“Anak saya dah 3 hari demam, nank tumbuh gigi ni” Opss mama, jangan terlalu awal untuk mengatakan bahawa anak demam adalah disebabkan nak tumbuh gigi. Perhatikan dahulu beberapa tanda-tanda lain. Mungkin boleh jadi bukan disebabkan nak tumbuh gigi.

Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

Tapi bagaimana pula cara nak kenalpasti kalau anak demam disebabkan nak tumbuh gigi? Ikuti perkongsian daripada Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic.

DEMAM TUMBUH GIGI ATAU SEBAB LAIN?

Seminggu dua ini ramai pula parents yang datang bawa bayi ke klinik kerana demam dan biasanya parents akan kata anak saya ‘Demam sebab tumbuh gigi’. Setelah membuat pemeriksaan, salah seorang pesakit saya mempunyai tonsil yang bengkak bertompok putih yang memerlukan antibiotik!

📌 Adakah benar tumbuh gigi ni boleh menyebabkan demam? 🤔

Apabila gigi bayi tumbuh, ia boleh menyebabkan keradangan di bahagian gusi di tempat gigi baru itu keluar yang boleh mengakibatkan suhu badan meningkat SEDIKIT. Akan tetapi, suhunya kebiasaanya TIDAK akan mencecah lebih daripada 38 degrees celcius.

Ads

Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

Selain daripada itu, apabila bayi tumbuh gigi, dia TIDAK sepatutnya ada tanda-tanda lain seperti:

❌ Batuk atau selsema
❌ Kerap bersin
❌ Muntah atau cirit-birit
❌ Ruam

📌 Kalau bukan sebab tumbuh gigi, mengapa anak saya kerap demam? 🤔

Selepas umur enam bulan, kebiasaanya bayi akan lebih kerap demam kerana antibodi ibu di dalam badannya semakin berkurangan, iaitu antibodi yang membantu bayi yang kecil untuk melawan jangkitan penyakit (Imuniti Pasif). Dalam masa yang sama, dia juga terdedah kepada pelbagai jenis kuman setiap hari lebih-lagi apabila umur ini mereka gemar memasukkan barang dalam mulut.

Ads

Gigi bayi juga tumbuh pada masa yang sama iaitu kebiasaanya selepas umur 6 bulan. Disebabkan oleh tempoh masa ini yang lebih kurang sama, parents biasanya akan mengatakan bayi demam disebabkan tumbuh gigi.

Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

📌 Macam mana nak tahu kalau betul-betul demam sebab tumbuh gigi? 🤔

Ada bayi yang tiada tanda langsung apabila tumbuh gigi. Ada bayi yang mempunyai tanda-tanda tumbuh gigi seperti air liur banyak keluar meleleh sehingga boleh menyebabkan ruam pada sekitar mulut, gemar menggigit objek yang pejal (‘gatal gusi’), meragam, gusi sekeliling gigi baru bengkak dan menggosok di bahagian mulut, pipi atau telinga. Berdasarkan kajian, simptom ini lebih teruk di antara umur 6 ke 16 bulan dan akan berkurangan apabila umur kanak-kanak semakin meningkat.

Ads

Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

Pesanan saya adalah sekiranya anak demam sehingga 38 darjah celcius dan mempunyai simptom lain seperti batuk/selsema/cirit/muntah atau mempunya ciri-ciri lain seperti kurang minum susu, kurang aktif, meragam sehingga tidak boleh ditenangkan, segeralah bawa berjumpa dengan doktor.

Janganlah cepat untuk mengatakan demam itu disebabkan tumbuh gigi.

Kredit: Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic

Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi, Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI