“Ini Takdir Allah, Maryam Ajar Kami Kuat!” Anak Ke-7 Faizal Tahir Istimewa

Share

Baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir telah selamat menimang cahaya mata ketujuh pada penghujung tahun 2021. Khabar gembira ini dikongsikan di media sosial dengan mengucapkan rasa syukur diatas kelahiran bayi tersebut.

“Anak ke-7 saya ni adalah anak istimewa”

Terbaru setelah hampir beberapa bulan kelahiran anak ketujuhnya, Faizal Tahir baru sempat bercerita berkenaan anak perempuannya yang lahir pada Disember 2021.

Menurut Faizal, dia dan isteri telah dikurniakan seorang anak istimewa yang diberi nama Maryam Tahirah binti Ahmad Faizal selepas mempunyai tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Doktor sahkan Maryam sindrom down

Tambahnya lagi, kelahiran Maryam ini sangat istimewa kerana telah disahkan sebagai ‘anak syurga’ yang mempunyai sindrom down.

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak berasa terbeban dan telah bersedia mental, fizikal sejak doktor mengesan beberapa komplikasi terhadap kandungan isterinya.

“Salah satu benda yang baru untuk tahun 2022 ini adalah kelahiran anak ke-7 yang diberi nama Maryam Tahirah.

“Maryam ini adalah anak kami yang Allah beri keistimewaan, yang sangat-sangat special kepada kami sekeluarga kerana sejak dalam kandungan doktor dah dapat detect beberapa masalah komplikasi kemudiannya diconfirmkan sebagai Tetralogy of fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dengan oksigen tu tak bagus apa semua. Masa tu dah dapat tahu lah memang nak kena operate jantung Maryam,” kongsinya.

Ahli keluarga, rakan-rakan tak henti beri kata semangat

Faizal yang merupakan aktivis kemanusiaan juga mengakui yang dia tidak pun menyorok hal tersebut dan sering berkongsi keadaan anaknya kepada sahabat handai, rakan sekerja serta ahli keluarga.

Apa yang membuatkannya lebih selesa menerima ‘anak syurga’ itu adalah kata-kata positif daripada semua pihak yang tak henti-henti memberikan semangat buatnya sekeluarga.

“Seluruh ahli keluarga kami pun dah diberitahu mengenai hal ini dan tak sangka jawapan yang diterima sangat positif sehingga buatkan kami rasa kuat menghadapinya,” kongsinya.

Perkongsian Faizal menerusi Instagram dan sangat positif menerima takdir Allah dengan berlapang dada ini sangat memberikan inspirasi kepada orang ramai.

Rata-rata warganet mendoakan agar Faizal dan keluarga terus semangat dalam menempuhi kehidupan baru bersama Maryam yang pastinya memberikan mereka seribu satu keistimewaan di dunia dan di akhirat.

Kredit: Instagram Faizal Tahir

ARTIKEL MENARIK [“Andai Aku Pergi Dulu, Tolong Jaga Nina & Musa.” Sebak Ucapan Noh Salleh]

BACA JUGA [“Muka Bayi Hampir Setiap Bulan Berubah.” Jangan ‘Judge’ Warna, Janji Anak Sihat!]

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy