Kegusaran rakyat selepas Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh kerjaan untuk tangani wabak Covid-19 kerana rata-rata daripadanya bekerja gaji harian, hilang pekerjan, gaji dipotong akhirnya menarik nafas lega selepas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebentar tadi.
Antara bantuan yang disalurkan adalah bayaran tunai secara one-off untuk setiap isi rumah supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup. Menerusi ucapan beliau, ternyata seluruh rakyat Malaysia mendapat bantuan ini. “Tiada satu pun yang tertinggal” begitulah kata-kata yang menyentuh hati kita semua.
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN)
“Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada anda semua.
Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakala sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind.
Keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendung penularan wabak COVID-19. Untuk itu, saya telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19, termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta.
Ads
Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta. Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.
Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telah bersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak ini. Saya sedar dalam situasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedang bekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yang agak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuang mengharungi cabaran yang hebat ini.
Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akan meningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak ini berakhir. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetuju memanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada
anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir. Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan tambahan akan mendapat manfaat ini.”
Prihatin dengan keadaan rakyat yang terjejas PM meringankan beban rakyat dengan bantuan ini
Ads
“Untuk meringankan beban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.”
Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:
● Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. Bayaran RM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600 pada bulan Mei 2020.
● Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akan dibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan baki RM500 pada bulan Mei.
Ads
● Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.
● Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.
Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada bulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.
Golongan Pelajar Juga Dapat Bantuan
“Saya juga tidak lupa kepada para pelajar institusi pengajian tinggi. Anda juga akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei 2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.”
25 Juta Bantuan Untuk Rumah Perlindungan
“Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal. Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.”
Sumber Video: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang isteri maut akibat dibelasah oleh suaminya dengan tukul besi disyaki akibat cemburu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.00 pagi tadi di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun yang menyebabkan mangsa, 41 tahun, cedera parah di dahi dan muka.
Sebelum kejadian, mangsa baru pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah dan setibanya di rumah pasangan itu mula bergaduh.
Difahamkan, selepas mangsa dibunuh, suspek keluar dari rumah dan pergi ke rumah datuknya yang terletak tidak jauh dari lokasi sebelum memberitahu seorang kakaknya, dia telah membunuh isteri dengan tukul besi sambil menangis dan ketakutan.
Seorang bayi menanggung kesakitan hampir 30 minit apabila tangannya tersepit pada bahagian bawah eskalator yang sedang bergerak.
Kejadian berlaku pada jam 6.35 petang itu menyebabkan bayi berkenaan meraung kesakitan apabila tangan kirinya sehingga ke bahagian pergelangan tersepit di bawah pemegang eskalator yang sedang bergerak.
Terdengar Jeritan
Seorang saksi, Nurul Huda Abdul Yazid, 23, berkata, kejadian disedari berlaku apabila terdengar jeritan daripada pengunjung pasar raya yang ketika itu sedang menuruni eskalator tersebut dan melihat tangan bayi tersepit.
“Saya ketika itu berada berhampiran eskalator terkejut lalu berlari ke arah mangsa untuk membantu, namun tangan kecilnya tersepit dengan kuat sehingga jari kelengkeng kelihatan seperti membengkok.
“Nasib baik seorang pengunjung menekan butang berhenti kecemasan pada bahagian bawah tangga berkenaan.
“Orang ramai mengerumuni mangsa untuk membantu namun tidak berjaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Di Kejarkan Ke Hospital
Katanya, pasukan penyelenggaraan pasar raya kemudian membantu mengeluarkan tangan mangsa dan berjaya sebelum bayi bersama ibu bapanya dibawa ke Hospital Pakar KPJ Perdana di sini untuk rawatan.
Difahamkan ketika kejadian itu, ibu mangsa yang berusia 30-an sedang memilih bingkai cermin mata di sebuah kedai bersebelahan eskalator tersebut manakala mangsa pula di bawah pengawasan bapanya.
Tidak Mengalami Kecderaan Teruk
Bayi itu juga dikatakan tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan terperinci di hospital tersebut.
Rakaman kejadian itu turut tular di aplikasi WhatApps semalam yang memaparkan bayi tersebut menangis sekuat hati dengan sebelah tangannya tersepit pada eskalator terbabit. Eskalator berkenaan ditutup kepada orang ramai selepas insiden yang berlaku semalam.
Dapat mentua yang baik pun satu rezeki sebenarnya pada seorang menantu. Dilayan seperti anak sendiri, memang anugerah yang cukup besar. Bukan mudah mentua dan menantu nak bersefahaman.
Tambah pula bila berkahwin campur, adat dan budaya berbeza. Jadi tolak ansur penting untuk pastikan hubungan kekal harmoni.
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita bernama Hajar berkongsi perasaan gembira dn bersyukur dikurniakan ibu mentua yang sangat sporting.
Hajar memberitahu sewaktu pulang ke kampung suaminya pada hujung minggu baru-baru ini, dia tiba-tiba mengidam nak makan nasi tomato yang dimasak oleh ibu mentua.
Walaupun kesuntukan masa kerana permintaan itu di saat akhir sebelum pulang, ibu mentuanya sanggup menyediakan juadah tersebut demi memenuhi permintaan menantu kesayangan.
Dalam keadaan yang tergesa-gesa, ibu mentuanya itu berjaya menyiapkan hidangan tersebut untuk di bawa pulang ke Kuala Lumpur semata-mata tak mahu menghampakan rasa mengidam menantu yang tengah mengandung.
Rakaman video berdurasi 29 saat itu kelihatan mereka saling berpelukan dan bersalaman sesama sendiri sebelum pulang.
Ternyata keakraban ini buatkan ramai yang melihat video tersebut memuji sifat berkasih sayang walaupun berbeza bangsa. Ramai mendoakan kebahagiaan mereka akan terus berkekalan.
Kredit: TikTok hajarangelique
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.