ADAM50 adalah program yang diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama PNB untuk semua bayi warga negara Malaysia yang lahir dalam tempoh dari 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.

Insentif Percuma RM200 Bagi Bayi Yang Lahir Tahun 2018. Daftar Segera ADAM50 Sebelum Ditamatkan Mac 2019

Insentif unit amanah RM200 diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda. Bagaima insentif ini diberi? Unit insentif percuma akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi bayi Bumiputera atau Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan bumiputera setelah proses pendaftaran dibuat di Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (“ASNB”) dan Ejen ASNB.

KURANG SAMBUTAN

IKLAN

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada  31 Disember ini berikutan kurang sambutan.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata berdasarkan maklum balas, hanya 25 peratus bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar bagi program itu.

Beliau berkata, peruntukkan kerajaan RM10 juta untuk program berkenaan juga sudah digunakan sepenuhnya.

IKLAN

Insentif Percuma RM200 Bagi Bayi Yang Lahir Tahun 2018. Daftar Segera ADAM50 Sebelum Ditamatkan Mac 2019

PENDAFTARAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2019

IKLAN

“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi  2018 dan tinjauan 2019 di sini, hari ini.

Bagi ibu bapa yang menimang cahaya mata pada tahun 2018, jangan lepaskan peluang mendaftar bagi program ADAM50 dan daptkan insentif unit amanah RM200 yang diberikan secara percuma sebagai dana permulaan bayi anda.

Sumber: bharian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI