiko terdedah kepada darah
Pesakit buah pinggang peringkat akhir – pra-dialisis, hemodialisis, dialisis peritoneal dan pesakit dialisis di rumah
Individu yang mengembara atau mengambil anak angkat dari negara dengan hepatitis B seperti Asia, Afrika, Amerika Selatan, Kepulauan Pasifik, Eropah Timur dan Timur Tengah
Individu dengan penyakit hati kronik, selain daripada hepatitis B – sirosis, penyakit hati berlemak dan lain-lain
Individu dengan jangkitan hepatitis C
Individu dijangkiti HIV
Individu dewasa berusia 19-59 tahun yang menghidap diabetes
Keperluan suntikan vaksin
Kenapa perlu mendapatkan suntikan vaksin hepatitis B?
Sudah tentu, kepentingan mendapatkan suntikan ini adalah untuk mencegah penyakit hepatitis B. Hepatitis B adalah penyakit hati yang boleh menyebabkan jangkitan ringan yang berlarutan selama beberapa minggu atau boleh berkembang menjadi penyakit serius untuk seumur hidup.
Jangkitan hepatitis B akut
Penyakit jangka pendek yang boleh menyebabkan demam, keletihan, hilang selera makan, loya, muntah, jaundis (mata atau kulit menjadi kuning, air kencing gelap dan pergerakan usus berwarna kelabu kecoklatan), dan sakit pada otot, sendi serta perut.
Tanpa suntikan vaksin hepatitis B boleh berlaku jangkitan kronik
Ads
Merupakan penyakit jangka panjang yang berlaku apabila virus hepatitis B kekal dalam tubuh individu.
Kebanyakan individu yang mengembangkan jangkitan kronik tidak mempunyai gejala tetapi ia masih sangat serius dan boleh menyebabkan kerosakan hati (sirosis), kanser hati dan kematian.
Mereka yang dijangkiti secara kronik boleh menyebarkan virus hepatitis B kepada individu lain, walaupun diri tidak berasa atau kelihatan sakit.
Amnya, hepatitis B disebarkan melalui darah, air mani atau cecair badan lain yang dijangkiti virus dan memasuki ke tubuh individu sihat.
Cara jangkitan adalah termasuk:
Ads
Kelahiran – wanita hamil menghidap hepatitis B boleh menularkan jangkitan kepada bayi
Berkongsi barang seperti pisau cukur atau berus gigi dengan individu dijangkiti
Menyentuh darah atau luka terbuka pada individu dijangkiti
Melakukan seks dengan pasangan dijangkiti
Berkongsi jarum, picagari atau peralatan suntikan lain
Terdedah kepada darah pada jarum atau alat tajam lain
Usia turut memainkan peranan sama ada hepatitis B akan menjadi kronik atau tidak.
Semakin muda seseorang dijangkiti virus, risiko untuk mendapat jangkitan kronik lebih tinggi.
Dianggarkan 9 daripada 10 bayi yang dijangkiti terus mengalami jangkitan kronik sepanjang hayat. Manakala 1 daripada 3 kanak-kanak yang dijangkiti sebelum usia 6 tahun akan mendapat jangkitan hepatitis B kronik.
Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak lebih tua – berusia lebih 6 tahun dan individu dewasa yang dijangkiti virus ini akan pulih sepenuhnya dan tidak mengalami jangkitan kronik.
Mereka yang telah menerima suntikan vaksin hepatitis B adalah kebal seumur hidup daripada jangkitan ini.
Kesan sampingan suntikan imunisasi bayi
Sesetengah bayi dan kanak-kanak akan mengalami kesakitan atau kepedihan di bahagian suntikan dan demam bersuhu rendah. Pun begitu terdapat 1 kesan sampingan yang sangat jarang berlaku, tetapi serius.
Dianggarkan 1 daripada setiap 600,000 dos vaksin hepatitis B akan menyebabkan reaksi alahan teruk yang disebut sebagai anafilaksis. Ia melibatkan gejala seperti bengkak mulut, kesukaran bernafas, tekanan darah rendah atau kejutan.
Anafilaksis biasanya berlaku dalam tempoh masa 15 minit selepas menerima suntikan. Walaupun ia boleh dirawat, keadaan tersebut masih agak menakutkan. Bagi mengelakkan jangkitan kronik daripada berlaku, atas sebab itulah pentingnya untuk anak menerima suntikan imunisasi bayi sejurus selepas kelahiran.
Tindakan ini dapat memastikan anak mendapat perlindungan seawal mungkin daripada dijangkiti hepatitis B, khususnya daripada individu yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai virus tersebut dalam badan. Jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai vaksin ini, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa dalam pantang, ada segelintir ibu seronok kerana proses penghasilan susu ibunya lancar dan meriah.
Dengan yang demikian, ia menjadi pembakar semangat kepada para ibu ini untuk terus menyusukan anaknya secara eksklusif selama enam bulan dan diterima selama yang boleh.
Jadi, salah satu impian ibu bekerjaya ialah penghasilan susu ibu tidak terjejas apabila kembali bekerja setelah tamat tempoh cuti bersalin.
Hal ini berikutan ada segolongan ibu yang mengalami masalah untuk mengepam susu setiap tiga jam sekali apabila mula bekerja kerana kekangan masa dan tugas.
Terdapat juga beberapa faktor lain berkemungkinan menjadi penyebab penghasilan susu ibu mengalami kemerosotan.
Untuk itu, anda yang bakal kembali bekerja selepas habis cuti bersalin, ini adalah beberapa perkara yang perlu anda lakukan dalam menangani masalah seperti ini.
Set minda
Elakkan daripada beranggapan anda perlukan tempat khas untuk memerah. Asalkan ada ada kelengkapan pengepaman yang mencukupi, anda boleh mengepam susu di mana-mana jua.
Kemudahan aksesori penyusuan
Pasti anda mempunyai serba sedikit aksesori penyusuan seperti nursing cover yang boleh menutup bahagian dada ketika mengepam. Jadi, ia memudahkan anda untuk mengepam susu di mana-mana sahaja tanpa perlu bimbang dengan pandangan khalayak.
Alat bantu penyusuan
Dengan menggunakan alat bantu penyusuan untuk mengepam susu seperti alat untuk menakung susu ibu yang boleh digunakan dengan mana-mana pam yang mempunyai iub pasti memudahkan urusan anda.
Dengan adanya alat ini dan pam payudara yang boleh dicas, proses mengepam masih boleh dilakukan pada bila-bila masa. malah, tangan anda juga bebas tangan semasa bekerja.
Rangsang payudara
Perlu difahami penghasilan susu bergantung kepada konsep penawaran dan permintaan. Jasi, kerapkan melakukan rangsangan kepada payudara
Permintaan tinggi akan menyebabkan penawaran (penghasilan susu) meningkat. Oleh itu, cara untuk mengelakkan penghasilan susu ibu merudum ialah dengan sentiasa memberi merangsang payudara sama ada dengan mengepam susu ketika berasa di pejabat.
Pam tiga jam sekali
Sediakan jadual dan konsisten mengepam di setiap tiga jam. Anda perlu ingat, jangan hanya mengepam setelah payudara penuh.
Sebenarnye sesi mengepam bukan semata-mata untuk mendapatkan susu ibu perahan tetapi ia adalah satu cara tubuh memberi signal kepada otak supaya menghasilkan lebih banyak susu.
Sokongan
Dapatkan sokongan daripada orang terdekat seperti suami, ibu bapa, rakan-rakan, adik beradik, pengasuh dan majikan.
Beri penjelasan dan penerangan kepada orang di sekeliling supaya mereka memahami dan menyokong amalan penyusuan susu ibu yang sedang anda lakukan.
Fikir yang indah
Fikirkan yang indah sahaja ketika mengepam. Relaks dan pam payudara dengan rasa gembira. Tatap gambar dan video bayi anda semasa mengepam untuk merangsang hormon oksitosin yang boleh membantu menambah penghasilan susu ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sayunya tengok anak bawah lampu & dicucuk pagi petang, ibu ini kongsi pengalaman anak dalam Pa&Ma TV.
Jaundis kerap terjadi kepada bayi yang baru lahir. Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah.
Jaundis bagi bayi ialah jaundis yang berlaku dalam tempoh sebulan selepas bayi lahir. Ia sering berlaku pada bayi di mana 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.
Puan Nur’Amiratulhusna menceritakan pengalamannya menjaga anaknya Dani Umar Ghazali bin Zul Hakim yang pernah mengalami prolonged jaundice.
PROLONGED JAUNDICE
Menurut Amiratulhusna, DAni Umar mungkin mengalami Prolonged Jaundis kerana katanya bagi anak yang ibunya berdarah O +ve bacaannya akan tinggi dan berbeza. Dani yang dilahirkan pada minggu ke 40 kehamilan didapati mengalami jaundis oleh jururawat pada hari kelima dilahirkan.
