Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
Ads
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Ads
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Anak hidap Cerebral Palsy, bapa raikan hari jadi ‘anak syurga’ dengan aktiviti lasak. Bapa raikan hari jadi ‘anak syurga’ dengan aktiviti lasak. Meskipun mempunyai anak menghidap penyakit Cerebral Palsy Quadriplegia yang terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga, ia tidak menghalang seorang bapa membawa ‘anak syurga’ itu menyertai aktiviti lasak.
Menurut Wira Sudepja Rabu, 49, bahkan setiap tahun pada bulan September dia akan menyambut hari lahir anaknya, Nur Wadihan,16 dengan menyertai misi kayuhan ketempat yang mencabar.
Katanya, antara aktiviti berbasikal yang telah disertai mereka adalah berbasikal Bukit Fraser, menjelajah bukit seperti Bukit Miku Negeri Sembilan; Bukit Sungai Como, Terengganu; Gunung Jerai, Kedah dan penutup di Bukit Wang Kelian Perlis selain menyertai Half Marathon 21 kilometer.
“Tahun ini adalah tahun ke sepuluh sertai aktiviti larian dan berbasikal. Sememangnya setiap minggu kami bersama kelab Bikeisable sebagai salah satu sistem sokongan untuk komuniti.
“Saya suka bawa Dihan keluar hanya untuk mengembirakan dia. Hidup ini satu medan ujian, setiap kita ada bahagian masing-masing,” ujarnya.
Bapa kepada dua cahaya mata itu memberitahu, dari kecil hingga umur enam tahun, anaknya hanya menghabiskan masa di hospital.
Jelas beliau, ketika itu anaknya kerap ditahan di wad kerana penyakit yang dihadapi.
“Setelah kesihatan agak stabil, saya cuba bawa keluar dan beriadah. Hingga satu hari berselisih dengan kumpulan berbasikal dan Dihan ketawa.
“Ini menjadi pencetus kami berbasikal dan kemudian berlari. Hari ini ia sudah menjadi rutin kami sekeluarga.
Wira Sudepja turut berkongsi bahawa anaknya akan terlantar seperti bayi berusia empat bulan sepanjang hayat.
“Oleh itu, hargai setiap detik yang ada bersama anak syurga kerana kita tidak tahu berapa lama yang kita ada.
“Moto kami hidup bukan sekadar bertahan hidup, hidup anak syurga luar biasa,”ujarnya.
Mempunyai anak sulung perempuan besar manfaatnya. Seperti mana anak sulung lelaki menjaga dan melindungi keluarganya, begitu juga dengan si kakak. Biar apa pun terjadi, kakak sulung sanggup buat apa saja demi kebaikan adik-adiknya.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik.
Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Biasanya kalau sambut anniversary, bila dapat hadiah istimewa atau ucapan sweet akan buat hati berbunga-bunga. Rasa seronok tu, sampai bila-bila pun tak mungkin kita lupakan. Namun, ada sesetengah orang yang lebih kreatif buat suprise untuk insan tersayang.
Seperti pelawak terkenal, Atu Zero ni. Untuk ulang tahun perkahwinannya yang ke-6, bukanlah candle light dinner atau jambangan ros yang diberikan kepada isterinya. Memang terinspirasi bila baca perkongsian dari Shafeeqa Johari tentang sambutan anniversary mereka tahun ni.
Cerita Shafeeqa, hari istimewa mereka disambut dengan penuh keterujaan kerana Atu membawanya ke Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong untuk mendengar ceramah dari pendakwah terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.
“Sejuk je wajah beliau 🥺.. Alhamdulillah… dapat jumpa insan yg sy kagumi. Slalu tgk kat youtube, live fb je.. Dpt tgk live hari ni 😭. Sy dpt suami xpandai lah nk buat suprise… nak sorok2 berahsia ngan sy mmg dia x pandai. Mesti kantoi… Sy ni teliti orgnya…
“Allah Bantu Dia Suprise Saya..”
Tp hari ni dpt suprise 😱. Allah yg bantu dia suprisekan sy 🤣. Tiada anniversary dinner… Dia bawak sy g masjid lah… Xplan pon… tp sampai bukit Jelutong tu ngam2 ada @habibalizaenalalhamid . Dapat lah dgr ceramah nya live. Ada setiap selasa minggu kedua dan minggu terakhir setiap bulan di masjid bukit Jelutong shah alam. Kawan2 yg teringin nk dgr live ceramah dia boleh lah g Masjid Bukit Jelutong ya. Selasa selepas magrib.
“Bukan Orang Baik, Tapi Nak Jadi Sebahagian Orang-Orang Baik..”
Alhamdulillah… kita bukan org baik… tp kita nk jadi sebahagian dr org2 baik. Banyak lagi yg perlu sy pelajari, sy ubah… Insyaallah… sama2 kita ya @akueatu. Terima kasih..”
Happy anniversary buat Atu dan Shafeeqa, semoga hubungan kalian terus berbahagia selamanya. Memang seronok dan rasa best je bila baca sharing dari Shafeeqa ni. Tiada apa yang para isteri harap, melainkan suami mereka dapat membimbing ke arah kebaikan. Setiap hari, kita berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga dengan kisah bahagia pasangan ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!