Bergelar ibu susuan kepada anak angkat bukan lagi perkara pelik pada hari ini. Panduan menjadi ibu susuan yang dikongsi oleh Fynn Jamal boleh dicontohi oleh ibu lain yang bercadang untuk menyusukan anak angkat dengan susu ibu.

Ini tip ibu susuan, Fynn Jamal sudah amalkannya. Fynn Jamal jadi ibu susuan untuk anak angkat perempuannya, Sakti Kencana. Sebelum ini dia juga telah menyusukan anak angkat pertamanya, Arjuna.

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain
Arjuna bersama adik barunya, Sakti Kencana.

Menghasikan susu ibu tanpa hamil dan melahirkan boleh direalisasikan menerusi ubat-ubatan bagi menyokong hormon. Semangat, niat murni dan kesungguhan Fynn ini sangat membanggakan. Dia juga berkongsi tip menjadi ibu susuan.

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain

PERSEDIAAN

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain

Berikut ialah tip yang dikongsikan Fynn baru-baru ini.

Sedikit tips untuk ibu angkat yang mahu menyusukan anak angkatnya untuk naiktaraf jadi hubungan susuan:

Start from day one.

Sebab hari pertama, baby sekadar perlukan susu sebanyak besar kacang tanah je.

So kalau kita dah start pumping sebulan sebelum due date baby, insyaAllah setakat besar kacang tanah tu, boleh dapat dah.

Tips lebih detail ada di #FJSusuan. Mana-mana memanfaat, dipersilakan untuk gunakan.

Sakti dan mummy alhamdulillah settle kenyang pertama subuh tadi. She’s a sport. Tak susah langsung nak latching. First few hours mmg kelakar-kelakar lah. Sebab dia macam pebende neh. kita macam kamon yuken duit, Sakti.

Hahahaahah. 

Alhamdulillah for our first few hours. thank you for the chance untuk direct breastfeeding ini. setakat mana yang izinkan mampu— kita teruskan. Please make du’a.

Hati ini mengharapkan selama mungkin— how almost impossible— sebab inilah antara bonding yang memang aku look forward to:

Direct breastfeeding macam aku dan Juna.

Cuma dulu terberhenti awal sebab Juna sakit jantung. Aku stress dan lepas selesai urusan susuan, aku memang nak fokus pada Juna disihatkan. Itu je.

Semoga sihat, Sakti.

Itu je harapan daddy dan mummy.

Terima kasih utk doa-doa kalian. Terima kasih kerana bersama-sama aku dalam journey kedua ini.

Terima kasih sebab sudi jadi a somewhat kinda family.

Segala ini—

Penuh sakti

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain

PENJELASAN MENGENAI ANAK SUSUAN

Selain itu, dalam pos yang lain, Fynn turut memberikan memberikan penjelasan tentang hukum tentang anak penyusuan dan turut berkongsi beberapa link yang mengandungi penjelasan mengenai penyusuan anak angkat dan hukum anak susuan.

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain

 

IKLAN

Agaknya sebab aku bercakap tentang susuan secara terbuka, tiba-tiba jadi perbincangan pula di media sosial.

Maaf sebab tak berapa rajin nak reply DM dan respon kepada tag di FB, sebab isu-isu khilaf begini memang aku angkat tangan; malas mau masuk campur.

Apa yang aku boleh katakan;

Bila datang isu2 khilaf (berbeza pendapat) kita fahamkan yang tak ada yang salah, tak ada yang betul. Asalkan berpegang pada hujah-hujah rujukan yang benar-benar bersandar quran dan sunnah proceed.

Sedangkan angkat jari masa tahiyyat pun berbeza-beza; apa lagi perkara-perkara yang tak semua orang biasa.

Antaranya:

1) Anak susuan perempuan dengan bapa susuan (suami kepada ibu susuan)

2) Berapa kali perlu disusukan

3) Mengeluarkan susu dengan bantuan pil dan suntikan

Wallahi I have no intention untuk berdebat / berdialog, tapi untuk yang mau membuat rujukan, aku sertakan link untuk dibaca.

