Seorang kanak-kanak disahkan meninggal dunia dipercayai mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, awal pagi tadi. Perkara itu telah pun disahkan polis.
Dianggarkan seramai 100 orang dikhuatiri menjadi mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father Organic Farm, di sini, awal pagi hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.24 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Rawang dan Genting Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian tanah runtuh yang berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm menghempap sebuah tapak perkhemahan.
Ads
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar (0.4 hektar),” katanya menerusi satu kenyataan.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilakukan termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sentosa, Ampang, Pandan, Kota Anggerik, Kajang dan Andalas.
Ads
“Turut digerakkan ke lokasi kejadian adalah Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM),” katanya.
Dalam pada itu, setakat jam 10.16 minit pagi bomba melaporkan 60 individu berjaya diselamatkan dan 8 orang maut.
Pada awal bulan Julai yang lalu anak-anak tadika sudah mula bersekolah, hari ini kakak dan abang di sekolah rendah dan juga menengah pula memulakan persekolahan. Antara benda yang perlu dibawa bersama ke sekolah adalah face mask.
Pemakaian face mask amatlah digalakkan terutamanya apabila berada di tempat tumpuan umum. Bila anak dah bersekolah ni, maka banyaklah keperluan face mask diperlukan untuk kegunaan anak-anak.
Jika ibu-ibu ingin membuat sendiri face mask untuk anak-anak banyak pilihan menarik dan paling penting ia menjimatkan. Anak-anak juga boleh pilih sendiri corak kain yang digemari, face mask buatan sendiri juga boleh dibasuh berulang kali.
Jika ada yang nak jahit sendiri face mask anak-anak, boleh ikut DIY tutorial lengkap jahit face mask saiz anak yang dikongsikan oleh seorang tukang jahit, Puan Ariyati Jaafar sebagai panduan:
Tutorial face mask ( kids size )
Di sebab kan ada yang bertanya utk cara mama yatt jahit face mask ni… Mama bagi lah cara mama jahit taw..cara jahit ada di caption gambar taw .. boleh lah sesiapa nak follow… @ share pun boleh je.. semoga ilmu tak seberapa ni bermanfaat utk semua.
Cara-caranya:
1. Pola face mask untuk saiz kanak-kanak
2. Potong kepada 4 bahagian seperti ini
3. Temukan bahagian cantik – cantik
4. Jahit di bahagian lengkung kedua-dua lapisan
5. Bahagian lengkung yang siap di jahit
6. Buka, dan dapat lah macam ni
7. Temukan bahagian cantik – cantik dan jahit di bahagian atas & bawah sahaja
8. Jahit bahagian atas & bawah sahaja ye
9. Contoh yang sudah di jahit bahagian atas & bawah dan diterbalik kan
10. Potong getah kecik 4.5inch × 2
11. Lipat ke dalam bahagian tepi dan masukkan getah tadi di tepinya. Pastu jahit tindih je kat situ
12. Masukkan hujung getah satu lagi ke bahagian bawah pula, dan terus kan jahit.
13. Terus jahit tindih bahagian atas
14. Hujung sebelah lagi di lipat ke dalam
15. Buat step sama mcm pasang getah di bhg sebelah tadi
Sekiranya anda banyak melayari Tiktok, pasti pernah terlihat video tular dari akaun @jafnyelias yang suka berkongsi kebaikan. Banyak orang yang telah dibantu oleh pemuda ini termasuklah peniaga kecil, golongan susah dan sebagainya.
Salah satu video yang meruntun hati warganet adalah ketika pemilik akaun ini berjumpa dengan seorang ayah yang menemani anak-anaknya bermain di taman permainan.
Di dalam video tersebut dapat dilihat ramai kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan tersebut.
“Seronok tengok budak-budak main. Tapi di sebalik keriangan petang ni terselit perkara sedih yang aku lihat..”
Menurutnya, dia tersentuh apabila mendengar permintaan seorang anak kecil yang mahu bermain bubble yang ada dijual di situ. Ayahnya hanya diam sambil melihat ke arah penjual bubble tersebut.
“Dalam hati aku terfikir mungkin ayah tak cukup duit.”
Tidak menunggu lama, dia terus menghampiri si ayah dan anak-anaknya untuk belanja mereka bermain bubble. Menerima pelawaan tersebut dan mereka segera mendapatkan bubble yang diingini anak kecil itu.
Bukan sahaja dibelikan untuk si adik tetapi untuk adik-beradiknya yang lain. Jelas keterujaan mereka apabila mendapat peluang untuk bermain bubble tersebut.
“Alhamdulillah dapat bahagiakan family ni walaupun hanya seketika.”
Semua yang menonton video tersebut berasa sayu dan turut mendoakan agar pemilik akuan Tiktok itu sentiasa dimurahkan rezek;
Kadang-kadang rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk, bila ada lebih maka hulurkanlah bantuan kepada mereka yang memerlukan. Mungkin asbab kebaikan kita itu, rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita akan menjadi berlipat kali ganda. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan-Nya.
Kehadiran anak sememangnya memberi seribu kebahagiaan dalam hidup pasangan suami isteri. Apa lagi menanti sekian lama. Kegembiraan berganda inilah yang dilalui Syakirin Husnal dan suaminya kini. Bahagia kala dianugerah si comel permata hati mereka, Vea Khadeja.
Berkahwin pada tahun 2013, si comel Vea Khadeja menjadi pelengkap bahagia Syakirin Husnal bersama suaminya, Muhammad Faris Arriffin. Kata Syakirin, kehadiran Vea menjadi penyeri hidupnya dan suami.
Berkongsi kegembiraan di hari ulang tahun pertama Vea, Syakirin meluahkan rasa syukur yang tak terhingga kala diberikan rezeki untuk bergelar ibu.
Alhamdulillah, dengan izin Allah dapat juga meraikan ulangtahun kelahiran anak sendiri. Bertahun-tahun Mommy berusaha & bersabar dengan cabaran untuk mendapatkan zuriat.
Lagi stress bila setiap kali pergi doktor, doktor kata both of us husband and wife okay je sihat je, should be no problem untuk ada baby. Ramai doktor kitorang pergi.
Tapi tulah, normal-normal pon still tak pregnant. Stress gila weyh time tu. Sampai tak tau nak buat apa dah.
Tapi Allah itu lebih mengetahui, kalau lah Mommy pregnant awal, dengan jadual kerja Mommy Daddy macam orang gila punya sibuk time tu, maybe anak Mommy kena duduk sesorang kat rumah bancuh susu sendiri ?
Bila dah dapat Vea, masyaAllah, everything falls into place nicely. Allah dah susun timing baik punya. Cantik je perjalanan. Alhamdulillah.
Kepada uncle aunty yang masih TTC (Trying To Conceive), teruskan usaha dan berdoa dan yakinlah, percaturan Allah itu lebih sempurna.
Bukan itu sahaja malah perkongsian Syakirin menerusi Majalah Pa&Ma edisi September 2019 mempamerkan terujaan dan rasa syukur bergandanya.
“Kami menanti Vea terlalu lama. Lebih empat tahun lamanya kami menunggu. Dah macam-macam cara kami lakukan termasuklah berjumpa doktor pakar sebanyak tiga kali. Saya juga dah lakukan rawatan IUI sebanyak dua kali namun masih tak berhasil.
Akhirnya selepas lama menanti, Allah kurniakan kami Vea dengan penuh kegembiraan. Tahun kelima perkahwinan, iaitu pada Ogos 2018 saya akhirnya bergelar ibu. Perasaannya tak tergambar ketika waktu itu. Tak terluah dengan kata-kata saat melihat wajahnya,” cerita Syakirin penuh ceria.
Kontraksi Ketika Live “Pengalaman paling manis pastinya mengalami kontraksi buat pertama kali. Menariknya ketika alami kontraksi buat pertama kali saya langsung tidak sedar malah ketika itu sedang live Go Shop. Saya terasa sakit tetapi tak tahu ia adalah kontraksi dan saya bertahan kerana sedang rancak bersiaran.
Tapi mujurlah selepas itu sakit kembali hilang. Beberapa hari selepas itu saya sakit lagi tetapi masih sempat keluar makan bersama suami. Balik daripada makan saya alami muntah-muntah yang agak teruk.
Saya rujuk kepada doktor dan doktor beritahu saya itulah kontraksi yang saya alami. Malamnya saya mula alami kebas-kebas pinggang hingga ke kaki. Keesokkan harinya apabila ke hospital, bukaan saya sudahpun 3cm.
Saya alami kesakitan yang agak lama ketika melahirkan Vea, sakit bermula daripada hari Khamis dan kemudiannya Sabtu pagi barulah Vea selamat dilahirkan secara normal.
Menariknya sebelum itu, kerana tidak tahan sakit, saya minta epidural dan peliknya saya demam sebaik menerima rawatan itu. Saya muntah-muntah dan menggigil kesejukkan kerana terlalu lama berada di dalam bilik bersalin.
Paling menarik Vea disambut ayahnya sendiri yang meminta daripada doktor untuk menyambutnya. Dia jugalah yang memberi semangat pada saya ketika di bilik bersalin dan dia jugalah yang menyambut Vea.
Itulah permintaannya pada doktor ketika di bilik bersalin. Saat melihat wajah Vea adalah momen paling indah buat kami berdua. Suami saya tidak putus-putus mengambil gambarnya sepanjang detik itu,” cerita Syakirin lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.