Rupanya ada sebab kita dilarang minum ais atau makan ais krim waktu batuk selesema. Bukan saja-saja petua orang tua-tua tetapi daripada sudut perubatan ada fakta dan kebenaran larangan tersebut.
Maka tak salahlah selama ini ibu ayah melarang anak-anak kecil daripada makan ais krim atau minum air berais waktu mereka tengah batuk dan selesema. Ia hanya akan memburukkan keadaan kesihatan!
Baca penjelasan daripada Dr Abdul Rahim mengenai sebab-sebab kenapa tak digalakkan minum ais atau makan ais krim waktu batuk dan selesema.
Mengapa ketika ni AIR SUAM PANAS terbaik?
A. Nak bedal ais ke; ais kacang ke, ais krim ke, dipersilakan, rezeki selera kita time cuaca panas-panas ni. Tapi kalau doc/anda dijangkiti BATUK, SELESEMA atau BERKAHAK try elak atau corner daripada AIS atau AIS CREAM .
Ni sebab-sebabnya doc nak share dengan uoll sebagai ilmu bersama:
A. Doc & uoll suka betui minuman ais atau ais krim. Bila doc/ anda telan je ais/ais krim, ia bergerak ke bawah esofagus anda (saluran makanan) bersebelahan trakea anda (saluran penafasan) menjadi SEJUK daripada suhu badan anda. Badan anda cara automatik akan respond dengan “cough refkeks”/ refleks batuk sebagai respond bila keadaan di kawasan tu terlalu sejuk yang lama.
Dr Abdul Rahim
B. Apatah lagi jika doc/anda berkahak/mukus/ lendir berada di persimpangan esofagus/trakea ni, ia memburukan lagi keadaan bila esofagus/trakea disejukkan oleh ais/ais krim, kahak mengeras & jadi lebih tebal & melekek serta ganggu saluran penafasan & makanan anda. Maka badan bertindak balas dengan BATUK bertubi-tubi untuk CLEAR UP saluran-saluran ni daripada kahak ni untuk mudahkan anda bernafas. Apatah lagi kalau uoll ada Asthma.
Waspada tau!!! Kalau kahak tersumbat, lelah lagi teruk. Kuman membiak. Kalau kuman merebak ke atas ke hidung anda, SELESEMA le anda. Kalau kuman di kahak masuk paru-paru terutama kanak-kanak….PNEUMONIA le diterima.
Terpaksa le ramai ibu bapa mai suruh doc SEDUT KAHAK anak-anak mereka sebab anak mereka susah menyusu atau bernafas bila NEUBULISER tak beri kesan.
Tapi ingat; dilarang beri makan minum 2 jam kepada kanak-kanak sebelum buat SEDUTAN /SUCTION KAHAK supaya masa sedutan kahak, susu/makanan tak keluar bersama kahak.
Semasa sedutan kahak doc/doktor pakar tu akan ajar anda cara menepuk belakang badan kanak-kanak/ physiotherapy mengeluarkan kahak ketika Suction.
C. Air suam panas terbaik sebab suhunya lebih kurang sama dengan suhu fisiologi badan doc/ anda. Ia merangsang metabolisme tubuh dengan tingkatkan aliran darah ke seluruh tubuh kita & fungsinya. Jika dalam keadaan sejuk batuk, AIR SUAM PANAS membantu mencairkan lagi membersihkan kahak, kurangkan keradangan kerengkung & “cough refkeks” di perantaraan saluran makanan & trachea, maka batuk; selesema & kahak berkurangan.
***Maka Terbaik minum Air Suam Panas jika anda BATUK, SELESEMA atau BERKAHAK. Tapi Tiada halangan jika anda masih suka minum AIS atau AIS KRIM ketika ni jika anda rasa berbaloi.
Drp Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rotavirus ancam Bayi dan kanak-kanak, mak ayah jangan pandang ringan bila anak cirit birit. Rotavirus adalah jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun.
Gejala-gejala jangkitan ini ialah cirit-birit, muntah dan demam. Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Semua ibu bapa haruslah peka dan perlu mengambil tahu tentang jangkitan Rotavirus ini, supaya tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan komplikasi dari jangkitan berlaku.
APAKAH ITU ROTAVIRUS?
Rotavirus mendapat namanya daripada bahasa latin rota yang bermaksud roda. Oleh kerana virus ini bentuknya seperti roda, maka pada tahun 1974, Thomas Henry Flewet menamakan Rotavirus kepada virus ini.
Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk, yang boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak dalam kalangan kanak-kanak.
Terdapat 9 spesis Rotavirus, namun Rotavirus A adalah spesis yang paling kerap ditemui menjangkiti manusia iaitu menyebabkan lebih 90% jangkitan.
Rotavirus A juga dikenal pasti sebagai penyebab utama cirit-birit yang serius dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
Selepas dijangkiti kuman Rotavirus, badan mengambil masa lebih kurang 2 hari untuk menunjukkan gejala-gejala penyakit antaranya demam, cirit-birit, muntah dan sakit perut.
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT JANGKITAN KUMAN ROTAVIRUS?
Hampir semua kanak-kanak akan dijangkiti oleh kuman Rotavirus sebelum atau pada usia 5 tahun. Di Malaysia, kira-kira 22% hingga 50% daripada kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan Rotavirus.Terdapat satu kajian di Malaysia pada tahun 2016, menyatakan bahawa: Rotavirus menyebabkan 27 kematian, 31 000 kemasukan ke hospital, 41 000 rawatan pesakit luar dan 145 000 rawatan dirumah setiap tahun di
BAGAIMANA JANGKITAN ROTAVIRUS TERSEBAR?
Rotavirus mudah berjangkit dan tersebar dengan mudah melalui kaedah tangan ke mulut (fecal to oral), iaitu virus merebak melalui penyebaran daripada najis individu yang dijangkiti ke mulut individu yang lain.
Sebagai contoh, seseorang menukar lampin bayi yang mengalami cirit-birit disebabkan Rotavirus dan dia tidak membasuh tangan dengan bersih, lalu memegang peralatan, permukaan atau makanan.
Jika dia menyediakan makanan atau menyuap makanan kepada bayi atau individu lain, virus tersebut akan tersebar kepada mereka. Begitu juga jika bayi, kanak-kanak atau individu lain menyentuh permukaan atau peralatan yang dicemari dengan kuman Rotavirus dan selepas itu tangannya dimasukkan kedalam mulut atau untuk makan, mereka akan dijangkiti oleh virus tersebut.
Virus ini stabil dalam persekitaran dan boleh berjangkit dalam masa seminggu.
Mereka yang mengendalikan najis bayi, kanak-kanak atau individu yang dijangkiti Rotavirus, haruslah mencuci tangan dengan bersih dan manakala barang mainan kanak-kanak serta peralatan disekitarnya perlu sentiasa bersih.
APAKAH SIMPTOM/TANDA BIASA YANG AKAN DIHADAPI OLEH PESAKIT?
Antara simptom/tanda anak anda dijangkiti oleh kuman Rotavirus adalah:
Cirit-birit
Muntah
Sakit perut
Demam
Kelesuan
Simptom biasanya bermula dalam masa 2 hari selepas seorang kanak-kanak terdedah kepada kuman. Rotavirus dan biasanya cirit-birit berlarutan selama 3 hingga 8 hari.
APAKAH BAHAYA JANGKITAN ROTAVIRUS?
Bahaya utama daripada jangkitan Rotavirus ialah dehidrasi iaitu kehilangan cecair badan akibat dari cirit-birit dan muntah yang teruk, beserta pengambilan makanan/minuman yang kurang baik. Dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang, dan jika dehidrasi tidak dirawat, hanya boleh membawa maut.
Awasi tanda-tanda dehidrasi pada anak anda, seperti:
Kurang membuang air kecil atau lampin kering
Mata cengkung
Menangis tanpa air mata
Bibir mulut dan lidah kering
Mudah meragam
Kulit kurang anjal
Letih lesu
Ubun-ubun mencengkung ke dalam pada bayi kecil
APAKAH RAWATAN JANGKITAN ROTAVIRUS?
Tiada rawatan khusus dan tiada antibiotik atau antiviral untuk membunuh kuman Rotavirus. Rawatan lebih menjurus untuk memastikan pesakit mendapat air yang cukup untuk mengelakkan dehidrasi dan menggantikan garam galian yang hilang disebabkan cirit-birit dan muntah.
Ibu bapa harus pastikan untuk memberi anak minum air yang cukup, dan juga larutan rehidrasi oral (ORS) untuk tujuan mengelakkan dehidrasi. Namun, sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi, dia perlulah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.
Di Malaysia, jangkitan Rotavirus adalah punca cirit-birit yang utama menyebaban kanak-kanak memerlukan rawatan hospital dalam bentuk menerima rawatan transfusi (memasukkan) air melalui saluran darah (intravena). Kira-kira 25% hingga 50% kes cirit-birit yang memerlukan kemasukan ke wad berpunca dari Rotavirus.
BAGAIMANA JANGKITAN ROTAVIRUS BOLEH DITANGANI?
Bawalah anak anda berjumpa dengan doktor jika dia menunjukkan simptom cirit-birit dan muntah, serta simptom dehidrasi. Seperti dinyatakan sebelum ini, tiada ubat khusus bagi merawat jangkitan, namun doktor boleh memberikan ubat untuk melegakan/mengurangkan simptom. Antibiotik tidak berkesan terhadap jangkitan Rotavirus.
Tumpuan utama adalah untuk mengelakkan dehidrasi:
Bagi bayi: teruskan penyusuan susu ibu atau formula seperti biasa. Larutan rehidrasi oral mungkin diperlukan.
Bagi kanak-kanak lebih besar: pastikan memberi cecair secukupnya daripada minuman atau makanan. Digalakkan juga memberi larutan rehidrasi oral.
Elakkan minuman bergas, jus epal, produk tenusu dan makanan bergula, kerana ini mungkin membuat cirit-birit bertambah teruk.
BAGAIMANA JANGKITAN ROTAVIRUS BOLEH DICEGAH?
Amalan kebersihan diri yang baik ialah langkah pencegahan paling asas. Mencuci tangan dengan kerap dan teliti adalah penting terutamanya selepas menggunakan tandas, selepas menukar lampin bai atau selepas membantu anak menggunakan tandas. Permukaan perabut juga perlu dinyahjangkit secara berkala. Kaedah pencucian biasa tidak mencukupi.
Langkah terbaik adalah dengan menggunakan larutan peluntur (1 bahagian peluntur + 9 bahagian air) untuk menyahjangkit permukaan/objek.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) menyarankan vaksinasi Rotavirus sebagai satu strategi pencegahan terhadap jangkitan Rotavirus.
Di Malaysia, walaupun tidak terdapat di dalam program imunisasi kebangsaan, vaksinasi terhadap jangkitan Rotavirus ini bole didapati di klinik atau hospital swasta. Vaksinasi Rotavirus adalah dalam bentuk cecair yang perlu diminum (oral vaksin), boleh diberi kepada bayi seawal umur 6 minggu, dengan keseluruhan 2 atau 3 dos mengikut jenis vaksin yang diberikan.
APAKAH VAKSIN YANG ADA DAN BAGAIMANA IA DIBERIKAN?
Ia adalah vaksin oral jenis hidup yang mengandungi 5 jenis rotavirus yang dihasilkan daripada rangkaian rotavirus manusia dan lembu.
Ia juga tidak menyebabkan teleskopi pada bahagian usus (intussusception) yang pernah terjadi sebagai kesan sampingan daripada vaksin rotavirus terdahulu yang pernah diluluskan. Vaksin tersebut dihasilkan daripada rangkaian rotavirus monyet. Teleskopi pada bahagian usus (intussusception) jarang berlaku pada kanak-kanak secara amnya di mana usus menjadi tersumbat disebabkan usus itu sendiri termasuk ke dalam atau teleskopi ke dalam, kesan daripada pergerakan usus.
Terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di Malaysia iaitu ‘RotaRix’ dan ‘RotaTeg’. Pemberian vaksin adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pengeluar vaksin masing-masing.
SIAPA YANG PATUT MENERIMA VAKSIN INI?
Ibu bapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada anak mereka untuk mencegah jangkitan ini.
Tanyalah doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang vaksinasi Rotavirus.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demam suhu tinggi tak sembuh & badan lebam kebiruan rupanya tanda-tanda anak terkena influenza. Kalau tidak dirawat segera, boleh sebabkan jangkitan pada otak dan paru-paru pula.
Puan Nur Syahira Khairil Anwar berkongsi pengalamannya dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” di mana influenza telah menjangkiti kedua-dua anaknya. Tidak hanya anak-anak, dia dan suaminya juga turut mendapatkan jangkitan influenza.
DEMAM HARI KETUJUH TAK SURUT
Anaknya, Redza mengalami demam suhu tinggi 39° hingga 40° Celcius yang berubah-ubah (on and off) tapi tidak surut-surut.
“Saya bawa anak jumpa doktor. Demam biasa kata doktor. Lepas tu demam tak surut walau pun dah 5 hari. Bawa lagi jumpa doktor. Ambik darah dan keputusan ujian darah negatif denggi.
“Saya mendapati badan anak pun tiada tanda-tanda campak atau Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD). Apabila tiba hari ketujuh still demam suhu tinggi. Saya terus bawa anak-anak terus hospital. Cek sampel hingus dan anak-anak disahkan positif influenza A,” kata Nur Syahira.
ANAK KEDUA PUN TURUT DIJANGKITI INFLUENZA A
Anak kedua beliau, Maya yang belum pernah pernah demam, tiba-tiba demam. In menyebabkan ibu muda ini terus membawa si kecil ini ke hospital. Sahlah Maya alami influenza A.
Antara tanda-tanda yang dilihat pada anak-anaknya ialah demam tinggi, hingus pekat, batuk, hilang selera makan, badan lemau/lesu dan pening kepala. Syahira juga mendapati anaknya mengalami lebam-lebam pada badan pada keseluruhan badan.
Paling menakutkan ialah apabila doktor memberitahu, jika tidak dirawat dengan baik, influenza boleh mengakibatkan jangkitan kepada organ penting iaitu paru-paru dan otak yang sudah tentu menyebabkan fungsinya terjejas.
BADAN PANAS TAPI AKTIF
“Menjaga anak yang demam semasa kami ibubapa pun demam memang mencabar. Alhamdulillah dua-dua anak walaupun badan panas tapi tetap aktif. Cuma tak nak makan. Tu yang buat kami risau.
AMBIL NEB 3 JAM SEKALI, BUAT FISIO, SEDUT HINGUS & MAKAN UBAT ANTIVIRAL
“Selepas masuk hospital, kami serahkan 100% penjagaan dan rawatan kepada doktor sebab rawatan mereka lebih kepada untuk hilangkan hingus dan kahak. Caranya ambik neb every 3hrs, buat fisio iaitu teknik percussion, sedut hingus, makan ubat antiviral TamiFlu,” kata ibu ini.
AMBIL KEPUTUSAN AMBIL VAKSIN INFLUENZA UNTUK ANAK-ANAK
Sebagai langkah pencegahan, selepas Redza dan Maya sihat sepenuhnya, Syahira dan suami membawa anak untuk mendapatkan vaksin influenza. “Alhamdulillah mereka dah disuntik vaksin. Vaksin ni kena ambik setiap tahun. Sebab virus influenza ni gen dia setiap tahun berbeza. Virus ini sentiasa bermutasi,” kata Syahira.
Anda nak tahu lanjut mengenai influenza, jenis-jenis influenza dan simptomnya, ikuti kupasannya dalam Pa&Ma pada 1 Januari 2019 yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza.” Pa&Ma Musim Ketiga yang dihoskan oleh Shera Aiyob & Zahiril Adzim ini mengutarakan pengalaman ibu bapa, tips pencegahan daripada doktor dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika wanita berpantang, misi seterusnya sudah pastilah menurunkan berat badan pada berat asal sebelum mengandung. Bagi Elfira Loy yang kini sedang berpantang, dia terpaksa mengawal pemakanannya selepas turun hanya 10kg sahaja.
Melalui Instagram, Elfira berkongsi kisah kesusahannya dalam menurunkan berat badan selepas melahirkan anak keduanya, Nur Aria Mikayla Muhamad Faris.
“Konsep makan-makan sekarang after 20 days of confinement sebab berat dah tak turun turun. kahkahkah.
“Setiap kali pregnant berat El mesti naik sampai lebih 20kg, tak tahulah makan apa kan. Tried to control during second pregnancy tapi masih 20kg jugak naiknya,” kongsinya.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, disebabkan itulah dia berpantang dengan cara yang betul dan mengurangkan jumlah nasinya setiap hari.
Melalui entrinya di Instagram, Elfira turut berkongsi menu hidangan dengan jumlah nasi yang sedikit dan melebihkan sayur dan buah untuk terus menyusukan anaknya.
Tidak puas hati dengan beratnya yang ‘degil’ hendak turun, Elfira turut membuka sesi ruangan komen bersama pengikutnya untuk mengetahui pengalaman ibu-ibu lain dalam menurunkan berat badan.
“I managed to lose 10 kilos setelah 10 hari berpantang but my weight are not moving since then. Maka kena lah cuba kurangkan nasi & lebihkan sayur & buah seperti gambar rajah di atas.
“No joke losing weights is not easy for me. Thats whylah El pantang je betul betul.
“El ni pear shape kalau tak turun berat badan memang nampak besar. Nak tak nak kenalah jaga kann.
“Berapa berat korang naik & berapa lama ambik masa untuk turun,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Elfira selamat melahirkan cahaya mata keduanya, Nur Aria Mikayla Muhamad Faris pada 20 May lalu. Kini si comel Aria sudah pun berusia sebulan.