These three websites dah macam kitab aku dah. Untuk pelbagai permasalahan, sebelum aku ajukan direct pada mana-mana guru inilah dia website kebiasaan aku.

Malaysia:

www.muftiwp.gov.my

www.addeen.my

International:

www.islamqa.com

Ketiganya akan meletakkan dalil dengan terang, menyenaraikan khilaf berkaitan kalau ada dan pendapat jumhur ulama’. Senang kita nak faham.

So anyways,

IKLAN

Secara ringkasnya:

Bapa susuan dan anak perempuan susuan jadi mahram muabbad walau pun susu keluar dengan bantuan pil atau suntikan hormon.

Links:

http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/620-menjadikan-anak-angkat-sebagai-mahram

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1242-bayan-linnas-siri-70-isu-berkenaan-ibu-susuan-pelbagai-hukum-kad-atau-sijil-susuan

Kalau rajin utk mencari silap,

Rajin-rajinlah juga mencari kebenarannya.

Apa pun jua, apa yang terbaik adalah saling menghormati. Kita semua ada rujukan kita. Kalau kita betul, Alhamdulillah. Kalau kita salah, minta bantuan pada Allah. Mudah. Tak perlu marah-marah..

Cuma satu je aku nak kata;

Kebanyakan yang membikin ribut ni—

Tak ada pun pengalaman dengan susuan ni. Ambil anak angkat pun tidak. Pernah menyusu dan disusu ibu susuan pun tidak.

So..

Kenapa serabut..?

Benda senang.

Kalau was-was— tak usah.

Yang faham— teruskan.

🙂

wallahu alam.

IKLAN

#FJSusuan

Sumber: Instagram Fynn Jamal


PENJELASAN MENGENAI PENYUSUAN ANAK ANGKAT

Anak susuan ialah bayi yang berusia kurang dua tahun dan telah disusukan oleh seseorang wanita yang bukan ibunya sehingga kenyang dengan sebanyak lima kali penyusuan penuh atau sehingga bayi tersebut kenyang.

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain
Gambar hiasan.

Menurut Ustaz Mohd Fikri Che Hussain anak susuan itu tidak dikhususkan kepada orang yang tertentu tetapi ia secara umum sama ada bayi tersebut merupakan anak angkatnya, anak saudara atau anak sesiapa sahaja yang telah diberikan susu badan sehingga kenyang.

Indahnya agama kita memuliakan kedudukan seorang ibu. Sehingga susu ibu tersebut yang diberikan kepada bayi (yang berusia di bawah dua tahun dengan sebanyak lima kali sehingga kenyang) selain anak sendiri juga mampu mengubah hubungan menjadi muhrim.

Terdapat situasi di mana ibu memberikan susunya untuk diminum kepada bayi-bayi lain kerana ada ibu bayi tersebut tidak mampu menghasilkan susu ibu kerana pelbagai halangan seperti masalah kesihatan, susu ibu yang terlalu sedikit dan sebagainya. Maka ramai yang sudah menjadi ibu susuan dan memiliki anak-anak susuan.

Islam membenarkan seseorang ibu itu menyusu kepada bayi lain oleh Islam. Ini kerana dalam sesetengah situasi ia memberikan kebaikan dan memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi tersebut meninggal dunia sewaktu kelahiran ataupun ibu itu menghidap sakit yang menghalangnya daripada menyusukan anak dan selainnya. Keadaan seperti ini memerlukan wanita lain menyusukan bayi tersebut bagi meneruskan kehidupan bayi tersebut.

Malah Islam menggalakkan perbuatan tersebut sebagai satu cara dalam melakukan kebajikan sesama manusia. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mempunyai ibu susuan iaitu Tsuwaibah al-Aslamiyah dan Halimah al-Sa’diyah.

Bagi ibu susuan yang menyusukan anak angkatnya untuk dijadikan mahram, maka perkara itu diharuskan dan tiada nas yang melarang. Namun, jika anak angkat itu telah berusia lebih dari dua tahun maka dia tidak lagi menjadi anak susuan dan ia dikira sebagai ‘bukan mahram’ kepada ibu susuan dan bapa susuan itu tadi.

HUBUNGAN ANAK SUSUAN DENGAN IBU SUSUANNYA

Jika seorang wanita itu menyusu seorang bayi, maka bayi itu menjadi anak susuannya dan suaminya, malah ia dikira sebagai mahram dengan dua syarat ini;

Pertama, penyusuan itu dilakukan ketika usia bayi di bawah dua tahun dengan kiraan kalendar Hijrah (Qamariyah). Seandainya, penyusuan kepada bayi itu yang berusia lebih dari dua tahun, ia tidak mengakibatkan persoalan mahram dan ia dikira aurat orang asing sebagaimana biasa.

Kedua, wanita itu telah menyusui bayi tersebut sebanyak lima (5) kali susuan pada waktu yang terpisah-pisah. Maka penyusuan yang kurang dari lima (5) kali susuan, tidak membabitkan persoalan mahram.

Jika penyusuan telah memenuhi dua syarat di atas, barulah bayi yang disusui itu menjadi anak susuan bagi wanita yang menyusuinya. Maka selepas itu muncullah hukum mahram. Misalnya, jika bayi itu lelaki, haram hukumnya dia mengahwini ibu susuannya. Haram juga dia mengahwini perempuan yang pernah disusui oleh ibu susuannya, termasuklah anak-anak perempuan atau cucu perempuan daripada ibu susuannya itu.

MAHRAM

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain

Adik beradik susuan dari anak kandung ibu susuan dan ayah susuan tadi dikira sebagai mahram muabbad (kekal). Mereka tidak boleh berkahwin dan tidak batal wuduk jika bersentuhan serta batas aurat mereka seperti adik beradik kandung. Namun dari segi mahram, hanya dengan ibu susuan, ayah dan adik beradik kandung  dari susuan yang sama sahaja adalah mahram, tetapi dengan ahli keluarga lain tetap bukan mahram, seperti ibu saudara, ayah saudara, anak ibu saudara dan sebagainya. 

Begitu juga daripada aspek wali, ayah susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak perempuan susuan dan dia masih perlu mendapatkan ayah kandung sebenarnya menjadi wali bagi perkahwinannya. Sekiranya bapa kandungnya tiada atau tidak dapat ditemui, maka anak susuan tadi perlu menggunakan khidmat wali hakim.

Selepas bayi itu menyusu dari ibu susuan itu tadi, maka dia adalah mahram kepadanya secara kekal kepada;

  • Ibu yang menyusukan
  • Suami ibu susuan
  • Ibu bapa kepada ibu susuan
  • Ibu bapa kepada suami ibu susuan
  • Adik beradik kepada ibu susuan
  • Adik beradik kepada bapa susuan
  • Anak-anak dan cucu kepada ibu dan bapa susuan
  • Anak-anak dan cucu kepada ibu susuan
  • Anak-anak dan cucu kepada bapa susuan

MEMELIHARA HUBUNGAN SUSUAN

Panduan Jadi Ibu Susuan Dikongsi Fynn Jamal Boleh Dicontohi Ibu Lain

Bagi mengelakkan terjadinya perkahwinan atau antara ahli keluarga anak susuan- ibu susuan yang mahram pada masa akan datang, langkah-langkah ini perlu diambil.

1.Ibu susuan hendaklah memberitahu kepada suami atau keluarga terdekat bahawa dia telah menyusu bayi tersebut sejak usianya masih kecil.

2.Hubungan silaturahim di antara ibu susuan dan anak susuan itu hendaklah tidak terputus, terutamanya di antara dua belah keluarga tadi.

3.Ibu susuan perlu bertindak dengan menerangkan secara terperinci kepada ahli keluarga terdekat agar tidak berlaku percampuran perkahwinan dan kekeliruan pada masa akan datang.

HARTA IBU SUSUAN

Anak susuan tidak berhak ke atas harta peninggalan ibu susuannya itu daripada aspek pembahagian pusaka. Namun ia dibolehkan jika pemberian harta itu kepadanya berbentuk hadiah atau wasiat yang tidak melebihi 1/3 dari harta ibu susuannya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI