“Inilah Syurga Awak, Ada Depan Mata.” Syifa Lahir Dengan Cecair Di Kepala, Sumbing & Buta

Share

Hanya perkataan ‘Allahuakbar’ keluar dari mulut bila melihat kesakitan yang dilalui oleh anak sekecil ini yang diduga dengan ujian begitu besar sejak dari lahir.

Sesiapa yang melihatnya mesti terasa sebak tapi kedua ibu bapanya sungguh cekal membesarkan anak syurga ini.

Dalam perkongsian yang dimuat naik oleh penyampai radio Sinar FM, Abby Fana di instagramnya ketika membuat lawatan ke rumah anak istimewa ini yang mesra di panggil Syifa, dia nampak begitu kuat walaupun hanya terlantar di atas tilam.

Baby Syifa dilahirkan dengan komplikasi kesihatan; hydrocephalus, sumbing dan buta. Pertama kali k.bed & geng biro kebajikan ukhwah muslimat putra heights @umph menziarahinya ialah pada Ramadan 2018 (gambar 1 & 2).

Ahad lepas kami berpeluang menziarahinya kembali…lihat gambar 3…kondisi terkini Syifa ?

K.bed cakap pada ibunya Pn.Safiah…Inilah Syurga awak, ada di depan mata…terus mata kami berkaca.

Difahamkan doktor tidak dapat buat pembedahan kerana terlalu tinggi risiko. Mohon doa untuk Syifa yang kini berusia 1 tahun 3 bulan ya.

Lebihan Cecair Dalam Kepala

Menurut Abby ini merupakan lawatan kali ketiga dia melawat adik Syifa dan kali terakhir mereka berjumpa adalah pada Ramadan tahun lalu.

Adik Syifa yang kini berusia 1 tahun 3 bulan dilahirkan dengan keadaan buta dan sumbing serta menghidap Hydrocephalus iaitu keadaan di mana lebihan cecair otak berlaku kerana beberapa sebab, antaranya terdapat halangan atau ketumbuhan yang menghalang penyaliran cecair otak secara normal.

Risiko Buat Pembedahan

Lebih menyedihkan, apa yang diberitahu oleh ibu Syifa, dia tidak boleh melakukan pembedahan kerana mempunyai risiko tinggi.

Cuma doa dari orang ramai sangat diperlukan. Mana tahu salah satu doa dari kita semua diangkat Allah dan Syifa dapat beransur baik.

Sumber: Ig abbyfana

 

 

Published by
Wan Amy