Ini Sebabnya Isteri Jadi Makin Sensitif Lepas Bersalin, Emosi Kacau Bilau, Suami Bantulah!

Share

Pengalaman melahirkan anak sudah cukup membuatkan ada ibu yang trauma dengan proses kelahiran ditambah proses bersalin yang memenatkan. Ini mungkin biasa.

Namun satu hal yang membuatkan perubahan besar berlaku pada wanita selepas melahirkan adalah emosi yang mengalami kecelaruan. Makin rasa sedih dan sensitif dalam semua hal. Jangan biarkan sebaliknya suami bantulah isteri. Ada sebabnya isteri menjadi semakin murung dan sensitif. Ini yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari.


5 perkara tentang Postpartum Blues yang semua suami wajib belajar. Kalau buat tak tahu, isteri lepas bersalin mungkin stress sampai tahap meroyan!

1. Lepas je bersalin, emosi isteri boleh jadi sangat kacau bilau. Sebab tu jangan pelik kalau perangai isteri tiba-tiba berubah tak menentu.

Masa ni lah tak semena-mena dia jadi sangat sensitif. Hati asyik redup je. Cepat rasa sedih nak menangis, cepat merajuk dan rasa stress. Kadang tu jadi tak fokus. Sampaikan nak selesaikan tugasan mudah pun dia tak mampu.

2. Ini lah yang disebut Postnatal blues atau postpartum blues. Perkara ni boleh berlaku kepada 50 – 80% ibu yang baru bersalin.

Ia selalunya bermula pada hari kedua lepas bersalin dan mungkin akan berterusan selama beberapa hari, satu minggu atau paling lama hingga dua minggu.

3. Kalau nak tahu, simptom ni semua berlaku disebabkan hormon kat dalam badan isteri kita tu drop secara mendadak lepas bersalin.

Masa tempoh dia mengandung, tubuh dia penuh dengan hormon kehamilan seperti Estrogen dan Progesterone.
Selepas uri dikeluarkan, tiba-tiba level hormon yang banyak-banyak tadi terus hilang. Tu yang trigger perasaan isteri kita berubah jadi sangat berbeza.

4. Masalah ni memang tak boleh dibiarkan jika berlanjutan lebih 2 minggu. Kena jumpa doktor segera untuk kenalpasti kalau-kalau ada tanda kemurungan.
Takut-takut ia melarat makin teruk hingga mengakibatkan Postpartum Depression atau Postpartum Psychosis. Inilah yang orang kita duk sebut meroyan tu.

5. Suami yang faham tentang fisiologi yang berlaku ni insyaAllah akan jadi lebih positif untuk bantu isteri supaya lebih kuat dan sabar untuk menempuhi fasa mencabar ni.
Waktu ni, dia bukan je perlukan tidur yang cukup serta makanan dan minuman yang berkhasiat untuk rawat balik luka yang ditanggung masa bersalin.

Tapi dia juga sebenarnya sangat perlukan sokongan emosi yang berterusan daripada suaminya sendiri dan ahli keluarga yang lain untuk rawat balik luka emosi yang sedang terjadi.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Artikel berkaitan: Ibu Bersalin Penatnya Lain Macam, Jangan Sampai Diri Terabai, Takut Meroyan!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM