Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh teladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Ibaratnya anak peniru nombor satu ibu ayah. Sebab tu kalau kita menjerit, anak pun menjerit. Tak percaya cuba perhatikan. Jadi dalam hal ini, letakkan KESABARAN paling tinggi.
Menerusi perkongsian Penulis Ilmu Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, dalam diam sebenarnya ada beberapa sikap kita anak akan ikut dan sangat bahaya jika anak menirunya.
15 adab kita yang anak akan cepat tiru:
1 – Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 – Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.
3 – Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
Ads
4 – Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
5 – Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
6 – Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 – Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 – Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 – Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 – Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
11 – Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
Ads
12 – Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 – Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 – Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 – Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.
Bukan salah anak jika dia tak beradab. Wallahu A’lam,
Hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon Fattah Amin dan isterinya, Fazura masih lagi berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Walaupun belum lagi menerima perkhabaran yang gembira, pasangan ini sentiasa positif.
Melalui entri instagram Fazura, dia ada berkongsikan nota ringkas yang dikirimkan kepada adik angkatnya yang pergi ke Tanah Suci untuk mendoakan yang baik-baik padanya.
Dalam nota tersebut, Fazura ada menulis untuk menitipkan doanya semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buatnya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan serta dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia.
Fazura menyatakan dia cukup bersyukur dipertemukan dengan adik angkat yang diperkenalkan oleh mama sewaktu berada di Madinah baru-baru ini.
“Setiap kali Wani menunaikan umrah, sering kali dia meminta titipan doa dari saya dan ua benar-benar buat hati saya jadi sayu dan bersyukur,” kongsinya.
Bukan setakat usaha Fazura sahaja, Fattah juga turut berkongsikan video dari Prof Muhaya ketika dia menerima beberapa nasihat daripada pakar motivasi tersebut tentang kehidupan dan mencapai matlamat, terutama dalam soal memperoleh zuriat.
Menerusi video tersebut, rata-rata peminat Fattah memberikannya semangat supaya jangan mudah berputus asa dan sentiasa berusaha kerana apa yang diberikan atas kehendak-Nya.
Sumber: Ig Fazura/ Fattah Amin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai mengambil pilihan untuk menghantar anak ke pengasuh kerana terpaksa keluar bekerja. Namun kes dera bayi dan kanak-kanak di pusat asuhan juga menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Hanya sesetengah pengasuh yang tidak sabar sahaja yang sanggup memperlakukan kanak-kanak dan bayi seperti ini. Jadi sebagai ibu bapa kita perlu kenalpasti tanda-tanda anak didera. Lebih awal lebih baik untuk mengelakkan perkara tak diingini berlaku.
Saya betul-betul tergamam bila kawan terdekat saya kongsikan cerita ni.
Bulan lepas, dia baru dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.
Awalnya, dia fikirkan mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan.
Tapi lepas salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera, kawan saya ni terus jadi trauma. Hancur hati dia.
Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera.
Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.
Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar.
Kawan saya ni orangnya berpelajaran tinggi dan memang jaga anak sebaik-baiknya.
Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Allahu, saya cuma mampu mendengar je.
Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera di tempat asuhan.
✔️ Mimpi buruk yang berulang-ulang. – selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak. – perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.
✔️ Regress – maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot. – Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun. – Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.
✔️ Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan. – Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak. – Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.
✔️ Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar). – ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.
✔️ Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri. – mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.
Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni.
Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.
Apa salahnya suami memahami isteri. Kepenatan isteri menguruskan rumah tangga perlu diambil kira. Seorang isteri rasa cukup dihargai bila pasangan memberi peluang untuk berehat. Tak jatuh pun maruah suami jika bantu isteri buat kerja rumah atau jaga anak.
Perkongsian dari seorang suami, Abu Hurairah Asifa ini membuktikan suami kena faham isteri dalam semua aspek. Bukan setakat kita nak jadikan isteri sebagai pengurus rumah tangga tapi lebih dari itu lagi.
Berikut antara perkongsiannya:
Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.
Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.
Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.
Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.
Itu rambut isteri kita.
Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?
Tekanan.
Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.
Hormon yang tidak stabil.
Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.
Pengambilan ubat-ubat yang tertentu.
Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.
Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.
Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.
Produk rambut
Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.
Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.
Kita nak semuanya baik kan?
InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.