Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
Ads
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Remy Ishak gembira kongsi momen jalan-jalan beli baju raya bersama anak dan isteri. Bagaimanapun keletah tuah lebih mencuri perhatian warga maya.
Remy Ishak Kongsi Momen Jalan-jalan Beli Baju Raya
Pelakon, Remy Ishak menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, berkongsi momen pertama menjadi bapa membawa bayi lelakinya, Tuah Alam merasai suasana persiapan menyambut Aidilfitri di sekitar ibu kota.
“Tahun pertama pengalaman jadi ayah bawa anakanda @tuah.alam jalan-jalan beli baju raya untuk nenek, bagi Tuah experience suasana persiapan sambut Raya.”-kapsyen Remy di Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa ‘geram’ dengan telatah Tuah. Paling geram bila Tuah goyangkan kaki di saat Remy dan isteri sedang melayan peminat untuk bergambar.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Remy Ishak mendirikan rumah tangga dengan Ezza Rosli pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tuah Alam pada 27 Julai 2023.
Kita selalu melebihkan tetamu walhal diri kita sendiri juga perlu diraikan setiap hari. Sebenarnya setiap kali kita membeli barangan dan kelengkapan rumah, sebaiknya terus guna saja, jangan simpan.
Perkongsian dari Nurlia Mohd Nor ini sememangnya membuka mata. Jom raikan diri kita dan ahli keluarga kerana itu yang sebaiknya.
Ada tiga benda saya belajar dari arwah mak.
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama.
Tak kisah la plastik/ kaca tapi make sure kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal/ murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang.
Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami/ anak- anak dapat merasa guna pinggan cantik kan.
Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah, “Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..”
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja.
Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing/pecah. Encik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Bayi lahir ‘missing finger’ ibu jadi sebak, “jari adik Allah simpan di syurga kan mummy?” Hati ibu mana yang tidak sedih bila mengetahui bayi dalam kandungannya disahkan mengalami missing finger pada tangan kanan.
Bayi Lahir ‘Missing Finger’ Ibu Jadi Sebak
Amira Bongsu dan suaminya terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar. Perkara itu diketahui ketika kandungannya berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi.
“Sebelum ini ketika mengandungkan tiga orang kakaknya, saya tidak pernah buat imbasan kandungan. Entah bagaimana perasaan saya kuat sangat untuk lakukannya… seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.
“Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” kata Amira.
Menurut Amira yang berusia 30 tahun, perkara pertama yang menjadi tumpuan setelah melahirkan Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu.
Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT. Dia mengakui bahawa air matanya mengalir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.
“Jari Adik Allah Simpan Di Syurga Kan Mummy?”
“Masa itu… tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.
“Mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif sampaikan anak kedua saya Shasha Maisarah, 5, cakap ‘jari adik ALLAH SWT simpan disyurga, kan mummy’ dan hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan saya ketika itu,” jelasnya.
Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.
Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.
“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.
“Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya,” katanya.
Sejak dilahirkan pada 4 Mei lalu, pelbagai cabaran dilalui namun kecomelan si kecil, Muhammad Syauqi Mateen mencairkan hati ramai.
Perkongsian Amira menerusi akaun TikToknya, amierahb mendapat perhatian ramai warga maya. Mereka turut memberi memberi sokongan kepada Amira sekeluarga agar terus tabah dan kuat.
Ada juga warga maya yang berkongsi pengalaman sama, memiliki cahaya mata yang mengalami missing finger.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...