Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memuat naik gambar bersama cucu perempuannya itu sambil memegang belon, dalam laman sosial instagram rasminya.
Mohamed Azmin bersama tiga lagi pemimpin tertinggi PKR dilaporkan menghadiri mesyuarat tertutup di sebuah hotel.
Selepas itu dia bergegas meraikan ulang tahun kelahiran cucunya tengah hari semalam. Akhirnya dia dapat juga meluangkan masa bersama keluarga setelah seharian berada diluar atas urusan kerja.
Beliau turut memuatnaik status tentang kebahagiaan sebenar bersama keluarga.
Inilah kebahagiaan. Bermain belon dengan cucu
“Luang masa untuk makan tengah hari bersama keluarga sempena meraikan ulang tahun kedua cucunda, Farah Inayah Rose.
“Semoga cucu Atok (datuk) terus membesar dengan sihat, ceria dan bahagia,”
Terbaru, beliau telah mengumumkan bahawa telah keluar dari Parti KEADILAN.
Sumber: Mohamed Azmin Ali
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Maut Tercampak Dari Pangkuan Ibu Selepas Kereta Bertembung
Seorang bayi berusia 2 tahun maut setelah tercampak dari pangkuan ibunya dalam kemalangan di Jalan Titi Haji Idris, di sini, awal pagi tadi.
Kejadian jam 7.40 pagi itu melibatkan kereta Perodua Myvi yang dipandu pasangan suami isteri bersama bayi tersebut dengan Perodua Alza yang dipandu seorang wanita berusia 30-an.
Wanita yang memandu Alza itu pula hanya cedera ringan di tangan dan kepala. Kedua-dua kereta dipercayai bertembung lalu terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, pemandu kereta Myvi itu tersepit di tempat duduk hadapan manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.
Pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri, manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan lanjut, manakala jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Sumber: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Panggil Nama Mia & Muhammad Dalam Tidurnya..” Isteri Masih Sedih Rindu Anak
Hati ibu mana yang tak sedih, kehilangan kedua-dua anak serentak apatah lagi anak bongsunya masih menyusu badan.
Mimi Doleng, 28, mengakui malam pertama tanpa anak membuatnya sukar melelapkan mata dan terkenangkan dua beradik itu.
Mimi adalah ibu kepada dua beradik termasuk bayi perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Bandar Seri Iskandar, Bota,Khamis.
Dalam kejadian pada 4.30 pagi itu, Muhammad Fahmi, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan terperangkap di bilik tidur mereka di tingkat dua premis berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN [“Abah..Abah..” Bapa Sedih Dengar Jeritan Anak, Tapi Tak Dapat Selamatkan]
Terlalu merindui anak
Mimi berkata, dia sangat merindui dua anaknya dan meminta suami membawanya ke rumah kedai untuk mengambil barang anak sebagai pengubat rindu.
“Saya ajak suami ke sana untuk cari barang anak yang masih elok, kami cuba cari baju raya mereka tapi tak jumpa, kami dapat mengambil bantal busuk Muhammad dan lampin serta cekak kepala Mia, inilah pengubat rindu kami.
“Bantal ini memang bantal kesayangan Muhammad dan mesti ada kalau dia nak tidur. Tapi kami tak lama di situ, kira-kira 30 minit… rasa sebak berada di situ teringatkan mereka,” katanya.
Mimi ditemui di rumah mentuanya di Taman Tasek Putra, Tronoh pada lawatan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah yang diketuai Timbalan Ketua Polisnya, Deputi Superintendan Mohd Uzir Ismail.
Lawatan itu sebagai tanda sokongan polis kepada keluarga mangsa dan mereka turut mengadakan tahlil ringkas buat arwah Muhammad Fahmi dan Nur Fahmia.
Alami bengkak susu selepas pemergian anak
Menurut Mimi, dia reda dengan tragedi yang meragut nyawa kedua-dua anaknya, namun ia mengambil masa untuk menerima hakikat itu.
“Susah nak terima kerana anak pergi sekali gus, mereka saja anak kami dan sentiasa ada dengan kami setiap masa dan Mia juga masih menyusu lagi tetapi saya perlu menguatkan diri dan tabah,” katanya mengalami bengkak susu selepas kejadian itu.
Isteri asyik panggil nama Mia dan Muhammad
Sementara, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, berkata, dia juga terpaksa menguatkan diri untuk menjejakkan kaki ke tingkat atas premis kerana masih terngiang-ngiang suara anak sulung menjerit memanggilnya pada hari kejadian.
“Saya tiada kekuatan mahu naik tingkat atas tapi paksa diri juga kerana kasihan pada isteri yang mengajak ke sana untuk mengambil barang anak.
“Isteri juga masih bersedih dan beberapa kali memanggil nama Mia… Muhammad dalam tidurnya. Masih terbayang memori kami, tempat mereka bermain dan tidur, malah masih terdengar suara anak panggil abah tetapi kami perlu tabahkan diri namun kemeriahan suasana raya memang tiada,” katanya sambil memberitahu anak sulungnya suka makan sate terutama pada Aidilfitri.
Katanya, semua pekerjanya juga tinggal sehelai sepinggang kerana bilik tidur mereka juga berada di tingkat atas dan mereka kini ditumpangkan di rumah pekerja sebuah lagi kedai makan.
Kredit: Metro
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekolah Tutup, 2 Jam Beratur Untuk Beli Satu Mask. Syukurlah Di Malaysia Masih Ok
Berikutan penularan COVID-19 di seluruh dunia, semua negara mula mengambil langkah pencegahan awal sebagai salah satu usaha mengekang wabak ini dari terus berleluasa dan mengelakannya daripada memberi kesan negatif kepada rakyat.
Terbaru kerajaan juga telah mengumumkan akan membawa pulang rakyat Malaysia di Itali dan Iran kerana kedua-dua negara berkenaan kini berada dalam keadaan kritikal.
Sesi persekolahan ditutup sehingga diberitahu
Bagaimanapun bagi rakyat Malaysia yang berada di Sejong, Korea, Mohd Razif Sawal keadaan di kawasannya masih lagi terkawal walaupun Korea antara lokasi yang mencatatkan angka yang agak tinggi.
“Di sini keadaannya lebih kurang Malaysia. Walaupun angka akibat jangkitan COVID-19 sentiasa bertambah tetapi belum ada lagi arahan rakyat kena kuarantin di rumah. Aktiviti harian berjalan seperti biasa.
“Cuma sekolah sahaja ditutup sejak 2 Mac lalu dan belum tahu lagi bila akan dibuka untuk sesi pembelajaran. Macam isteri saya pun yang kini sedang menyambung pengajian di universiti, kelas pun dibatalkan dan digantikan dengan kelas live streaming di rumah,” kongsi bapa kepada dua anak berusia 11 tahun dan 3 tahun.
Boleh beli seorang satu mask sahaja
Menurut Razif lagi, berdekatan kawasan tempat tinggalnya dah ada 35 kes direkodkan. Kalau diikutkan memang risau. Jadi sebagai langkah pencegahan setiap kali keluar rumah memang akan pakai mask sepanjang masa dan bersihkan tangan.
“Malah dalam setiap lif di apartmen dan bas turut disediakan hand sanitizer untuk orang awam.
“Disebabkan permintaan mask di pasaran meningkat dan tidak cukup menampung permintaan rakyat di sini, kerajaan Korea telah mengehadkan dan mengetatkan pembelian mask untuk setiap individu.
“Untuk beli mask sahaja perlu disertakan dengan Alien Registration Card, yang mana setiap seorang hanya boleh beli satu sahaja setiap kali membuat pembelian. Stok mask agak susah untuk dapat di sini.
“Biasanya farmasi akan buat jualan mask pada hari Sabtu dan waktu ini memang ramai akan beratur untuk mendapatkan mask. Hanya seorang individu akan dapat beli satu sahaja. Jika ada 4 ahli keluarga dan mewakilkan pada seorang yang membeli tetap tidak boleh.
“Kalau nak beli 4 kena beratur 4 orang. Setiap orang perlu tunjukkan Alien Card masing-masing.
“Boleh dikatakan untuk mendapatkan satu mask saja pun terpaksa beratur panjang dan mengambil masa 2 jam,” jelasnya.
Kata Razif lagi, oleh kerana kesukaran untuk mendapatkan mask, sebagai langkah penjimatan dan mengurangkan risiko jangkitan ini, isteri dan anak hanya berada di rumah sahaja.
“Jika nak beli barang atau nak selesaikan urusan tertentu hanya saya seorang yang keluar. Tapi apabila pulang ke rumah terus akan mandi,” ujarnya.
Sebelum ini media melaporkan kes kematian akibat COVID-19 seluruh dunia hampir mencecah 5,000 mangsa, menurut statistik daripada Worldometer berkaitan wabak tersebut.
Setakat Jumaat (13 Mac), angka kematian direkodkan sebanyak 4,979 kes seluruh dunia manakala angka jangkitan positif COVID-19 mencecah 134,702 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, iaitu merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI