Melahirkan anak adalah proses yang memerlukan tenaga. Jadi adalah penting untuk bakal ibu makan dan minum sebelum bersalin. Apa pilihan makanan yang sesuai ya?
Makan & minum sebelum melahirkan anak
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran penting untuk membekalkan anda dengan tenaga yang diperlukan dan menjadikan diri lebih selesa dalam menghadapi kontraksi.
Proses kelahiran bukanlah perkara yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun tindakan anda memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan diri berdepan tekanan, mengalami rasa mual, muntah dan sakit kepala.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan terhidrat bantu mengelakkan anda daripada mengalami keletihan. Ini kerana keletihan tersebut boleh mengakibatkan proses bersalin menjadi lama dan kontraksi yang kurang efektif.Ini Senarai Makanan Yang Disarankan Untuk Ibu Sebelum Masuk Bilik Bersalin
Pilihan makanan sebelum bersalin (Fasa pertama)
Fasa pertama ini adalah tempoh paling baik untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan nanti.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, anda disarankan untuk mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang dapat memberikan tubuh tenaga serta nutrien diperlukan semasa melahirkan anak.
Anda juga dinasihatkan untuk makan dan minum dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan gula dalam darah dan tenaga, seperti:
Spageti bolognese
Roti gandum dengan sapuan mentega kacang
Buah-buah kering dan kacang
Bar granola
Buah anggur atau beri sejuk beku
Makanan untuk dimakan (Fasa kedua)
Ads
Apabila memasuki fasa kedua dalam peringkat melahirkan anak, selera anda pastinya akan semakin berkurangan, lebih-lebih lagi jika kontraksi lebih kuat dari masa ke masa.
Sekiranya boleh, kunyahlah sedikit makanan ringan atau yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan.
Sediakan beberapa pilihan makanan seperti buah-buahan atau bar granola dengan campuran buahan kering.
Elakkan makanan ini sebelum bersalin
Secara mudahnya walaupun makanan yang dipilih haruslah berkhasiat dan seimbang, ia mestilah mengikut selera anda.
Pun begitu, ada juga makanan yang harus dielakkan pengambilannya, seperti:
Buah atau jus oren. Keasidan buah ini boleh menyebabkan anda sakit perut atau mengalami sensasi terbakar jika muntah selepas memakannya
Gabungan protein dan lemak. Ini melambatkan kadar otot menggunakan tenaga yang dibekalkan daripada gula. Elakkan makanan seperti stik, kentang goreng atau burger
Makanan tinggi gula dan lemak. Pengambilan makanan jenis ini boleh memberikan anda tenaga pantas tetapi menyebabkan keletihan dan mual apabila tenaga meningkat.
Hindari makanan seperti donut, pastri atau kek
Minuman sesuai diambil sebelum bersalin
Seperti melakukan aktiviti fizikal yang kuat, anda juga perlu kekal terhidrat semasa melahirkan anak.
Ads
Anda mungkin tidak mempunyai selera makan, tetapi pastikan terus minum air antara tempoh kontraksi.
Fasa pertama: Air putih membantu anda kekal hidrat, air rebusan (bone broth) kaya nutrien dan membantu mengatasi loya. Manakala air kelapa mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit – pilihan terbaik untuk mengekalkan hidrasi
Fasa aktif: Air minuman campuran limau nipis membekalkan elektrolit yang diperlukan bagi pengecutan otot rahim
Amalan minum air selusuh sebelum bersalin
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, pastinya pernah mendengar saranan mengenai pengambilan air selusuh. Namun, adakah ia amalan yang sesuai untuk diamalkan?
Bagi anda yang pertama kali mendengar mengenai air selusuh, ia merupakan air yang dipercayai dapat memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin selepas ibu mula mengalami tanda-tanda nak bersalin atau kontraksi.
Air ini bukan sahaja diminum tetapi juga disapu pada perut.
Secara amnya, air selusuh ini adalah minuman yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya diberikan kepada ibu hamil dengan bertujuan untuk memudahkan proses bersalin.
Ads
Selain itu, ada juga amalan penyediaan air selusuh dengan merendam akar Fatimah (rose of jericho) – biasanya diperolehi dari Mekah, air zam-zam, minyak kelapa dara serta minyak zaitun.
Tidak digalakkan
Buat masa ini masih tiada kajian atau penyelidikan yang dapat membuktikan bahawa air selusuh ini membantu mempermudahkan proses melahirkan anak.
Proses penyediaan air seluruh yang menggunakan bahan seperti akar Fatima atau akar kayu serta herba lain menyebabkan terhasilnya campuran bahan kimia aktif.
Campuran tersebut menyebabkan hormon oksitosin – hormon yang berkaitan dengan kontraksi rahim – muncul, dan membuatkan proses bersalin itu lebih cepat.
Walau bagaimanapun, pengambilan air ini tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko kepada ibu hamil seperti:
Penggunaan air ini sebenarnya seperti memaksa pintu rahim untuk terbuka sedangkan ia belum tiba waktunya untuk melahirkan anak
Meminum air selusuh boleh sebabkan kesakitan kontraksi yang teramat sangat, sedangkan pintu rahim masih belum terbuka
Tingkatkan risiko komplikasi, bukan sahaja kepada ibu yang mengandung tetapi juga kepada bayi dalam kandungan
Jika anda tidak pasti mengenai makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian.
Kredit: Hello Doktor
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah 2 bulan bersalin, Linda Onn dah langsing kembali. Apa yang menarik, dia menyusukan babynya, Ungku Zara.
Linda Onn yang bersalin pada 24 Februari 2018 menamakan bayinya Ungku Zara atau singkatannya UZ. Linda yang berkahwin dengan Ungku Azhar pada Disember 2013 kini tampil langsing setelah setelah kira-kira 2 bulan berpantang.
KEHAMILAN LINDA SURPRISE UNTUK PARA PEMINAT
Berita kehamilan deejay bersuara lunak ini telah diumumkan di laman Instagramnya. Dengan gambar baby bump dan kapsyen;
Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah. #pregnant#LOjunior
Rata-rata peminat gembira dan mengucapkan tahniah dan tidak sabar menunggu kelahiran.
Linda juga menyusukan Ungku Zara. Sudah tentu kebaikan susu ibu menjadikan si kecil membesar dengan sihat dan kuat. Mungkin penyusuan susu ibu juga menjadikan Linda langsing dengan cepat!
Susu ibu boleh disimpan dalam pelbagai cara. Di antaranya botol plastik bebas Bisphenol A (BPA), botol kaca atau plastik menyimpanan susu ibu bebas BPA.
Terdapat pelbagai ciri penting yang harus ditekankan di dalam pemilihan botol plastik untuk tujuan penyimpanan susu ibu.
Faktor yang paling penting jika susu ibu disimpan di dalam botol plastik adalah ia mestilah diperbuat daripada bahan bebas BPA.
BPA adalah bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan produk plastik polikarbonat. Ia digunakan sebagai bahan untuk mengeraskan plastik dan mencegah bakteria dari membiak ke dalam makanan.
Banyak kajian yang dibuat menunjukkan kemudaratan ke atas penggunaan bahan BPA. Ia boleh larut ke dalam susu apabila didedahkan kepada kepanasan yang boleh membahayakan kesihatan bayi seperti apabila botol dipanaskan, disteril atau apabila ada kesan calar di dalam botol.
Di Malaysia, kebanyakan botol susu dan botol penyimpanan susu adalah daripada bahan bebas BPA. Kebiasaannya jangka hayat botol bebas BPA adalah sekitar enam bulan atau lebih bergantung kepada keadaan botol. Jika botol ada kesan calar atau berubah warna, ia perlu ditukar segera. Bila botol penyimpanan susu harus ditukar?
Kesan calar
Kesan calar pada botol boleh menyebabkan pembiakan bakteria berlaku pada kawasan yang bercalar, sekali gus boleh mencemarkan susu yang disimpan. Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku jika terdapat kesan tercalar di kawasan dalam botol susu.
Warna botol
Warna botol bertukar menandakan telah sampai masa untuk menukar kepada botol yang baru. Kebiasaannya botol bertukar warna disebabkan oleh kekerapan steril secara stim atau menggunakan air yang menggelegak. Pemanasan yang dilakukan untuk memanaskan susu juga boleh menyebabkan botol bertukar warna dan dikhuatiri boleh membebaskan bahan kimia daripada plastik.
Bau botol
Jika ada bau yang kurang selesa pada botol, elok ditukar kepada botol yang baru kerana dikhuatiri ada bakteria atau kulat membiak yang menyebabkan bau.
Sementara itu, botol yang tidak digunakan lagi boleh disimpan untuk anak seterusnya hanya jika botol masih elok, tiada kesan calar, tiada perubahan warna, tidak disteril dengan kerap dan tiada bau kurang enak dari botol. Jika ada salah satu daripada ciri yang dinyatakan tadi, botol tidak boleh digunakan semula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai wanita selepas bersalin mengalami masalah rambut gugur. Rambut sememangnya mahkota wanita jadi bila berlaku keguguran rambut yang teruk, ramai wanita berasa stres.
Adakah masalah rambut gugur itu normal? Persoalan tersebut sering menghantui ramai wanita yang mempunyai masalah ini. Lebih menghairankan apabila masalah keguguran rambut menjadi lebih teruk selepas beberapa bulan melahirkan anak.
Tip Atasi Rambut Gugur Selepas Bersalin
Masalah ini jika tidak diatasi dengan baik bakal menjurus kepada kewujudan bahagian atau tompok botak di kepala pula. Punca utama rambut gugur selepas bersalin adalah hormon yang tidak stabil. Selepas melahirkan anak, jumlah estrogen dalam tubuh berkurangan secara mendadak.
Perlu anda tahu bahawa rambut yang gugur dalam tempoh selepas bersalin ini sebenarnya merupakan rambut yang sepatutnya sudah lama gugur.
Selain daripada itu, masalah tekanan dan kekurangan vitamin adalah antara penyumbang lain faktor keguguran rambut selepas melahirkan anak.
Hal yang sama telah dilalui oleh pengacara dan pelakon Jihan Muse. Demi menjaga kecantikan rambutnya untuk jangka masa yang panjang, dia telah mengambil langkah bijak dengan memotong pendek rambutnya.
Sememangnya adalah mustahil untuk anda menghentikan keguguran rambut selepas bersalin. Namun begitu, berikut adalah antara beberapa perkara lain yang boleh anda lakukan bagi mengawal masalah keguguran rambut daripada menjadi lebih buruk.
Mama Elak Buat Perkara Ini
Langkah terbaik yang boleh anda lakukan ialah meningkatkan usaha penjagaan rambut yang lebih insentif dengan mengambil vitamin tambahan untuk menguatkan dalam tubuh. Hal ini secara tidak langsung boleh menguatkan akar rambut.
Berikut perkara yang perlu dielakkan bagi mengelakkan keguguran rambut:
*Elakkan menyikat rambut ketika ia masih basah. Ketika basah, rambut sangat rapuh. Lebih memburukkan keadaan apabila anda menyikatnya secara kasar. Ia lebih mudah terputus dan gugur.
*Dalam pada itu, jangan gunakan alat pengering rambut dan alat pengeriting rambut buat sementara waktu kerana ia boleh menambahkan masalah kerosakan rambut.
*Hindari diri daripada mewarnakan atau mengeritingkan rambut yang tentunya banyak menggunakan bahan kimia.
Boleh praktikkan amalan berikut bagi mengatasi masalah rambut gugur:
*Gunakan mask rawatan rambut khas untuk masalah rambut gugur. Produk rambut yang kaya dengan kandungan vitamin A dan minyak vitamin E juga boleh membantu rambut menjadi lebih sihat.
*Amalkan pemakanan sihat yang mengandungi banyak protein, kalsium, zink, buah-buahan, dan sayur-sayuran kerana makanan adalah sumber utama vitamin dan nutrien.
Bagi yang mengalami masalah rambut gugur berlanjutan atau sangat serius, anda perlu berjumpa dengan pakar dengan segera untuk mengetahui puncanya agar dapat menangani masalah ini dengan baik.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.