“Jaundis pada Dani mula dikesan pada hari kedua. Saya dinasihatkan membawa Dani ke klinik berdekatan kerana paras pada ketika itu agak tinggi iaitu 13.
TERUS DIBAWA KE HOSPITAL
Ibu ini bertindak terus membawa Dani ke klinik dan hasil pemeriksaan Dani terpaksa telah dimasukkan ke wad selama 5 hari. “Di hospital, Dani menjalani rawatan fototerapi. Doktor juga menasihatkan saya menyusukan bayi setiap sejam sekali”, kata Amiratulhusna.
JAUNDIS BERPINDAH KE BAHAGIAN BELAKANG
Hasil daripada penyusuan kerap, Dani telah membuang air dengan kerap. Namun perkara lain berlaku semasa rawatan foroterapi. “As per advice, jaundice Dani ni pada mulanya jaundice hanya di bahagian depan sahaja. Then bila dah terlalu terdedah dengan lampu phototherapy kuningnya mula berpindah di bahagian belakang badan. Sepanjang dalam proses phototherapy bayi dibiarkan hanya pakai lampin pakai buang,” kata ibu ini.
TIDAK SAMPAI HATI
Sebagai ibu, hati tidak kuat melihat anak sakit. “Kenangan tidak dapat dilupakan di mana saya tak sampai hati tengok Dani terpaksa duduk bawah lampu phototherapy selama masa 5 hari dengan hanya pakai lampin dan dicucuk pagi petang untuk ambil sampel darah,” kata Amiratulhusna.
PESANAN KEPADA IBU LAIN
“Pesanan saya for new mothers or first time anak kene jaundice. First of all dont panic. Do your research. Byk kan tanya orang yang berpengalaman dan mempunyai ilmu mengenai hal ini. Kerapkan bagi bayi susu ibu. Always stay positive,” kata ibu ini sebagai pesanan kepada ibu-ibu lain.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai jaundis dan kisah lanjut tentang Dani, boleh saksikan PaRancangan TV Pa&Ma Musim Ketiga ke udara dengan tajuk Solusi Bayi Jaundis. Pada 19 Februari 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Doktor, apa beza anak hisap jari dengan hisap pacifier? Kesan sama ke lain?”
Sebenarnya kesan dalam jangka masa panjang memang ada, tapi kalau anak hisap jari atau pacifier sekejap-sekejap dan berhenti seawal 12 bulan tiada kesan jangka panjang.
Kalau anak dah 24 bulan dan ke atas masih hisap jari atau pacifier ada kesan pada gigi susu dan tulang rahang atas anak
Kesan adalah sama, sama ada hisap jari atau hisap pacifier. Gigi akan kelihatan jonggang atau Overjet (OJ) dan juga gigitan gigi depan terbuka atau anterior open bite (AOB)
“Macam mana anak boleh jadi jonggang kalau hisap jari atau pacifier nih?”
Kesan dari hisap jari dan pacifier boleh ubah pembentukan atau development pada tulang rahang atas dan kedudukan gigi
Bila anak hisap jari atau pacifier, kedua-dua pipi akan ke dalam dan akan ada tekanan pada mulut dan lelangit terutama lelangit depan
Bila habit suckling berterusan dan lama, bentuk pada tulang rahang dan lelangit depan akan berubah mengikut bentuk jari dan pacifier
Rahang atas akan jadi sempit (narrow arch) dan akan terbentuk ‘ruang’ (open bite) di antara gigi atas dan gigi bawah disebabkan kedudukan jari atau pacifier yang berada di antara gigi atas dan bawah
“Macam mana nak elak anak hisap jari atau pacifier kalau umur dah 3 tahun ke atas?”
Agak sukar sebenarnya, sebab hisap jari atau pacifier dah jadi habit
Cuma bagi anak yang hisap pacifier mungkin lebih mudah untuk berhenti, berdasarkan pengalaman ibu, mama dan ummi yang kongsi pengalaman di post sebelum ini
Kebanyakkan ibu ibu berjaya hilangkan tabiat anak dari menghisap pacifier pada usia 6 tahun ke bawah dengan pelbagai teknik dan taktik
Bagi anak yang hisap jari, mungkin agak sukar, sebab jari sentiasa ada bersama anak-anak. Tak kira siang atau malam, anak ada peluang untuk hisap jari walaupun dilarang.
Moga manfaat, boleh pada pasangan atau kawan-kawan yang ada anak-anak yang ada habit hisap jari dan pacifier
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.