Secara luaran rumah yang didiami 6 beranak ini kelihatan uzur kerana hanya berdindingkan buluh, zink terpakai dan separuh batu bata. Namun siapa sangka di sebalik kesusahannya itu, bila jejak kaki ke dalam rumah pastinya buat ramai yang kagum.
Walaupun dalam rumah hanya berlantaikan tanah tetapi sikap pasangan suami isteri ini yang sangat pembersih wajar dipuji. Dengan susun atur setiap barang dalam rumah yang begitu kemas, tiada sampah dibuang merata-rata dan bahagian dapur yang bersih serta tiada bauan, mengambarkan bahawa kemiskinan bukan satu alasan untuk mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu beliau begitu kagum dengan sikap ahli keluarga ini walaupun mempunyai anak yang masih kecil.
“Mereka susah bukanlah kerana sikap’
Boleh dikatakan ini antara salah sebuah rumah yang begitu bersih walaupun secara fizikalnya bukan kediaman yang sempurna.
“Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap …”
Inilah syurga pasangan muda yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 9 , 7 , 3 dan 1 tahun.
Kita setuju dengan pendapat komuniti setempat yang telah memanjangkan kisah keluarga ini kepada kita. Jarang sekali kita temui rumah yang daif sebersih ini.
Ads
Dapur berlantaikan tanah, sangat bersih
Biarpun dapur cuma berlantaikan tanah namun dijaga bersih. Ada ruang basuhan di hujung dapur tetapi tiada sebarang bauan yang kurang menyenangkan pun.
Ruang ibu rumah, rumah batu dibuat sendiri seadanya dan hanya langsir menjadi pemisah bilik. Apa yang ada di dalam rumah ini juga pemberian orang. Diterima dengan besar hatinya oleh pasangan suami isteri ini.
Guna bahan terpakai siapkan rumah
Ads
Pasangan ini mengambil keputusan menyiapkan ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang ada di sekeliling seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang mahal.
Mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua ini hampir setahun yang lalu.
Si suami baru saja dua minggu bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji hari. Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah kedai welding di bandar dan dibayar RM50 sehari. Tidak tahan berulang alik berjam-jam setiap hari dengan motosikal, beliau nekad berhenti kerja dan bekerja di kampung saja.
Bila ditanya tentang gaji di tempat baru beliau menjawab dengan nada yang perlahan
“ Jujur saya cakap … saya takut nak tanya tentang gaji. Takut nanti tauke tak mahu terima saya pula…”
Ads
Hajat dipanjangkan untuk kita membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuk pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Mujurlah tiada bil untuk bekalan air bersih kerana datangnya dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “air muafakat”.
Sekiranya ada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Maybank Natipah Abu – 552107617521.
Mudah-mudahan dengan berkat sedekah kita ini akan memberikan kediaman yang lebih selesa buat Encik Mohd Fitri Bin Md Kassim sekeluarga.
Kita permudahkan orang, InshaAllah satu hari akan ada insan yang Allah SWT kirim untuk mempermudahkan kita kelak.
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Terima kasih” begitulah ucapan pelakon popular, Anzalna Nasir kepada peminat yang membeli baju berjenama milik anak-anak lelakinya menerusi jualan di Instagram @prelovedbyeidrees.
Menerusi tinjauan yang dilakukan di instagram tersebut, baju yang di iklankan hampir terjual kesemuanya dan ada baju-baju yang dijual Anzalna dengan separuh harga malah ada yang jauh lebih murah berbanding harga asal.
Tambah Anzalna lagi, dia mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian warga maya membeli pakaian berjenama terpakai ini dan menjadi sebahagian daripada penderma untuk jualan amal.
“Terima kasih di atas pembelian dan menjadi sebahagian daripada kerja amal kami . Semoga Allah SWT merahmati kita semua.”
Bukan hanya baju sulung anaknya, Eidrees sahaja yang dijual malah baju-baju baby Emirhan turut dijual.
Antara jenama mewah iaitu jenama BOSS, Kenzo, Versace, Givenchy Paris, Dolce & Gabbana dan banyak lagi baju berjenama mewah terpakai yang dijual oleh pelakon cantik ini.
Harapan bapa melihat Ainul Mardhiah membesar dengan baik tanpa sebarang alat bantu pada tubuh. Besar impian bapa ini agar Ainul boleh membantunya meneruskan perniagaan yang diusahakan sekembalinya mereka sekeluarga ke Malaysia.
Sebelum ke London, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak telah menjalankan perniagaan termasuk perniagaan cenderahati majlis yang masih dalam peringkat perancangan. Antara produk yang dihasilkan ialah bertih jagung atau popcorn.
Dalam posting Facebook, bapa ini berkongsi tentang cita-citanya untuk melihat anak perempuannya turut serta bersama dalam bidang yang diceburi.
Mungkin ada yang tidak tahu, saya buat bisnes dan sekarang bisnes masih berjalan Alhamdulillah.
Sebelum viral pasal Ainul, saya dan isteri merancang untuk buat bisnes baru iaitu bisnes popcorn dan doorgift.
Jadi, ini je sempat buat sebelum ke London untuk buat rawatan Ainul.
Baru sampai part R&D and kira costing.
InshaAllah, bila dah balik Malaysia nanti and kehidupan back to normal, kami akan teruskan semula usaha usaha yang telah berjalan sebelum ni.
AINUL AKAN DIBAWA KE KEDAI SEPERTI DULU-DULU
Ainul akan kami bawa ke kedai, ikut walid pergi ambil barang/hantar barang, ya sama lah macam dulu-dulu sebelum orang mengenali kami ?
Dahulu tujuan buat bisnes ni untuk Ainul. Nak tambah pendapatan sebab penjagaan Ainul tinggi perbelanjaannya.
Tapi Alhamdulillah, Allah telah mencukupkan rezeki kami dengan menggerakkan hati rakyat Malaysia dalam memudahkan proses rawatannya (pembedahan).
DOAKAN AINUL BOLEH TOLONG MAMA WALID BUAT POPCORN
Kehidupan Ainul masih jauh lagi. Masih banyak perkara perlu ditempuhi. Walau bagaimana pun, cukup lah dengan rezeki pada hari ini dan Ainul pun bertambah sihat ( izinNya ).
Doakan bila Ainul besar nanti, dia boleh tolong mama walid dia buat popcorn ye ? atau nanti dia tukang promote dekat orang!
Tak sabar rasanya nak tunggu Ainul besar sikit and hidup seperti kanak-kanak lain tanpa sebarang alat bantuan pada tubuh badannya.
Comelnya gelagat Aisy Mateen, anak kepada Yana Samsudin ini. Dah pandai mintak adik, tapi di akhirnya dia mengaku dialah ‘adik’. Peminat mendoakan agar Yana dapat menimang cahaya mata kedua.
Aisy Mateen yang lebih mesra dipanggil Mateen dilahirkan pada 21 Julai 2016 adalah anak pertama Yana. Memiliki akaun instagram sendiri, aksi-aksi dan gelagat anak kecil ini dimuatnaik. Instagram Mateen kini sudah mempunyai 340 ribu follower!
RUPA-RUPANYA DIALAH ADIK!
Turut dimuatnaik ialah perbulan Mateen dan mommy nya. Dalam perbualan itu, Mateen dikatakan meminta adik daripada mommy. Tapi di akhirnya, dialah adik yang dimaksudkan itu.
aisymateen Malam semalam kami semua dah nak tidur… .
Bilik gelap, sunyi sepi… Tiba tiba…
“Mommy…. mommy….” sayup je mateen panggil mommy… .
Mommy dapatkan mateen peluk dia tanya “ye sayang nak apa”…
“Mateen nak adik… ” .
Mommy pun layan… “Mateen nak berapa orang adik?”
Dia sebut “satu, dua, tiga , empat…”
Oo banyak nya lima tak nak? Mommy cuba uji dia..
“Tak nak, Kombo… tak nak kombo…” Dia jawab….
Mommy cuba faham kan…. oooooo tak nak kembar…. hahahahahaha.
Ok… “Baik lah jom kita doa pada Allah , supaya mommy ada adik ya nanti…” .
“Tak , mateen lah adik….” jawab nya lalu senyappp terus…. zzzzzzzz 2/1/2019 #MateenDanMommy
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.