Ini Waktu Paling Tepat Rangsang Anak Bercakap, Biar Kerap, Lama-Lama Jadi Ramah!

Share

Anak kecil kita perlukan rangsangan untuk lebih mempercepatkan mereka bercakap. Bukan hanya ketika anak bermain bahkan, ada waktu tepat yang mak ayah perlu tahu untuk merangsang mereka. Bila waktunya?

Menurut Terapis Pertuturan Bahasa, Pn Izwani Bahaudin, lima waktu tepat ini adalah waktu yang terbaik untuk mengajar anak bercakap. Makin kerap kita layan anak bercakap, makin selesa anak untuk bercakap. Cuba!


AKTIVITI RANGSANGAN BAHASA

Terdapat 5 aktiviti utama yang boleh ibu bapa lakukan bersama anak bagi membantu perkembangan komunikasi dan bahasa mereka, antaranya ialah melalui:

1. Aktiviti rutin: Makan, mandi, memasak, basuh kereta, dll.

2. Permainan: Bubbles, kereta mainan, mainan masak-masak, dll.

3. People Games: Peek-a-boo, tarik upih, aci sembunyi, dll.

4. Menyanyi: Mana kucing, Old McDonald, 5 Little Monkeys, dll.

5. Membaca: Buku yang banyak gambar, boleh target verbs, dll.

Kajian meta-analisis oleh Heidlage et al. (2019) menyatakan bahawa antara 5 aktiviti utama berikut, terdapat 3 aktiviti yang lebih ‘power’ dapat meningkatkan perkembangan bahasa, iaitu aktiviti rutin, permainan (termasuk People Play) dan membaca buku bersama (share book reading).

Kajian juga menyatakan antara ketiga-tiga aktiviti yang ‘power’ di atas, ada aktiviti yang paling ‘power’ lagi yang dapat meningkatkan perkembangan bahasa anak, iaitu melalui aktiviti rutin.

Ini kerana ia berlaku dalam persekitaran natural anak.

Kajian oleh Ibanez et al. (2018) mencadangkan supaya ibu bapa menekankan 4 aktiviti rutin berikut semasa di rumah, iaitu semasa mandi, makan, bermain dan sebelum tidur (bed time).

Lastly, antara keempat-keempat aktiviti rutin yang dicadangkan di atas, Zimmerman et al. (2019) menyatakan bahawa the most powerful ‘prime opportunities’ ialah semasa aktiviti makan bersama/ feeding.

Beli mainan anak di SINI

Ini kerana aktiviti makan ini berlaku setiap hari, sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan ia berlaku dalam konteks yang berfungsi dan natural.

Selamat mencuba.

Menarik: Alhamdulillah, 4-0 Sekarang, Almy Nadia Selamat Bersalin Anak Keempat!

Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.

Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM