Kenapa anak kecil suka main suis letrik di dinding rumah? Adakah anak anda pun mempunyai ‘hobi’ yang sama? Sebenarnya ia adalah perkara biasa apabila melihat si kecil yang berusia 8 bulan ke atas gemar memetik suis letrik di dinding rumah. Siapa yang tidak risau bila anak kecil main suis letrik.
Kalau berlaku depan mata ia masih boleh dihalang tetapi kalau si kecil melakukannya di luar pengetahuan, memang risau!
Untuk pengetahuan ibu dan ayah, berikut antara sebab mengapa suis lektrik menjadi salah satu ‘mainan’ kegemaran si kecil.
1. Mereka dalam fasa meneroka persekitaran jadi mereka hendak mencuba semua perkara baru. Setiap hari adalah pelajaran baru bagi si kecil. Dia teruja hendak meneroka dunia baru di luar katil bayi atau playpennya. Jadi bila dia sudah dibiarkan bebas merangkak atau berjalan di sekitar rumah, anak anda tak sabar hendak cuba menekan suis tersebut.
2. Suis elektrik dianggap seperti alat mainan yang menghiburkan dan menyeronokkan bagi si kecil.
3. Mereka tidak tahu tentang rasa bahaya. Bagi si kecil semua objek yang ada di sekitarnya mesti dipegang atau disentuh tanpa mempedulikan sama ada ia berbahaya atau tidak.
Ads
4. Teringin meniru perbuatan orang dewasa. Selama ini mereka asyik memerhatikan perbuatan orang dewasa memetik suis, memasang soket elektrik, mengecas handphone dan sebagainya lagi. Jadi bila sudah ada peluang, memang si kecil tak akan melepaskannya.
5. Rasa ingin tahu yang tinggi. Dalam proses membesar, sifat ingin tahu menjadi sebahagian daripada pembelajaran si kecil. Tak hairanlah dia asyik buka dan tutup suis letrik atau suis lampu di dinding rumah serta cuba memasang plug barang letrik atau memasukkan jari kecilnya ke dalam soket.
Ads
Walaupun cubaan meneroka benda baru adalah bagus untuk perkembangan pembelajaran anak tetapi malangnya, semua suis elektrik, plug barangan elektrik dan soket tidak direka selamat untuk bayi dan kanak-kanak.
Jadi, sebagai ibu bapa yang mementingkan keselamatan anak, anda mestilah menjadikan ruang kediaman selamat untuk si manja teroka tanpa mencederakannya.
Beberapa cara boleh dilakukan untuk membantu anak ‘explore’ dunia sekitarnya tetapi mengekalkan keselamatan.
a. Kenal pasti bahaya eletrik di dalam rumah. Kebanyakan barangan elektrik, gajet dan wayar adalah bahaya kepada si kecil.
Ads
b. Jauhkan daripada capaian anak. Si kecil tak akan faham tentang larangan ‘jangan’ menyentuh suis elektrik. Jadi untuk mengelakkan dia daripada membuka atau menuutp suis, anda perlu kreatif menjauhkan atau menyukarkan anak daripada menyentuhnya. Mungkin susun atur perabot dalam rumah perlu diubah suai sehingga anak faham tentang erti bahaya!
c. Menutup soket letrik menggunakan penutup khas yang ada dijual di kedai hardware atau untuk penyelesaian murah dan jangka pendek, anda boleh menggunakan pita pelekat buat sementara. Ia mungkin tidak tahan lama tetapi asalkan ia mampu melindungi suis tersebut daripada capaian si kecil usia 2 tahun yang asyik menutup dan membuka suis, ia sudah cukup baik.
d. Terangkan erti bahaya jika bermain dengan suis atau plug elektrik. Mungkin anda akan merasa stres kerana amaran bahaya anda langsung tidak diendahkan oleh si kecil tetapi pengulangan kata-kata amaran dan sedikit denda mungkin akan berkesan walaupun mengambil masa yang lama.
e. Berikan anak rasa tanggungjawab. Memetik suis dianggap satu permainan bagi si kecil. Mereka berminat untuk tahu apa akan jadi bila suis ditekan. Apabila anda mengajar anak tentang bahaya bermain suis, berikan mereka sedikit tanggungjawab. Contohnya bila masuk ke dalam bilik, suruh anak buka suis lampu. Kemudian suruh mereka menutup suis apabila keluar. Dengan cara ini, mereka tahu bahawa perbuatan memetik suis letrik bukanlah satu permainan tetapi tugas yang penting!
Mempunyai anak kecil memang menjerumuskan kita ke dalam banyak risiko bahaya. Tetapi kita tidak boleh menghalang keinginan mereka untuk meneroka dunia sekitar kerana ia penting untuk pembelajaran mereka. Namun anda perlu memastikan keselamatan si kecil tetap terjaga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata kasih nenek atau datuk pada cucu segalanya. Kadang dengan anak sendiri tak dapat layanan ‘first class’. Kalau boleh demi cucu sanggup buat apa saja. Kadang bila kita tegur anak sendiri depan datuk atau neneknya, kita yang kena marah. Situasi seperti ini memang normal.
Seperti perkongsian Dr Amalina Che Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, baru-baru ini dia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Arabella Mia.
Umum mengetahui kelahiran bayi tersebut juga sangat ditunggu-tunggu oleh ibu Dr Amalina kerana ini adalah cucu pertamanya.
Sementara itu, mama Dr Amalina, Sabariah Hassan ada menyatakan akan tinggal di London selama sebulan untuk menjaga Amalina dan cucunya sepanjang berpantang.
Tak lupa juga mamanya turut membawa tungku dari Malaysia dan senarai menu untuk sepanjang dia menjaga Amalina dalam pantang.
Terbaru di instagram Dr Amalina, dia ada memuat naik gambar Arabella bersama mamanya yang dipanggil Tok Ma sedang memangku cucu sulung.
Jelas kelihatan riak wajah gembira Tok Ma bila dapat jumpa cucu depan mata selepas 26 jam menempuh perjalanan dari Malaysia ke London.
Apa yang membuatkan Tok Ma lagi gembira apabila baju kurung yang dijahitnya sebelum berlepas ke London sedang elok dipakaikan pada Arabella sekali dengan hiasan kepala.
Begitu cantik sekali Arabella menggayakan persalinan baju kurung tersebut, dengan wajah mix nya cute sangat.
“Bella memakai sepasang baju kurung yang dibuat khas oleh Tok Ma,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet gembira dan memuji kecomelan Arabella yang macam anak patung dalam persalinan baju kurung.
“Cute sangat Bella..”
“Dua-dua cantik..”
Sebelum ini, Dr Amalina Bakri telah berkongsi ilmu penjagaan lepas bersalin setelah ramai yang bimbang akan dirinya sudah keluar bersiar-siar selepas empat hari melahirkan anak.
Dr Amalina menjelaskan caranya berpantang adalah seperti yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sebagai seorang doktor.
Melihat perkembangan bayi anda yang sedang membesar merupakan momen indah buat mama dan papa, lebih lagi buat ibu bapa yang pertama kali mendapat cahaya mata. Ada yang menjadikan ia jurnal lengkap dengan gambar untuk rujukan dan tatapan pada masa hadapan.
12 bulan pertama adalah waktu paling kemuncak apabila bayi anda yang kecil mula menunjukkan perkembangan untuk membesar dengan sihat dan cerdas. 10 tahap perkembangan penting bayi yang perlu anda ketahui:
3 HINGGA 4 BULAN
Meniarap
Meniarap berlaku ketika bayi bertumpu pada perutnya dan bertahan pada posisi tersebut beberapa saat.
Bayi mula meniarap dengan kemampuan memiringkan badannya ke kanan dan ke kiri, lalu ia belajar berguling di usia sebulan setengah hingga dua bulan.
Bayi akan belajar meniarap pertama kali pada satu sisi, kemudian pada sisi lain, kemudian berbalik lagi.
Ketika mencapai usia tiga hingga empat bulan, ketika otot lehernya semakin kuat ia dapat berbaring terlentang dengan memandang lurus ke depan.
Lengan dan kakinya juga lebih bebas bergerak seiring dengan kemampuannya menggerak-gerakkan kepala.
Ia juga mulai berlatih berguling dan mengangkat kepalanya dalam posisi meniarap. Pada usia lima bulan barulah ia boleh meniarap sendiri.
4 BULAN
Mengangkat kepala (usia empat bulan)
Usia dua bulan bayi mampu mengawal gerakan leher dan kepalanya. Sehingga mengangkat kepala sehingga 45 darjah dengan cara menongkat pada kedua tangannya ketika usiannya tiga bulan.
Pada umurnya empat bulan, bayi boleh mengangkat kepalanya lebih tinggi sehingga 90 darjah dalam posisi meniarap.
Kemampuan mengangkat kepalanya ini membantu melatih ketajaman penglihatannya. Bayi juga mula mengangkat kepalanya untuk mencari ibunya bila mendengar suara anda.
4 HINGGA 5 BULAN
Respon dan bersuara
Pernahkan anda mendengar si kecil mengeluarkan suara dengan nada tinggi penuh keriangan ketika berjaya mencapai barang yang diinginkan atau ketika ia merasa gembira dengan kehadiran anda?
Pada awalnya, suara-suara yang dikeluarkan oleh bayi merupakan respons terhadap emosi saat itu.
Namun pada usia empat bulan ke atas, bayi mengeluarkan suara dengan tujuan lebih jelas.
Ia akan berteriak dengan gembira bila berjaya mencapai keinginannya. Suara yang dikeluarkannya adalah respon untuk mengungkapkan perasaannya atau berkomunikasi dengan orang yang berada di sekelilingnya.
Masa berceloteh ini memang sangat dinikmati si kecil. Perhatikan saja saat ia melakukan aktiviti sehari-hari, anda akan mendengar celoteh si kecil anda. Ia akan mengeluarkan suara seperti “aaaahh”, “uuuhhh”, “aaiii.”
7 HINGGA 8 BULAN
Memegang menggunakan dua tangan
Di usia empat hingga lima bulan, keduanya tangan anak semakin kuat. Bila Anda memberinya mainan berwarna terang, ia akan menggerakkan lengan dan tangannya menggapai ke arah mainan tersebut.
Gerakan menggapai ini melatihnya untuk meraih lalu menggenggam dan memindahkan mainan dari satu tangan ke tangan lain.
Pada usia tujuh hingga lapan bulan pula, kekuatan jari-jemari si kecil meningkat. Ia akan menggunakan tangan yang berbeza untuk tujuan berbeza. Satu tangan digunakan untuk bereksplorasi, sementara tangan lain untuk memegang.
Perhatikan, bila satu tangannya memegang mainan kemudian tangan satunya diberikan mainan lain, ia tetap akan memegang mainan pertamanya namun tangan yang satu mengambil mainan yang anda tawarkan itu.
Jika ada anda memberikan sebuah mainan lagi, salah satu mainan yang sedang dipegangnya itu akan dibuangnya kemudian ia akan mengenggam mainan ketiga yang anda tawarkan itu.
Duduk
Kemuncak perkembangan yang mengagumkan daripada seorang bayi adalah ketika ia boleh duduk sendiri.
Ketika otot-otot punggung dan lehernya sudah cukup kuat untuk menampung badanya, ia belajar duduk.
Setelah belajar mengangkat kepalanya ketika meniarap, tahap seterusnya si kecil belajar bagaimana menyangga tubuhnya menggunakan kedua lengannya dan mengangkat tubuhnya seakan mini push-up.
Sekitar usia 6 bulan, bayi Anda mula mencuba duduk sendiri dengan bantuan satu atau kedua tangannya untuk duduk. Ketika di usia 7 – 8 bulan ia menguasai kepandaian baru iaitu dapat duduk sendiri dari meniarap kemudian bangun sendiri dengan bantuan tangannya. Dengan kemampuan duduk ini, ia dapat meraih objek yang diinginkannya.
Merangkak
Merangkak adalah cara pertama bayi untuk dapat mengeksplorasi ruang sekeliling bagi mempelajari hal-hal baru yang menarik perhatiannya.
Cara anak merangkak adalah ketika ia akan belajar keseimbangan melalui tangan dan lututnya kemudian belajar bergerak dengan mendorong badan dan lutut.
Kepandaian merangkak ini adalah juga salah satu cara menguatkan otot-otot yang akan membantunya belajar berjalan.
Rata-rata anak belajar merangkak saat ia mula dapat duduk tanpa bantuan pada usia tujuh hingga lapan bulan. Dia dapat mengangkat kepalanya untuk melihat sekelilingnya dan otot-otot lengan, kaki dan punggungnya cukup kuat untuk mencegahnya jatuh ke permukaan ketika cuba bangkit dengan bantuan tangan dan lututnya.
Di usia sembilan hingga 10 bulan, bayi Anda mencapai kepandaian baru dengan merangkak ke belakang untuk duduk. Si kecil juga menguasai teknik yang lebih maju iaitu “cross-crawling,” gerakan merangkak menggunakan satu tangan dan satu kaki yang berlawanan (contohnya tangan kanan dan kaki kiri) secara serentak.
6 HINGGA 9 BULAN
Makan sendiri
Makan sendiri biasanya bermula sejak usia anak enam bulan iaitu ketika si kecil sudah boleh menggunakan tangan dan jari-jarinya dengan baik dan koordinasi mata serta tangannya yang juga semakin baik. Si kecil dapat meraih benda yang jaraknya sekitar 25 cm dengan kedua tangannya kemudian memindahkan benda dari tangan ke tangan lain.
Bayi juga suka memasukkan barang ke dalam ke mulut, dan dapat memegang dengan ibu jari dan telunjuk untuk mengambil makanan. Tambahan pula gigi yang mulai tumbuh di usia 6 bulan membuat si kecil mula belajar menggigit benda yang masuk ke dalam mulutnya.
Pada usia ini juga anak sudah mula diperkenalkan dengan makanan pejal. Di usia 8-9 bulan, kedua tangannya semakin kuat mengenggam suatu benda. Ia boleh memegang sudu walaupun masih kekok ketika memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Biarkan ia bereksperimen menggunakan sudu dan memasukkan benda itu ke mulutnya.
9-12 BULAN
Mengenal anggota keluarga, takut pada orang yang belum dikenal
Saat si kecil sudah mengenali anggota keluarga adalah sekitar usia enam bulan. Pada usia ini bayi sudah mulai dapat membezakan wajah orang yang sentiasa berada dalam kehidupannya. Pada masa ini keterikatannya dengan orang yang dikenalnya lebih bererti. Ia dapat melihat, mendengar dan mengingat orang yang dikenalnya.
Di usia ini pula ia mampu mengamati wajah. Dari situlah ia mulai berkenalan dan akrab dengan orang-orang terdekatnya. Sehubungan itu, pada usia sembilan bulan dan ke atas ia mula mengenali wajah orang-orang yang asing baginya. Ketika ia menyedari sedang seorang diri dengan orang yang tidak dikenalnya, timbul rasa takut.
Bayi usia lapan bulan sudah boleh merasa takut terhadap orang asing. Si kecil yang ceria boleh tiba-tiba lebih mudah menangis bila ditinggalkan sendirian bersama orang lain yang tak dikenalinya.
12-13 BULAN
Berjalan
Di usia 8-9 bulan bayi sudah boleh mengangkat tubuhnya ke psisi berdiri. Biasanya si kecil akan memegang kedua tangannya pada meja, kerusi atau perabot rumah atau apa sahaja yang boleh menahan berat badannya.
Ia kemudian akan belajar merambat, menggeserkan kedua tangannya ke samping diikuti oleh langkah kedua kakinya. Di usia ini kepandaian anak dalam belajar berjalan semakin baik.
Jika anda memegang kedua tangannya, dia akan menapak dan mula melangkah. Lama kelamaan, otot-otot kakinya semakin terlatih dan kuat. Si kecil juga kian semangat mencuba kemampuannya berjalan.
Di usia 11 bulan, ia sudah mampu berdiri sendiri dalam waktu sekitar dua saat tanpa bantuan apa pun karena ia memang sudah pandai menjaga keseimbangan baan. Anak akan mula mencuba untuk melangkah sendiri dua tiga langkah.
Pada usia 12 bulan, si kecil anda biasanya sudah boleh berjalan walaupun ada ketikanya masih terhuyung hayang.
18 – 24 BULAN
Bercakap
Kebanyakkan bayi lancar bercakap di usia dua tahun. Sebelum kata-kata pertama keluar dari mulutnya, dia belajar peraturan berbahasa dan melihat bagaimana orang dewasa berkomunikasi.
Ia mengawalnya dengan menggunakan lidah, mulut, langit-langit dan gigi untuk membuat suara. Lambat laun kata-kata tak berbentuk ini menjadi kata yang bererti: “mama”, “papa”, “bubu”, “susu” dan sebagainya. Sejak itu, setiap waktu anak mengutip kata-kata yang didengarnya baik daripada ibu atau orang-orang di sekelilinya.
Kira-kira usia 18-20 bulan, si kecil mempelajari 10 suku kata dalam sehari. Dari situlah ia mula belajar membentuk perkataan .
Di usia dua tahun, anak dapat membentuk dua hingga suku kata menjadi satu ayat lengkap. Ia dapat menggambarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa, difikirkan dan diinginkannya dalam satu ayat.
Boleh dapatkan nasihat doktor sekiranya si manja anda tidak mampu menguasai kemahiran ini dengan baik a pada usia yang dinyatakan di atas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan ‘solid food’ buat warga maya ‘geram.’ Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka.
Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan ‘Solid Food’ Buat Warga Maya ‘Geram’
Bagi ibu bapa, ia mungkin pengalaman yang mendebarkan, tetapi juga menimbulkan pelbagai soalan.
Menerusi satu entri terbaru Puteri Aisyah, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq yang sedang menikmati ‘solid food’ yang pertama.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak. Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan ‘jejak’ di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
KPM umum tarikh sebenar SPM 2024, ujian bertutur Bahasa Melayu bermula 2 Disember. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan bermula pada 2 Disember hingga 6 Februari depan.