Berita kehamilan isteri pastinya menjadi perkhabaran paling menggembirakan buat semua suami. Pelakon, Ikmal Amry turut mengakui dia begitu gembira dan teruja apabila isterinya, Najla Shamsul kini hamil anak pertama mereka.
Malah kata Ikmal lagi, dia sememangnya sudah lama mengimpikan detik indah sebegitu dan begitu teruja untuk memiliki cahaya mata sendiri tidak lama lagi.
Melalui Instagramnya, Ikmal berkongsi khabar gembira itu kepada seluruh pengikutnya sambil berkongsi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif.
“Alhamdulillah impian Am nak raya berdua tahun ni tercapai.
“Terima kasih buat isteriku @najlxsam for everything that u did to me since forever ❤️.
“InsyaAllah tahun depan kita beraya bertiga ye! Doakan perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan. Amin yra. #daddytobe,” kongsinya dengan meninggalkan tanda pagar #daddy to be di kapsyennya.
Ads
Sementara itu, menerusi Media Hiburan, Ikmal juga turut berkongsi kisah kehamilan isterinya.
” Pertama sekali, Alhamdulillah kami bersyukur di atas pemberian ini walaupun kandungan masih diperingkat awal lagi. Semoga semua dapat terus mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri.
” Bagi kami ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah SWT. Cuma sejak saja berusia awal 20an pun, saya sudah teringin mempunyai cahaya mata sendiri, lebih-lebih lagi apabila kenalan rapat semua sudah pun memiliki cahaya mata,” kongsinya menerusi Media Hiburan.
Ads
Berkongsi lanjut mengenai kehamilan isterinya, Ikmal mengakui dia sendiri turut mengalami alahan pada peringkat awal seperti loya tekak dan tidak mempunyai selera makan. Malah adakalanya emosi juga tidak stabil.
” Saya pernah dengar cakap orang tua-tua bahawa simptom kebiasaan perempuan mengandung ini akan dialami orang suami dulu,” katanya berkongsi.
Ads
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, entri Ikhmal itu turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan seluruh pengikutnya.
Terdahulu, Ikmal Amry dan isterinya, Najla mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020. Dan kini pasangan ini bakal melalui fasa seterusnya dalam kehidupan berumahtangga mereka. Tahniah diucapkan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ikmalamry & Media Hiburan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hamil lagi selepas bersalin ceasereansebelum tempoh dua tahun seperti disarankan? Mama jangan panik, baca dulu apa yang dikatakan doktor ini.
Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahancaesarean, doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun. Tapi bagaimana kalau anda hamil lagi sebelum waktu itu….?
MINIMUM ENAM BULAN
Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
RISIKO UTERINE RUPTURE
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.
Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).
MASIH BERPELUANG BERSALIN NORMAL
Jika wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.
Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!
KESAN DINDING RAHIM TERKOYAK
Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.
Ibu melahirkan bayi secara emergency caesarean section.
Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum ibu dibedah.
Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.
Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum ibu boleh melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi Shila Amzah yang kini menghitung hari untuk melahirkan bayi keduanya berharap dapat bersalin secara normal.
Menerusi Insta Storynya, Shila berkongsi rasa dan keinginannya itu bersama peminat.
Demi impian dan perancangannya untuk bersalin secara normal itu, Shila masih sentiasa menambahkan ilmu dan melakukan pelbagai teknik senaman agar impiannya terlaksana.
Tambah Shila lagi, keadaan serviksnya masih sama seperti kehamilan pertamanya sebelum ini.
“Saya tengah kumpul ini. Benda dia sebab kali terakhir saya check up serviks sama macam kehamilan saya sebelum ini. But the futher i go, hopefully as it progressess boleh jadi anterior.
“Ini merupakan yang paling lama saya mengandung setakat ini sebab nak cuba bersalin secara normal selepas pembedahan. Doakan tau,” kongsi Shila.
Sebagai persediaan kelahiran anak kedua ini, Shila juga memilih untuk bersalin di hospital sama kelahiran anak pertamanya dulu iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM).
Terdahulu, Shila dan suaminya Ubai mendirikan rumahtangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Pelakon Syatilla Melvin akui kandungan yang semakin sarat membuatkan dirinya malas keluar dan nak bersiap. Dia akui lebih selesa berehat di rumah kerana pergerakan pun dah mula terbatas.
Menurut Syatilla, memandangkan tarikh jangkaan bersalin semakin dekat setiap apa yang ingin dilakukan kena fikir banyak kali.
“Nampak muka memang macam fresh ja sentiasa kan, tapi hakikatnya dah hujung-hujung pregnancy ni nak buat apa pun tak larat dah.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.