Dalam keadaan sekarang ini, gajet antara keperluan utama anak-anak. Seawal usia setahun pun dah ramai ibu bapa mula berikan anak gajet. Betul anak boleh belajar melaluinya namun jika tak dikawal penggunaan tersebut boleh memberi masalah akan datang
Bukan itu sahaja, screen time yang berlebihan boleh menyebabkan rasa ketagih dan menyebabkan risiko penyakit lain. Bagi ibu bapa yang masih mencari penyelesaian untuk mengawal penggunaan gajet ada satu aplikasi khas boleh digunakan.
Bagusnya aplikasi ini adalah ibu bapa atau adik beradik boleh mengawal penggunaan gajet anak atau adik-adik walaupun berada di mana-mana jika rasa penggunaan itu melebihi had.
Seperti perkongsian Ummu Haura yang memilih menggunakan Family Link untuk mengawal telefon adiknya. Dia juga menjelaskan adiknya berada di Perak dipantau olehnya yang tinggal di Selangor atas permintaan ibu bapa.
Saya control telefon adik guna aplikasi family link. Saya boleh block aplikasi YouTube dari jauh. Adik di Perak, saya di Selangor. Atas permintaan ibu ayah saya memandangkan telefon mak ayah saya pun diaorang pandai buka dan godek.
Ads
Jadi, mak saya minta saya yang jaga. Kalau overuse, saya akan lock terus telefon tu tak boleh guna dan remind kan dia untuk fokus buat homework & hafazan(dia ada join program hafazan).
Apa-apa aplikasi yang dia nak install, saya rate kan siap-siap only 3+ kids sahaja boleh install tanpa asking permission. Kelebihan dia macam tu lah. But kelemahan dia, saya tak dapat tengok apa jenis video yang dia tonton.
Dekat rumah, ada Family Link (install dari PlayStore, kena buat di phone anak dulu guna emel). CCTV (boleh keluarkan voice cakap dengan anak, nak sound ke nak tegur ke nak pesan apa-apa ke)
**Nak dapatkan bahan pembelajaran anak yang menarik, boleh beli di sini
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi ibu bapa tak mudah, perasaan anak juga perlu difikirkan. Banyak cara yang kita boleh bantu untuk anak-anak ekspresikan emosi secara visual. Dalam masa yang sama, mereka akan rasa emosi mereka diakui (validate).
Ikuti perkongsian daripada Penulis Keibubapaan ini tentang cara mengendalikan emosi anak yang masih kecil.
“Abang marah besar mana? Besar ni ke (buka jari telunjuk dengan ibu jari), besar ni (depakan tangan)?
“Aqlan sedih banyak mana? 5 ke, 10?”
“Boleh tak lukis macam mana rupa Ammar punya marah?”
Ni ayat-ayat yang saya belajar dalam buku How To Talk To Your Kids. Saya selalu guna masa anak kuat tantrum umur 1-3 tahun dulu.
Anak-anak besar ni, secara fizikalnya nampak adorable. Tapi, umur ni la paling mencabar nak urus emosi diorang.
3 ayat yang saya apply tu bantu anak-anak ekspresikan emosi secara visual. Dalam masa yang sama, mereka akan rasa emosi mereka diakui (validate).
Memang ayat ni tak menjamin anak boleh terus berhenti menangis. Memang ia tak secepat tenangkan anak secepat kalau kita rasuah anak dengan mainan/gajet.
Tapi, kesan baiknya kita akan nampak beberapa bulan/ tahun lepas tu.
Anak akan belajar untuk
– Guna perkataan untuk ekspresikan emosi
– In case diri rasa emo, kitalah tempat yang selamat untul mengadu
– It’s ok untuk rasa marah, asalkan kita channel cara yang betul.
Dan the good news is, anak yang pandai ekspresikan emosi, menandakan mereka ada perkembangan emosi dan kesihatan mental yang baik.
Tapi, itulah. Dah namanya anak manusia. Tak sempurna. Ada masa-masa diorang meletus juga. Asbab mereka meletus pun dah makin logik. Sebab dah besar.
Dah tak ada dah meletus sebab tak boleh panjat dinding macam Spiderman atau cerita Robocar Poli kat TV dah habis.
Kali ni, meletusnya banyak asbab komunikasi adik-beradik. Maklumlah. Dah besar. Dah tau hak diri.
Dan sebagai mak, kena lagi buka buku. Nak fahamkan chapter baru. Gali lagi ilmu nak sabarkan anak dan sabarkan diri.
Pelakon Shukri Yahaya dan isterinya, Tya Adnan menyambut ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada 20 November. Namun apa yang menarik perhatian adalah ucapan yang diberikan Shukri sempena hari istimewa itu agak berbeza berbanding pasangan lain.
Tidak perlu terlalu sweet sebaliknya Shukri memberikan ucapan berbentuk gurauan dan bernada lucu buat isterinya.
Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua untuk memberi kawan kepada Ameena. Lagipun kalau diikutkan usia Ameena pun dah masuk 3 tahun.
“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen ramai peminat yang bersetuju dengan hint yang diberikan Shukri buat Tya dan berharap akan dapat Shukri junior pula selepas ini.
Tak kurang juga, pelakon Nad Zainal tidak ketinggalan mengusik pasangan berkenaan.
“Alamak dia bagi HINT,” tulis @nad.zainal
Terdahulu, Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Sumber: ig Shukri Yahya & Tya Adnan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak makan memilih sebenarnya cukup membuatkan ibu pening kepala memikirkan pelbagai menu dan resipi. Ada waktunya ketika kusyuk bermain, anak tidak endahkan makanan di depan mata. Memaksa anak makan bukanlah satu tindakan yang bijak. Elakkan!
Mendidik anak makan pelbagai jenis makanan termasuk sayur sebenarnya perlu dididik sejak mereka bayi lagi. Ada trik dan caranya agar anak makan tidak memilih. Salah satu tipnya adalah jangan memperkenalkan makanan dengan ‘rasa’ kepada bayi di awal usianya. Ini penting dan inilah yang dikongsikan oleh Pn Maryam Jamadi, Pediatric Occupational Therapist, BEYOND Home Therapy. Berikut merupakan tip yang dikongsikan oleh beliau.
Hanya mak ayah yang mempunyai anak memilih makan sahaja tahu betapa “struggle”nya nak beri anak makan. Saya juga salah seorang “picky eater” yang teruk semasa kecil, sampai mak saya kurung dalam stor 3 jam tunggu saya telan makanan sambil mak menangis dekat luar. Bila dah besar sedikit, pandai makan sendiri selalu saya sorok-sorok buang sayur. Sorry mak ayah.
Maka, bila ada anak sendiri sekarang saya harap dengan menggunakan ilmu yang ada, anak saya tidak ikut jejak langkah saya.
Jadi tips dibawah ini adalah berdasarkan beberapa rujukan dan pengalaman saya sebagai ibu + occupational therapist untuk mengelak anak memilih makan sejak bayi.
Untuk yang mempunyai anak bawah 3 tahun yang memilih makan, boleh juga cuba sebab masih belum terlambat lagi untuk memperbaikinya cuma memang ianya mengambil masa dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
TIPS MENGELAK ANAK MEMILIH MAKAN SEAWAL BAYI
Tips ini dipecahkan beberapa bahagian:
1. Gigi dan gusi
2. Rasa makanan
3. Tekstur makanan
4. Bau makanan
5. Suhu makanan
1. GIGI DAN GUSI
– Amalkan membersihkan dalam mulut bayi menggunakan kain basah yang bersih seawal baru lahir.
– Gunakan berus gigi mengikut peringkat umur. (Kain ➡ Finger brush ➡ Extra soft brush). Boleh rujuk Doktor Gigi untuk info lebih lanjut. 🦷
– Kerapkan menyentuh dalam mulut bayi untuk tujuan mengurangkan sensitiviti deria dalam mulut.
– Lewat memberus gigi / membersihkan mulut anak juga adalah salah satu faktor menyebabkan anak memilih makan. Maka, ayuhlah kita rajin-rajin bersihkan mulut anak ya.
– Jangan terlampau menghalang anak masukkan benda dalam mulut tapi tak ganti dengan benda yang selamat (teether, finger food) sebab skil ini penting untuk merangsang sensori dalam mulut.
2. RASA MAKANAN (6 BULAN KE ATAS)
– Elakkan memberi makanan yang telah diproses sehingga anak mencapai umur 1 tahun.
– Kesilapan utama yang selalu dilakukan oleh mak ayah dalam memperkenalkan makanan awal pada anak adalah dengan memberi anak makan semua termasuklah makanan diproses dengan tanggapan:
“Bagus,beri anak makan semua benda untuk memberi rangsangan deria rasa”
“Kasihan anak tengok kita makan ais krim, kek, sosej, nugget atau fast food. Bagilah dia juga”
“Makan ais krim laju je, comelnya anak mummy”
Tak beri rasa bukan sebab tak sayang, tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah kita perlu elakkan. Kalau kasihan juga, makanlah sorok-sorok jangan beri anak nampak. Tak lama pun, tunggu sampai anak umur 1 – 2 tahun.
Bila kita dah awal-awal beri anak rasa makanan diproses yang mempunyai perisa tiruan dan manis secara tak langsung kita telah membiasakan dan mengajar deria rasa anak cenderung kepada perisa tiruan dan rasa manis seterusnya menyebabkan anak mengelak makan sayur-sayuran yang pahit.
Anak umur 6 bulan, tak reti pun lagi meminta kalau kita tak pernah beri. Banyak sangat buah dan sayur yang perlu dia belajar rasa berbanding makanan diproses sebab deria rasa anak sangatlah sensitif sejak lahir, sebab itu bubur kosong pun dah sedap bagi bayi. Maka, tak perlu pun letak perisa tambahan penyedap rasa untuk bayi 6 bulan.
Untuk ibu yang bekerja yang sibuk dan tiada masa untuk buat makanan bayi. Kini banyak sangat tips mudah di fb, buat stok sebulan sekali, bekukan dalam tempat ais krim seterusnya simpan dalam bag ziplock. Bubur nasi pun buat stok seminggu. Makanan bayi “homemade” pun sudah banyak dijual di pasaran. Mudah kan?
Pengalaman saya, saya memang tegas dalam pemakanan anak saya sebab tak nak anak jadi pemilih makan macam saya, kami makan juga fast food ataupun makanan diproses tapi tak pernah beri anak walaupun “sikit-sikit” dari anak umur 6 bulan hingga umur 1 tahun. Dalam beg memang sentiasa bawa bekal makanan dan “finger food” dan anak juga tak ada minta atau mengamuk nak rasa makanan kita sebab dia tahu makanan dia dalam bekal sahaja sehinggalah umur 1 tahun. Kasihan kan? Tapi sebab sayangkan usus dan deria rasa anaklah saya buat macam ini.
Anak saya juga memang menunjukkan tanda-tanda memilih makan masa umur 6 bulan, akan menangis dan kadang-kadang boleh sengaja memuntahkan semula makanan setiap kali cuba sayur dan buah yang baru. Saya pasti ramai ibu lain mengalami situasi ini, mungkin ada yang akan stop dan tak beri lagi.
Tapi cara saya, saya akan beri juga selagi tidak memudaratkan sebab lebih mudah berperang dengan anak bawah 1 tahun berbanding apabila dah besar. Kesannya, peperangan menyuap anak tak lama pun sehingga anak umur 8 bulan dia sudah boleh menerima semua buah dan sayur.
– Setiap makanan baru perlu di perkenalkan selama 4 hari berterusan, ia juga dipanggil “4 Day Wait Rule” untuk melihat jika ada kesan alahan dan untuk tujuan “normalize”kan deria rasa anak.
– Beri anak rasa satu persatu jenis makanan sebelum mencampurkannya.
– Jangan putus asa dalam mencuba kerana corak pemakanan awal banyak mempengaruhi gaya pemakanan anak. Baik menangis sekarang dari menangis di kemudian hari.
3. TEKSTUR MAKANAN
– Pelbagaikan tekstur makanan (lembut, kasar, melekit, kering dan basah) yang boleh didapati dari pelbagai jenis buah dan sayur.
– Ajar anak untuk menguyah dan mengigit makanan seawal anak reti memasukkan benda/makanan ke dalam mulut dengan memberi “finger food”.
– Menguyah makanan adalah salah satu latihan mulut untuk perkembangan skil bercakap anak juga.
– Jika sayang anak takut anak tercekik tapi jangan terlalu lama memberi makanan kisar sehingga umur 2 tahun ya.
– Kalau takut anak tercekik semasa pemberian “finger food” buah- buahan, mak ayah boleh beri “Food Feeder” untuk anak gigit-gigit.
– Kalau malas nak cari, boleh cuba cara orang dulu-dulu dengan masukkan buah dalam kain lepas itu ikat macam sup bunjut. 😋
4. BAU MAKANAN
– Setiap kali pengenalan makanan baru, beri anak main-main dengan sayur/buah tersebut dahulu sambil kenalkan nama sebelum beri anak rasa.
– Jangan marah atau jerit kalau anak gigit sedikit kerana perbuatan ini akan buat anak takut untuk menyentuh buah dan sayur lagi sebaliknya hanya tolak tangan anak.
5. SUHU MAKANAN
– Pelbagaikan suhu setiap makanan, contohnya puree epal boleh beri sejuk dan suam tak perlu terikat pada 1 suhu sahaja.
Sebagai mak ayah, kita tak harap pun anak makan semua benda. Apa yang kita harapkan, anak makan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Contohnya buah dan sayur, ada bermacam macam jenis buah dah sayur. Kita tak harap pun anak makan semua, kalau dapat makan 1-2 jenis pun dah bersyukur asalkan anak dapat sumber serat.
Maka, abaikan sahaja pandangan dan kecaman orang lain bila anak kita memilih makan.
Siapa yang tak sayang anak kan?
Siapa yang tak nak anak makan semua makanan?
Siapa yang tak nak pastikan anak tidur dengan perut yang kenyang?
Maka, kita janganlah terlampau “judgemental” kerana kita tak tahu betapa sedihnya perasaan setiap kali anak menolak makanan yang diberi atau masak. Jadi, mak ayah sekalian boleh cuba tips di atas untuk mengelak anak menjadi “picky eater” seawal lepas lahir. Setiap tindak balas dan cara adalah berbeza setiap orang, kita hanya mencuba dan usaha dari awal. Usaha selepas itu barulah tawakal, jangan mengalah dan putus asa.
Jika mak ayah dapati anak mengalami masalah dalam pemakanan, disarankan rujuk Dietitian untuk dapatkan konsultasi untuk elakkan masalah perkembangan anak terbantut.
Selamat mencuba, semoga bermanfaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.