Ini Sebab Kenapa Kena ELAK Beri Bayi Makan Kicap Atau Ibu Akan Menyesal Nanti!

Share

Mesti anda pernah terlihat seorang bayi kecil disuapkan makanan yang ditambahkan kicap sebagai bahan perasa makanan. Tetapi persoalannya, adakah ia sesuai?

Sebaiknya, seorang anak dalam lingkungan usia setahun disarankan untuk tidak memakan kicap.

Kenapa?

Ini kerana kandungan garam dalam bahan ini adalah sebanyak 20%. Berbanding dengan garam, penggunaan kuantiti kicap dalam masakan agak sukar untuk dikawal.

Secara amnya, bayi yang belum berusia 1 tahun tidak boleh memakan gula dan garam.

Kandungan gula boleh merosakkan gigi si kecil. Manakala penambahan garam dalam makanan akan meningkatkan bebanan pada fungsi buah pinggang bayi yang masih belum matang.

Keadaan buah pinggang bayi masih dalam proses tumbesaran dan belum matang ini akan menyebabkan ia sukar menyingkirkan kandungan garam berlebihan dalam darah.

Kesannya untuk tempoh jangka masa panjang, si kecil boleh mengalami penyakit seperti tekanan darah tinggi ketika dewasa nanti.

Maka adalah lebih elok mengelakkan daripada memberikan kicap untuk bayi.

Bilakah masa sesuai memberikan kicap untuk bayi?

Adakah ini bermakna kicap tidak boleh diberikan langsung kepada bayi? Seorang bayi boleh mula mengambil makanan pejal pada usia 6 bulan. Jumlah pengambilannya akan meningkat seiring pertambahan usia mereka.

Untuk bayi berusia setahun, sebaiknya jumlah garam yang diambil dalam sehari adalah kurang daripada 2 gram.

Sekiranya anak masih tidak mencapai usia setahun, kuantiti garam dalam makanan haruslah kurang daripada 1 gram sehari.

Jadi bagi menjawab pertanyaan sama ada boleh atau tidak memberikan kicap untuk bayi, sebaiknya ibu ayah perlu menunggu sehingga mereka mencapai usia 1 tahun dan diberikan secara sederhana.

Sebenarnya, terdapat pengganti garam untuk makanan bayi yang boleh dicuba bagi mempelbagaikan rasa.

Tetapi sebelum itu, jom kita ketahui kesan yang boleh terjadi jika ibu mengamalkan tabiat memberi kicap untuk bayi sedari kecil lagi.

Kesan perlu diketahui

Berikut 3 akibat yang boleh terjadi:

1. Wujud risiko alahan

Ibu harus menghindari daripada menambah kicap dalam makanan si kecil di bawah usia setahun kerana mereka boleh mengalami alahan. Kicap cenderung mewujudkan reaksi alergi kerana kandungan gandum di dalamnya. Jika anak anda mempunyai alahan gluten, maka sudah tentu kicap harus dielakkan.

2. Bahayakan kesihatan

Seperti dinyatakan pada awal tadi, pengambilan garam yang berlebihan pada awal usia boleh meningkatkan bebanan buah pinggang.

Keadaan ini terutamanya apabila organ si manja masih dalam proses tumbesaran.

Jadi sekiranya ibu tidak mahu timbul masalah kesihatan pada si kecil, sila elakkan okay?

3. Cerewet dalam soal makan

Mempunyai anak yang cerewet tentang pemakanan adalah satu perkara mencabar.

Tapi betul ke kicap punca anak cerewet?

Anda biasanya mengambil kicap sebagai tambahan untuk menyedapkan makanan, bukan? Jadi keadaan yang sama juga berlaku pada bayi anda.

Kicap yang diberikan membuatkan mereka sudah terbiasa memakan makanan yang sedap rasanya, jadi kecenderungan untuk anak menolak makanan tawar boleh terjadi.

Keadaan ini sekali gus boleh mengakibatkan anak menjadi seorang picky eater.

Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa