Lazimnya, anak kecil lebih suka lambakkan permainan-permainan mereka. Lagi nampak bersepah, lagi mereka gembira.

Kenapa ya? Mak ayah tak pandai ajar anak berkemas ke? Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.

Ini Sebabnya Kenapa Anak Lebih Suka Lambakkan Mainan. Lagi Bersepah Lagi Mereka Gembira

Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.

Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita ‘hilang’ sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.

Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang.

IKLAN

Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia adalah reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!

Ini Sebabnya Kenapa Anak Lebih Suka Lambakkan Mainan. Lagi Bersepah Lagi Mereka Gembira

Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan sehingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).

IKLAN

Buatlah macam mana pun, cakaplah macam mana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.

Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka ‘ada’ bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat masanya.

Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.

IKLAN

Ini Sebabnya Kenapa Anak Lebih Suka Lambakkan Mainan. Lagi Bersepah Lagi Mereka Gembira

Solusinya?

Terpulang.. Kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah, dia nak sepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.

Sumber: Nur Firdaus (Perunding Keibubapaan)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI