Syukur rezeki dikurniakan anak ramai. Pelakon Ayu Raudhah mengesahkan dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketujuh bersama suami, Zaquan Adha.
Menerusi satu perkongsian video di Tik Tok pempengaruh Rosix Omar ketika sambutan Rumah Terbuka kakaknya, Rozita Che Wan, Ayu dilihat sarat hamil tujuh bulan malah bakal menyambut kelahiran anak ketujuh itu pada Julai nanti.
“Alhamdulillah iya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, iya lah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.
“Perut pun dah besar tak boleh nak sorok. Siapa perasan itu, mereka perasan lah. Minta semua doakan yang baik-baik ya,” katanya berkongsi.
Tambah isteri kepada bekas pemain bola sepak Zaquan Adha ini pula, dia tidak mengalami sebarang alahan sepanjang tempoh kehamilan, sama seperti enam kehamilannya sebelum ini.
Ads
“Saya memang tiada alahan sangat pun. Sejak hamil anak pertama lagi, sangat jarang ada alahan yang teruk atau aneh-aneh.
“Insya-Allah, baby akan bersalin hujung bulan tujuh (Julai) macam itu,” katanya lagi.
Rata-rata wargamanya turut terkejut dan dalam masa sama mendoakan urusan Ayu dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Ads
Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Zaquan pada 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dengan enam orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, dan Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sekiranya anda mempunyai anak lelaki dan anak perempuan, pasti anda boleh lihat sendiri bagaimana layanan suami terhadap mereka. Biasanya anak perempuan lebih rapat dengan ayahnya. Anak lelaki pula lebih ‘kamceng’ dengan ibu. Anak perempuan yang selalu dimanjakan oleh ayahnya akan membesar menjadi seorang yang bijak dan penyayang.
Layanan yang baik terhadap anak perempuan bukanlah tanda ayahnya tidak sayangkan anak lelaki, tetapi itulah lumrahnya. Ayah lebih bersifat pelindung terhadap anak perempuannya kerana mereka percaya anak lelaki lebih kuat dan pandai berdikari.
Mengikut kajian yang disiarkan dalam Behavioral Neuroscience, seorang ayah terbukti lebih prihatin dan peka terhadap keperluan anak perempuan berbanding anak lelaki yang sama usia.
Kajian tersebut dijalankan melalui kaedah imbasan otak dan rakaman interaksi seharian sekumpulan ayah dan mendapati mereka akan menyanyi dan bercakap lebih terbuka tentang emosi kepada anak perempuan mereka berbanding pada anak lelaki. Adakah kerana anak perempuan lebih sensitif dan bersikap manja?
Bukan! Kajian mendedahkan kemesraan dan keprihatinan yang diberi oleh ayah tersebut bukan hanya disebabkan oleh anak perempuan yang lebih sensitif bahkan apa yang mereka katakan pada anak perempuan berbanding anak lelaki juga berbeza.
Ayah biasanya akan lebih cenderung memberi fokus pada pencapaian dan permainan fizikal seperti berlawan, bertumbuk dan sebagainya jika berinteraksi dengan anak lelaki. Perkataan yang biasa disebut oleh ayah kepada anak lelaki juga berunsur kejayaan seperti “menang”, “bangga”, “bagus sekali”.
Tetapi untuk anak perempuan, ayah lebih banyak menggunakan perkataan yang terperinci seperti “semua”, “banyak” dan bersifat kreatif melayan mereka. Penulis kajian menyatakan penggunaan bahasa tersebut akan mempunyai kaitan dengan pencapaian pendidikan dan akademik di masa hadapan.
Kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji peranan seorang bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Namun kajian tidak berjaya menentukan mengapa layanan berbeza itu berlaku.
Adakah otak ibu bapa telah diikat untuk melayan anak-anak mereka secara berbeza atau ia sekadar interaksi berdasarkan norma sosial yang asas iaitu anak perempuan lebih bersikap manja dan perlukan lebih perhatian dan perlindungan?
Menurut Jennifer Mascaro, ketua penyelidik dari Universiti Emory, sekiranya anak perempuan menangis, si ayah akan segera menyahut dan pantas berlari ke arah anak perempuannya, berbanding ke arah anak lelaki.
Walaupun kajian tidak membuktikan sebarang kesan buruk akibat perhatian lebih yang diberikan oleh ayah terhadap anak perempuannya, tetapi ada sesuatu perkara yang boleh memberi kesan pada tumbesaran anak perempuan.
Misalnya seorang ayah dalam komunikasi harian dengan si anak, menggunakan bahasa yang merujuk bahagian badan anak perempuan dengan istilah manja seperti “buncit” atau “gendut” dengan lebih kerap berbanding pada anak lelaki.
Kajian telah membuktikan yang pemilihan perkataan ini memberi kesan pada emosi anak perempuan berbanding pada anak lelaki apabila mereka membesar.
Anak perempuan akan rasa tidak puas hati tentang badan mereka dan mungkin juga mudah rasa rendah diri.
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ayah?
Memang tak salah jika seorang ayah lebih memanjakan anak perempuan berbanding anak lelakinya. Sudah terbukti memang seorang ayah akan lebih memberi sepenuh perhatian dan gemar memanjakan anak perempuan berbanding anak lelaki.
Tetapi, janganlah terlampau berat sebelah. Apa kata anda layan mereka secara sama rata. Mungkin beberapa cara ini boleh dicuba pada anak perempuan dan anak lelaki anda juga;
1. Jangan takut untuk menjadi lasak. Kajian menunjukkan bermain bersama anak-anak – lelaki dan perempuan di atas lantai dan secara fizikal (tetapi selamat) boleh membantu mengawal emosi mereka.
2. Pemilihan perkataan penting. Jika apa yang anda cakap boleh memberi kesan pada akademik dan pencapaian fizikal kepada imej tubuh badan, gunakan ayat pujian dan perhatian yang sama pada kedua anak lelaki dan perempuan.
3. Beri perhatian yang sama. Sebenarnya perbualan berkaitan hal emosi juga boleh dilakukan dengan anak lelaki. Kanak-kanak yang terdedah dengan keperluan emosi yang cukup akan membesar dengan lebih empati bila mereka besar nanti.
Sebenarnya seorang ayah sayang akan anak-anaknya sama rata tanpa ada perbezaan mengikut jantina. Tetapi cara ayah memanjakan anak lelaki dan melayan mereka perlu berbeza dengan anak perempuan kerana mahu mendidik anak lelaki sebagai ketua dalam semua hal.
Hafiz Mahamad bawa anak dan isteri pindahrumah baru. “Happy sangat bila tengok anak-anak masuk rumah.” Hafiz berkongsi khabar gembira tersebut menerusi perkongsian posting terbaru di Instagramnya.
Hafiz Mahamad Bawa Anak & Isteri Pindah Rumah Baru, “Happy Sangat Bila Tengok Anak-anak Masuk Rumah”
Menurut Hafiz, sejak berkahwin dia dan keluarga hidup secara sederhana dan hanya tinggal di rumah sewa. Rumah baru yang dibeli juga diletakkan atas nama isterinya, Aina.
Happy sangat bila tengok anak anak semalam masuk rumah. Rasa rindu juga dekat rumah sewa kami sebelum ini, banyak kenangan dekat situ.
Saya happy bila Aina terima je kita hidup sederhana dan duduk menyewa selama ni. Dia tak pernah nak demand macam macam dan itu yang buat saya sebagai suami happy.
Rumah baru ni pun, memang milik isteri sepenuhnya. Saja buat camtu, biar ada rasa sedar diri yang saya menumpang rezeki isteri selama ni
Ramai yang tanya saya dan Aina sebelum ini. Kenapa menyewa selama ini, sedangkan business bagus?
Alhamdulilah, selama ini saya dan Aina fokus bangunkan @ainaabeautyofficial dulu. Tak sangka Allah datangkan team yang baik-baik dalam hidup kami dan dari sini ada 1 perasaan yang susah nak diceritakan.
Saya dan Aina malu jika kami berlebih-lebih terlalu jauh dari mereka. Kami beli rumah ini pun selepas sediakan tempat selesa untuk team bekerja. Team Agent Stokis Ainaa pun dah ramai yang ada rumah sendiri
Saya ada mohon izin isteri, kalau nak beli rumah. Biarlah nilai komitmen rumah itu kalau team dengar, nilai itu team mampu bayar/beli. Tak nak dengar reaction, weh mahalnyaa..
Alhamdulilah, rumah baru ini sudh cukup selesa sangat untuk keluarga kecil kami. Taklah besar dan taklah kecil. Mohon banyak kasih sayang dan kenangan yang terbina di sini.
Nak Full House Tour tak? Jangan tanya saya pasal konsep, sebab segala benda dalam rumah ini Aina & @legitinterior punya idea. Saya tukang masuk saja.
KONSEP DEKORASI KEDIAMAN
konsep Muji menjadi pilihan. Muji ini merupakan konsep yang berasal dari Jepun, dengan mengetengahkan prinsip Zen yang menerapkan natural beauty, simplicity dan juga tranquil.
Warna-warna lembut dan cerah seperti, off white, beige dan coklat mendominasi tema kediaman ini, sekaligus bertepatan dengan konsep yang dipilih.
Paling penting ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak tetap menjadi keutamaan. Sesuai dengan Hafiz dan Aina yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Selalunya anak perempuan dikaitkan dengan emosi yang mudah tersentuh dan harus dijaga perasaannya berbanding anak lelaki. Tetapi sebenarnya, anak lelakilah yang memerlukan lebih perhatian dari ibu bapanya.
Melalui artikel yang dipetik dari laman web Hello Doktor, dikatakan anak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif dan memerlukan sokongan sepenuhnya dari ibu bapanya.
Kenyataan ini diambil berdasarkan sebuah kajian yang dipanggil sebagai The Fragile Male. Kajian ini adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif kerana dipengaruhi emosi dan perasaan si ibu.
PERKEMBANGAN & TUMBESARAN ANAK LELAKI
Selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya berbanding bayi perempuan. Perkembangan otak untuk bayi perempuan adalah enam minggu lebih cepat.
Perkembangan yang cepat ini memberi kelebihan kepada bayi perempuan untuk mendapat momentum yang lebih baik. Bayi lelaki pula akan sedikit ke belakang.
Ia bukan sahaja mempengaruhi aspek tumbesaran fizikal tetapi sikap matang sosio-emosi mereka. Sebab itulah, sebagai ibu bapa kita dapat melihat tumbesaran anak perempuan adalah lebih cepat dari anak lelaki.
Sebagai ibu bapa, kita biasanya akan membesarkan dan mendidik anak lelaki dengan cara yang lebih ‘keras’ berbanding anak perempuan. Anak lelaki biasanya diperkenalkan dengan permainan yang berunsur lasak serrta didikan juga lebih berunsurkan kelelakian.
Sebenarnya cara ini membentuk keperibadian yang kasar dalam jiwanya. Mungkin juga mereka membesar sebagai individu yang kurang sensitif terhadap perasaan orang lain.
Tunjukkan sokongan kepada anak lelaki untuk membantu mereka mengendalikan emosi mereka untuk menjadi individu yang lebih prihatin. Inilah apa yang boleh anda lakukan:
# Galakkan anak lelaki untuk meluahkan perasaan secara verbal. Apabila mereka menangis, jangan dimarahi. Biarkan mereka menangis untuk meluahkan apa yang dirasai.
# Apabila anak lelaki sedang bercerita kepada anda, berikan perhatian. Respon dengan setiap cerita mereka. Jangan menyampuk atau mencelah kata-kata mereka.
# Peluk dan ciumlah pipi serta dahi anak lelaki seperti yang dilakukan pada anak perempuan. Mungkin mereka nampak kasar, tetapi sebenarnya anak lelaki sangat menghargai jika ibu bapa menunjukkan kasih sayang secara terang-terangan.
# Bercakap dengan lembut dan elakkan komunikasi secara kasar dengan mereka.
Tidak kisahlah anak lelaki mahupun anak perempuan, tunjuklah kasih sayang kepada mereka secara sama adil. Ibu bapa yang melayan anak dengan emosi yang seimbang, pastinya melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Tempoh waktu berpantang semenangnya cukup memenatkan kerana menjaga bayi di tambah pula dengan tubuh yang masih belum pulih sepenuhnya ketika proses hamil dan bersalin.