Bila anak batuk dan selesema tentu sekali membuatkan mama papa rasa risau, lebih-lebih lagi jika anak yang masih kecil terpaksa menahan sakit.
Namun tak semua jenis ubatan sesuai untuk anak-anak yang masih kecil terutama sekali anak yang masih dibawah umur dua tahun.
Waspada, ubat dan produk TIDAK SESUAI untuk diberikan kepada kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah.
Pemberian ubat selsema batuk boleh menyebabkan risiko:
✔️ Sawan
✔️ Jantung berdegup kencang
✔️ Kematian
⚠️ Kegagalan sistem pernafasan
Pemberian produk yang mengandungi camphor boleh menyebabkan risiko ⚠️ sawan.
Kredit: Public Health Malaysia